Tuesday, 14 October 2025

Review Buku: Hiraeth

 Assalamualaikum.


Pada awalnya, buku ni langsung tak menarik hati saya untuk membacanya. Tapi disebabkan hari tu ketandusan buku bahasa Melayu untuk dibaca, Kakcik pun suruh saya baca buku ni. Buku ni pasal seorang perempuan berumur lewat 20-an bernama Zahra, yang sedang mengambil phd di Jerman. Kajian dia tentang satu penyakit kanser ni, glioblastoma. Sebenarnya dia sendiri yang hidapi penyakit ni dulu, tapi dah sembuh. Tapi di saat dia sedang semangat menjalani hidup ni, tiba tiba kanser tu datang balik.

Zahra sangat meminati bidang muzik, terutamanya melibatkan gitar klasik. Minat ni mula muncul lepas dia sembuh kanser awal awal hari tu. Jadi dalam perjalanan hidup dia di Jerman ni, ada watak bernama Bernard. Pelajar phd, orang puteh dan meminati Zahra. Tapi watak utama lelakinya bukan Bernard, tapi Fared. Hihi. Fared pelarian Syria. Hidup dia sangatlah dalam kesepian, kesedihan dan kegelapan. Sampai dia rasa hilang harapan terhadap Allah. Dia kehilangan ibu dan adiknya dalam letupan di negaranya.

Ada satu benda yang saya suka pasal buku ni, tapi pada masa yang sama saya tak suka jugak benda ni, iaitu pengakhirannya terlalu real😭 Suka sebab tak klise, tapi whyyy?😭Kalian mesti dapat teka kan? Hihi. Lepas baca buku ni, tiba tiba berminat nak dengar muzik oud, gitar klasik. Haha. Mudah terpengaruh betul kau ni Syahadah. Mesti kalian tertanya tanya jugak kan, tajuk Hiraeth tu apa? Apa maksud dia? 

Saya pun kurang pasti maksud dia. Tapi dia berasal dari bahasa Welsh, maksud dia sukar untuk diungkapkan. Dalam buku ni, muzik yang dicipta oleh Fared diberi nama "Hiraeth", sebab menurut Zahra, bila dengar muzik tu, muncul bermacam-macam perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Jadi itulah perkaitannya. So sekarang, saya tak tahu nak buat apa. Dekat bilik ni dah tak ada buku lain. Novel baru belum dibeli. Hmm.

Okaylah, nak layan lagu Hindustan dulu. Bye Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Review Buku: Hiraeth

 Assalamualaikum. Pada awalnya, buku ni langsung tak menarik hati saya untuk membacanya. Tapi disebabkan hari tu ketandusan buku bahasa Mela...