Friday, 17 October 2025

Bunga-Bungaan

 Assalamualaikum.

Hari ni kami guru-guru praktikal ditugaskan untuk hias laman untuk bergambar SMKSP. Puan Jam bagi seplastik bunga untuk kami gubah dan tampal mengikut kreativiti kami. Waktu pagi tu saya tak join menghias sebab Cikgu Rahimah minta tolong saya jaga exam kelas 4 Qayyim. Sebab Cikgu Rahimah kena jadi emcee untuk program Sejarah. 

Masa pukul 11 tu, baru semua orang free untuk buat sama sama. Sempatlah kami hias-hias sekejap dengan bantuan budak seni Haziqi dan Hafizi. Pukul 11:30 pagi kami semua ada relief. Habis je relief, saya dan Ainin pergi sambung balik kerja yang tak sudah. Kali ni dengan bantuan anak-anak 4 Khaldun. MasyaAllah bagus betul budak-budak ni. Rajin pulak dorang nak tolong.

Akhirnya siaplah kerja kami untuk hari ini! Walaupun hasilnya tidaklah segempak mana, atleast kami semua enjoy buat kerja sama-sama. Hihi. Okay bye, Assalamualaikum.

One with Kak Alis hihi💗

Salam Jumaat dari kami, the Gorgeous Five.

Bersama konco-konco Ainin, 4 Khaldun.

No comments:

Post a Comment

Bunga-Bungaan

 Assalamualaikum. Hari ni kami guru-guru praktikal ditugaskan untuk hias laman untuk bergambar SMKSP. Puan Jam bagi seplastik bunga untuk ka...