Assalamualaikum.
Sunday, 23 February 2025
Umi's Birthday
Tuesday, 18 February 2025
Happy Birthday Shin
Assalamualaikum.
Friday, 7 February 2025
Tahniah Abe Dailamie!👨🏫
Assalamualaikum.
Keputusan posting Abe Dailamie keluar hari ini. Cuba teka dapat di mana? KOTA MARUDU, SABAH! Alhamdulillah ya Allah. Rasanya SMK Kota Marudu 2. Seperti yang diketahui, Kaksya mengajar di TAN2, Kota Marudu. Alhamdulillah dapat dekat dengan Kaksya. Semoga ini adalah yang terbaik untuk mereka, Allahumma Amin. Masa call tadi, Abe Dailamie belum bagitahu Ma pasal keputusan ni. Semoga dipermudahkan setiap urusan abang iparku.
Sebagai adik yang colehah, saya ingin berpesan agar Kaksya menghargai dan bersyukur dengan rezeki ini. Sila behave dan berkelakuan baik, haha. Sila ingat balik saat saat anda berseorangan nun jauh di sana dan mengharapkan sosok suami di sisi. Manfaatkan rezeki yang Allah kurniakan ini dengan baik. Sila support each other dan be good to each other. Semoga Abe Dailamie, Kaksya dan anak anak dipermudahkan setiap urusan dan diberikan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat, Allahumma Amin🤲🏽
Thursday, 6 February 2025
Majlis Aqiqah Wildan & Najhan
Assalamualaikum.
Tuesday, 4 February 2025
Outing Banat Ohana
Assalamualaikum.
Kemarin kali pertama saya keluar dengan Ohanat lengkap berenam. Dan kali pertama juga saya keluar bukan tujuan assignment. Lepas exam subjek method ised semalam, kami solat Asar dulu di Edu. Pening betul kepala fikir nak pergi mana. Haha. Akhirnya kami buat keputusan pergi klcc. Kami order 2 transporter, naik tiga orang satu kereta.
Masa on the way tu jem teruk jugak. Antara sebabnya adalah kebakaran hutan di Gombak. Lepas je kawasan tu, laju je kereta bergerak Alhamdulillah. Cumanya geng 3 orang lagi terbelakang sikit sebab transporter dia lambat pick up. Agak ujian sebenarnya masa tu, hampir hilang mood nak jalan jalan. Tapi Alhamdulillah okay saja akhirnya.
Kami naik lrt sampai suria klcc. Masa tu dah hampir Maghrib. Kami cepat cepat cari kedai makan sebab lapar sangat. Sampai foodcourt kami order makanan masing masing. Saya order nasik sizzling, Ibby mi sizzling, Ainin dan Dalili mi ayam Cina, Nazilah panmee, Nasihah nasi ayam Vietnam. Pemenangnya ialah Nasihah sebab makanan dia je kot yang sedap haha.
Nama pun klcc, mestilah harga mahal semua benda. Tapi kalau dia sedapkan makanan tu baru nice, biar padan dengan harga. Takpelah, at least saya dapat pengalaman baru. Lepas ni kalau nak keluar untuk makan, klcc bukan tempat yang sesuai. Tapi saya suka feeling dan vibe pergi klcc. Dapat tengok air pancut sambil dengar lagu M. Nasir fuyooo.
Kami solat Maghrib dan Isyak di masjid dekat dengan klcc tu, masjid As-Syakirin. Best masjid tu! Luas dan selesa. Cantik pulak tu. Orang kata tak ada halangan lah untuk beribadat dengan tenang. Nanti nak pergi lagi lah masjid tu, dengan keluarga pulak InsyaAllah. Kami balik uia naik lrt dan transporter jugak. By the way Alhamdulillah saya dapat apa yang diinginkan iaitu CARROT! Hihi.
Best betul jalan jalan macam tu. Terima kasih Umi sebab bagi kebenaran💖 Esok lusa ni saya exam method taasl satu je lagi, lepas tu balik rumah dah InsyaAllah. Doakan kami semua. Okay bye, Assalamualaikum.
Sunday, 2 February 2025
Inilah Kenyataan
Assalamualaikum.
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah un...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah pagi tadi saya dah selesai bercerita subjek modern Arabic Dr. Wan Rusli. Sebenarnya saya turn ketiga, yang m...