Thursday, 23 October 2025

Review Buku: "Tombiruo:Penunggu Rimba"

 Assalamualaikum.


Hai! Saya dah habis baca buku ni. Tapi saya baca online saja, sebab tiada buku fizikalnya. Terima kasih Angahku langgan buku ni💕 Buku ni sangat best untuk saya. Misteri, plot twist, sweet, dan banyak lagi perasaan yang dirasai masa baca buku ni haha. Begini ceritanya, ada pembunuhan bersiri berlaku di Kuala Lumpur. Seorang wartawan jenayah bernama Wan Suraya sangat bersemangat siasat kes ni. Walaupun penjenayahnya kononnya telah ditangkap, Wan percaya yang penjenayah sebenar masih bebas.

Di Daerah Keningau, Sabah, ada satu keluarga yang agak berada. Mereka pemilik syarikat pembalakan yang besar dan tersohor. Suatu hari, Tuan Berham dan anaknya Salina meninggal dunia kerana ditimpa kecelakaan di dalam hutan ketika ingin memantau aktiviti pembalakan haram di tanah mereka. Suami Salina, iaitu Amiruddin yakin bahawa kecelakaan itu telah dirancang. Ianya satu pengkhianatan. Ditakdirkan Allah, Wan Suraya ditugaskan untuk ke Sabah untuk membuat liputan tentang sukan. Di situlah bermulanya penglibatan Wan dengan keluarga arwah Tuan Berham. Setelah beberapa lama duduk di Sabah atas sebab tertentu, Wan dapati kes-kes yang berlaku di situ berkait rapat dengan kes pembunuhan bersiri di Kuala Lumpur. 

Di hutan Keningau tu, ada seorang makhluk Allah yang ditakuti ramai orang kerana dianggap "hantu" atau "penunggu hutan" tersebut. Penduduk di situ menggelarnya Tombiruo. Tapi hakikatnya, dia hanyalah seorang manusia biasa yang bernama Ejim. Cumanya, Ejim dilahirkan dengan wajah yang agak berlainan daripada manusia biasa. Orang yang bertembung dengannya di hutan mesti akan pengsan dan trauma. Kesian kan?😭 Saya rasa sangat sedih untuk Ejim. Padahal dia seorang yang sangat baik. 

Ejim, Amiruddin, Wan Suraya, kes pembunuhan bersiri, kematian Tuan Berham dan Salina, semuanya berkaitan antara satu sama lain. Ada juga kejutan yang buat saya naik bulu roma. Seriyesly best sangat buku ni. Dan apa yang saya suka pasal buku Ramlee Awang Murshid adalah, dia suka cipta watak utama yang tak klise. Contohnya, Amiruddin tu seorang yang dah berkahwin dan ada anak sorang. Lepas kematian isterinya, dia jadi duda. Buku ADAM pulak, Hilman tu seorang duda berumur 49 tahun. Faham tak maksud saya? Heronya tak semestinya muda, hensem, putih, bujang dan sebagainya. Hihi entahlah sampai ke tak point saya ni. 

Okay bye, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Review Buku: "Tombiruo:Penunggu Rimba"

 Assalamualaikum. Hai! Saya dah habis baca buku ni. Tapi saya baca online saja, sebab tiada buku fizikalnya. Terima kasih Angahku langgan bu...