Assalamualaikum.
Sunday, 26 October 2025
Review Buku: Semangat Hutan
Saturday, 25 October 2025
Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMKSP
Assalamualaikum.
Bukan main budak-budak ni, siap ada graduasi lagi. Dia dulu grad daripada Ustazah😌 Harapnya semangat mereka dalam mencapai kejayaan sama banyak dengan semangat masa majlis tadi. Seriyesly saya tertukar student dengan cikgu tadi haha. Inilah peluang mereka nok jjangok. By the way tugas saya and the gang tadi adalah dekat bahagian pendaftaran. Tapi kami bertugas daripada semalam lagi, uruskan dewan dan benda ketuh keteh.
Semalam kami balik bilik pukul 11 lebih siapkan kerja. Balik bilik sambung edit video direction pulak. Saya taknak ulang semula detik semalam dan pagi tadi. Petang semalam saya start demam sebenarnya. Memang semalam buat kerja dalam kesakitan. Saya sakit kepala, muka rasa panas, hidung tersumbat, rasa lenguh urat dari peha ke bawah. Bangun pagi tadi... Allahu. Mesti kalian boleh bayangkan kan, keadaan kita bila bangun tidur waktu demam.
Thursday, 23 October 2025
Review Buku: "Tombiruo:Penunggu Rimba"
Assalamualaikum.
Wednesday, 22 October 2025
Cuti Deepavali
Assalamualaikum.
Saya sedang bersantai dalam bilik di uia ni. Saya baru sampai uia petang tadi, bertolak dari Rantau Panjang pukul 8:30 pagi tadi. Alhamdulillah. Cuti deepavali ni sempatlah saya balik rumah 4 hari. Tapi rasa cepat betul 4 hari tu berlalu😭 Rasa berat sangat nak naik bas pagi tadi. Tak puas lagi duduk rumah. Hmm.
Askar-askar cilik pun ada di rumah Tokbah Tokmi sepanjang cuti deepavali ni. Comel betul lah anak-anak saudara MamaDa ni. Hmm menurun MamaDa betul. Apa yang best cuti ni adalah, saya sempat tengok beberapa movie. Poksu Shin tu tak sabar-sabar nak tunjuk movie- movie best yang dia dah tengok. Tidak dinafikan movie pilihan Adikku memang the best. The Prestige, Tenet, Despicable Me 3, Batman Begins, Adolescence, The Deep End of the Ocean. Ohh banyak jugak ya kami tengok. Hihi. Despicable Me 4 tak sempat habis tengok.
Lepas tu kann, saya baru khatam Tombiruo: Penunggu Rimba tadi. Syiok betul buku tu. Nanti ya saya cerita pasal buku tu. By the way esok dah sekolah huwaa. Okay bye, Assalamualaikum.
Friday, 17 October 2025
Bunga-Bungaan
Assalamualaikum.
Hari ni kami guru-guru praktikal ditugaskan untuk hias laman untuk bergambar SMKSP. Puan Jam bagi seplastik bunga untuk kami gubah dan tampal mengikut kreativiti kami. Waktu pagi tu saya tak join menghias sebab Cikgu Rahimah minta tolong saya jaga exam kelas 4 Qayyim. Sebab Cikgu Rahimah kena jadi emcee untuk program Sejarah.
Masa pukul 11 tu, baru semua orang free untuk buat sama sama. Sempatlah kami hias-hias sekejap dengan bantuan budak seni Haziqi dan Hafizi. Pukul 11:30 pagi kami semua ada relief. Habis je relief, saya dan Ainin pergi sambung balik kerja yang tak sudah. Kali ni dengan bantuan anak-anak 4 Khaldun. MasyaAllah bagus betul budak-budak ni. Rajin pulak dorang nak tolong.
Akhirnya siaplah kerja kami untuk hari ini! Walaupun hasilnya tidaklah segempak mana, atleast kami semua enjoy buat kerja sama-sama. Hihi. Okay bye, Assalamualaikum.
Tuesday, 14 October 2025
Review Buku: Hiraeth
Assalamualaikum.
Zahra sangat meminati bidang muzik, terutamanya melibatkan gitar klasik. Minat ni mula muncul lepas dia sembuh kanser awal awal hari tu. Jadi dalam perjalanan hidup dia di Jerman ni, ada watak bernama Bernard. Pelajar phd, orang puteh dan meminati Zahra. Tapi watak utama lelakinya bukan Bernard, tapi Fared. Hihi. Fared pelarian Syria. Hidup dia sangatlah dalam kesepian, kesedihan dan kegelapan. Sampai dia rasa hilang harapan terhadap Allah. Dia kehilangan ibu dan adiknya dalam letupan di negaranya.
Ada satu benda yang saya suka pasal buku ni, tapi pada masa yang sama saya tak suka jugak benda ni, iaitu pengakhirannya terlalu real😭 Suka sebab tak klise, tapi whyyy?😭Kalian mesti dapat teka kan? Hihi. Lepas baca buku ni, tiba tiba berminat nak dengar muzik oud, gitar klasik. Haha. Mudah terpengaruh betul kau ni Syahadah. Mesti kalian tertanya tanya jugak kan, tajuk Hiraeth tu apa? Apa maksud dia?
Saya pun kurang pasti maksud dia. Tapi dia berasal dari bahasa Welsh, maksud dia sukar untuk diungkapkan. Dalam buku ni, muzik yang dicipta oleh Fared diberi nama "Hiraeth", sebab menurut Zahra, bila dengar muzik tu, muncul bermacam-macam perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Jadi itulah perkaitannya. So sekarang, saya tak tahu nak buat apa. Dekat bilik ni dah tak ada buku lain. Novel baru belum dibeli. Hmm.
Okaylah, nak layan lagu Hindustan dulu. Bye Assalamualaikum.
Uniknya Cara Umiku
Assalamualaikum.
A Tuesday in October
Assalamualaikum.
Balik sekolah tadi, kami pergi festival makanan di uia. Mula-mula pergi ict, tapi macam tak meriah. Tapi ada sepasang suami isteri ni jual laksa. Mereka bagi laksa free dekat kami bertiga. Allahu murah hatinya. Semoga Allah murahkan rezeki Pakcik Makcik, semoga laksa terjual sebanyak-banyaknya setiap kali jual, dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang terbaik dan diberi kebahagiaan dunia Akhirat yang abadi, Allahumma Amin.
Monday, 13 October 2025
Review Buku: Doa Untuk Aku
Assalamualaikum.
Serious betul tajuk buku ni kan. Tapi don't judge a book by it's cover. Buku ni mengisahkan tentang seorang lelaki berusia 20 tahun. Adly namanya. Adly ni kacukan Italy dan Cina, ayahnya Itali maknya Cina. Mereka mualaf yang tak dapat restu ibu bapa. Lepas tu mereka berdua membawa diri bina keluarga di Hulu Baleh, Sarawak. Di Hulu Baleh tu, hanya ada 4 orang Muslim. Ayah dan mak Adly, Adly dan kawan baiknya Kassim. Jadi, Adly ni membesar dalam bi'ah yang sangat tidak Islamik. Bermakna kuranglah ilmu agamanya.
Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak terangkan pasal buku ni. Buku ni sangat random. Dia fokus kepada moment-moment kehidupan. Okaylah saya cuba terangkan. Bila Adly dah besar ni, dia dan Kassim sambung belajar di Universiti Kuching. Ditakdirkan Allah, mak dia meninggal semasa dia berada di hujung first year kalau tak silap. Jadi dia kehilangan doa seorang ibu. Manakala ayahnya pula hilang zaman dia sekolah lagi. Hilang tidak dapat dijejak.
Jadi, cerita utama buku ni adalah, tentang perjalanan Adly dalam melengkapkan misi 40 doa. Disebabkan dia dah kehilangan doa orang yang paling power, dia berusaha cari tentang doa-doa yang dimakbulkan Allah selain doa ibu. Tapi perjalanan dia ni sangatlah tidak mudah. Ada banyak insiden yang berlaku. Satu benda yang paling penting saya nak bagitahu, buku ni adalah buku yang paling lucu saya pernah baca😭
Pelik kan? Buku ni macam serious, tapi dia punya moment-moment tu lucu sangat-sangat. Saya rasa macam tengok maharaja lawak, versi buku. Jadi, kalau kalian nak hiburan, bacalah buku ni. Haha. Sekarang saya dah baca buku next. Cuba teka buku apa pulak kali ni? Hihi. Nantikan review saya ya!
Okay bye, Assalamualaikum.
Thursday, 9 October 2025
Current Obsession
Assalamualaikum.
Sekarang saya tengah obses dengan satu jenis makanan ni. Makan benda tu setiap hari pun takpe. Saya tahu akan ada waktu saya akan rasa boring dan taknak dah makan benda tu, tapi buat masa ni memang tengah hangat lagi ya. Cuba teka makanan apa? Klunya makanan tu berasal dari negara jiran. Jawapannya AYAM PENYET!
Allahuakbar sedap sangat ayam penyet!😭 Saya rasa semua tempat rasa sambal ayam penyet tu berbeza-beza. Tapi yang paling sedap saya pernah rasa adalah nasi ayam penyet di cafe Mahallah Safiyyah. Seriyesly. Tapi untuk orang yang tak suka sangat belacan, mungkin dia tak suka yang ni. Sambal dia kuat belacan. Haha. Mungkin sebab tu saya suka. Setiap kali balik sekolah, saya rasa excited untuk beli makanan dekat cafe. Lebih lebih lagi kalau kita dah solat Zuhur di sekolah, sampai bilik tu terus makan. Allahu nikmatnya.
Sesiapa yang ada nak singgah di cafe Safiyyah, silakan cuba nasi ayam penyet di sana. Hihi. Okay bye, Assalamualaikum.
Review Buku: Ajari Aku Tentang Cinta
Assalamualaikum.
Random Photos #2
Assalamualaikum.
Random photos #3
Assalamualaikum. Dulang girls Permana Citra Dapat upah rait kertas😋 Terima kasih Ustazahs! Semua senyap! Bidadaris mau lalu😌 Ketua Bidada...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah un...
-
Assalamualaikum. Ya Allah!!!! Saya excited sangat untuk buat blog sebenarnya sebab ada banyak cerita yang nak dinukilkan tapiiii, terlalu ba...
-
Assalamualaikum. Kemarin kali pertama saya keluar dengan Ohanat lengkap berenam. Dan kali pertama juga saya keluar bukan tujuan assignment....









.jpeg)












.jpeg)

.jpeg)




