Friday, 31 January 2025

Cafe Safiyyah🍲

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah untuk cari makan musim exam ni. Kurang sikit stress para pelajar. Duit pun tak keluar banyak, selalunya order grabfood memang cepat habis duit. Setakat ni semua feedback positif untuk cafe Safiyyah ni Alhamdulillah.

Dia ada buat breakfast buffet. Bayar RM5, boleh ambik saja makanan yang disediakan di situ sebanyak yang kita mahu. Pagi pagi ada nasi goreng, mi goreng, kuwetiauw goreng, kadang kadang macaroni goreng. Pastu ada roti bakar layan diri bersama beberapa jenis jem, ada mi sup dan buah oren segar. Disebabkan buffet ni, ramai betul students dari mahallah lain selalu datang breakfast sini. 

Selain breakfast tu, banyak lagi makanan menarik di sini. Ada nasi ayam penyet, nasi ayam, nasi lemak, ada mihun, kuwetiauw dan mi sup, bubur bakar, lokcing, nasi ayam kunyit, western food, roti canai, murtabak dan banyak lagi. Saya pun tak discover lagi yang lain lain tu. Walalupun banyak pilihan, setakat ni saya baru try mihun sup dan tomyam. Lokcing dan ayam crispy pernah try jugak sekali. Semuanya sedap Alhamdulillah. 

Semoga Cafe Safiyyah istiqomah dengan kesedapan dan harga yang berpatutan. Semoga bertahan selama mungkin InsyaAllah. Jadi sekarang, tak ada alasan untuk saya pindah mahallah lain kan. Tinggal satu sem lagi je pun. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan urusan semua orang tersayang kita, Allahumma Amin. Okay bye, Assalamualaikum.

Sarapan pagi!

Tomyam chefkiss💃

Thursday, 30 January 2025

Era Paling Comel

 Assalamualaikum.


Abdul Hadi dan Muhammad Wildan ialah anak saudara saya yang sebaya umur mereka. Perbezaan dua bulan saja. Sekarang mereka umur setahun lebih dah Alhamdulillah. Yang nak dihighlight di sini adalah mereka sedang berada di fasa yang sangat kiuttt sekarang. Perangai mereka berdua berbeza, tapi masing masing adorable dengan cara tersendiri. 

Abdul Hadi, kita sedia maklum bahawa dia seorang yang sangat introvert dan pendiam. Walaupun begitu, Abdul Hadi ni sangat tegas pendiriannya, tak mudah menyerah. Dia akan fight untuk dapatkan hak dia. Haha. Fight dengan perbuatan lah, mulut tak bukak. Tapi sejak akhir akhir ni dia sangat manja. Mungkin dia dah semakin selesa dengan kami semua. Best sangat sebab saya dah boleh bawak Abdul Hadi jalan jalan petang bersama anak anak saudara yang lain.

Muhammad Wildan pulak, mulut sentiasa berbunyi. Haha. Tak tahu lah apa yang disampaikan sebenarnya. Muhammad seorang yang sangat ekspresif dan happy go lucky. Jarang nampak tak sengih. Kalau tengok muka dia, boleh dikatakan hilang rasa penat dan sedih kita. Agittew. Seingat saya dulu Muhammad tak adalah manja sangat, tapi sekarang semakin manja. Mungkin sebab dah ada adik. Selalu juga dia minta dukung. Uniknya Muhammad ni, dia sangat suka memasak. Bagi kuali dengan senduk, let him cook🔥

Semoga Abdul Hadi dan Muhammad Wildan membesar jadi insan yang beriman, juruh, berakhlak mulia, bijak, cemerlang, hensem, sedap mata memandang, jadi anak yang soleh kepada Abi Umi, Abah Umi, berjaya dan bahagia dunia Akhirat, Allahumma Amin. MamaDa sayang kalian💓

Wednesday, 29 January 2025

Muhammad Najhan 1 Month

 Assalamualaikum.


Anak saudara MamaDa yang sihat walafiat, juruh, bijak dan hensem ni dah umur sebulan Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu. MamaDa rindu sangat Najhan😭 Najhan sihat sihat deh. Minum susu Umi banyak banyak. Kalau ada rasa tak selesa mana mana triok je okay. Biar Abah Umi tahu. Kalau rasa boring ajak Abe Muhammad main sama sama.

Ya Allah, panjangkanlah umur Muhammad Najhan di dalam kesihatan tubuh badan dan kesihatan akal yang terbaik, bagilah Najhan membesar dengan molek, jadi insan yang juruh, bijak, disenangi orang sekeliling dan mendapat redha Mu ya Allah. Kurniakanlah kepada Muhammad Najhan kejayaan dalam setiap apa yang dia ceburi, kebaikan dalam setiap perkara dan kebahagiaan dunia Akhirat, Allahumma Amin🤲🏽

Monday, 27 January 2025

Throwback: Exhibition Method Ised

 Assalamualaikum.

Bulan 12 hari tu, kelas Method of Teaching Islamic Education ada exhibition. Kelas saya lah tu yang terlibat. Bila fikir balik, kelas method ised ni banyak betul task dia, tapi tak rasa tertekan sangat. Mungkin sebab Dr Halim jenis yang tenang dan baik. Kelas tu presentation group pun ada, teaching demo individu pun kena, exhibition lagi. Tak kira lagi assignment bertulis dan rph. Lepas tu setiap minggu ada saja pembentangan kumpulan tanpa markah. Tapi benda tu lah sedikit sebanyak membina keyakinan kita untuk berada di hadapan..kot. Hihi.

Exhibition ni dia campur dengan subjek subjek ised yang lain jugak. Contohnya fiqh usrah muamalat, fiqh sirah, fiqh ibadat, fiqh jinayat dan method ised. Sebenarnya ramai yang berpendapat subjek method ised tak sesuai buat exhibition. Sebabnya visi dan misi subjek ni berbeza dengan yang lain. Subjek ni memfokuskan kepada method mengajar tu sendiri. Subjek subjek lain tu fokus untuk menyampaikan ilmu tentang hukum hukum dalam Islam. Tapi kami okay saja hari tu.

Gempak betul innovation yang para junior buat! Mungkin mereka masih lagi dalam mood semangat ya. Para senior ni buat ala kadar je. Waktu untuk sediakan semua benda tu pun singkat sangat. Tak sempatlah nak buat gempak macam mereka. Yang sedihnya, booth subjek method ised paling kurang kunjungan. Mungkin lokasi kami terlalu terpencil. Tapi sisi baiknya adalah kami tak rasa penat pun. Sekadar duduk di booth sambil tengok orang lalu. Haha. Sedih bunyi nya.

Saya happy sangat hari tu. Rasa macam good mood. Alhamdulillah. Dan tahu tak, itu adalah exhibition terakhir kami sebelum graduate. Lepas ni dah takde, syedihh. Okay bye, Assalamualaikum.



Khat Kufi Melabuhkan Tirai

 Assalamualaikum.

Khat kufi best sangat sebenarnya. Cumanya, selagi kita tak mula buat memang rasa macam malas dan tak ada mood nak buat khat ni. Tapi kalau kita dah duduk dalam proses tu, rasa susah pulak nak berhenti. Tapi saya akui khat ni susah. Otak kena sentiasa berfikir. Saya sangat kagum dengan classmates khat kufi ni, dari awal lagi mereka dah pandai buat. Sampaikan mereka boleh buat 20+ style yang berbeza untuk satu perkataan yang sama. Mungkin mereka ni jenis yang suka berfikir.

Saya pulak, sampai ke saat akhir masih terkapai-kapai untuk buat satu style. Tapi Alhamdulillah, dah hantar pun final projeknya walaupun tak perfect. Saya nampak kerisauan Ustaz masa Ustaz tengok hasil kerja saya dalam kelas. Ustaz tanya, dapat tak yang Ustaz ajar selama ni? Allahu. Alhamdulillah kefahaman saya sekarang better daripada awal awal hari tu. Saya ada buat kesalahan dalam final projek tu. Saya justify awal awal kat Ustaz. Haha. 

Ustaz pun ajar kat saya cara yang betul. Ustaz kata pasal markah tak payah risau, yang penting ilmu yang dipelajari tu. Saya minta maaf Ustaz sebab tak dapat jadi pelajar yang cemerlang. Bukan salah Ustaz, 99% pelajar lain semua dah mahir atas ajaran Ustaz. Otak saya saja yang taknak berfikir. Apapun, saya enjoy sangat kelas khat kufi. At least saya dah ada asas sekarang. InsyaAllah nanti ada waktu free kita cuba cuba lah buat latihan khat kufi, takut lupa pulak nanti.

Okay bye, Assalamualaikum.


Adikku SPM

 Assalamualaikum.


SEMANGAT AHMAD MUKHLISIN!🔥One more paper to goooo. Fuhh. Dia yang exam, saya yang berdebar. You can do this Adik! Kalu Adik dah usaha buat sebaik mungkin, InsyaAllah tak ada penyesalan. Serahkan yang selebihnya kepada Allah. Exam PQS beberapa hari lagi ni buat betul betul mmolek deh. Kaksyadah tahu Adik dah usaha, cuma tidak diperlihatkan kepada kami. Kaksyadah minta maaf kalu Adik serabut dengan Kaksyadah punya ceramah selama ni. Haha.

InsyaAllah Allah akan berikan result terbaik untuk Adik. Result SPM penting, tapi yang paling penting adalah Adik kekal juruh, hormat dan buat baik kepada Abah Umi, bersihkan hati, buat semua benda untuk dapat redha Allah dan jauhi perkara yang dimurkai Allah. I love you Adik💗 Semoga yang baik baik saja untukmu di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin🤲🏽

Sunday, 26 January 2025

Abecik Kakcik 6 Years Together

Assalamualaikum.


Alhamdulillah sudah 6 tahun usia perkahwinan Abecik dan Kakcik ku. Terima kasih Allah beri aku peluang untuk menyaksikan dan melibatkan diri dalam kehidupan mereka. Eh tiber haha. Kadang kadang rasa macam free rider di dalam hidup mereka. Asyik muka saya je yang mereka tengok. Harap tak boring hihi. Sebab saya tak pernah boring melihat wajah kalian💕

Kaksyadah bersyukur sangat Kakcik hidup dengan seseorang yang jadi salah satu asbab kebahagiaan Kakcik di dunia ini. Secara tidak langsung saya pun rasa bahagia. Begitu ya. Teruslah hidup saling menemani, saling membahagiakan, menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati buat satu sama lain. Semoga Abecik Kakcik sentiasa dikelilingi orang orang baik, sentiasa dipermudahkan rezeki yang halal, semoga sentiasa diteguhkan hati dalam iman dan semoga terus jadi orang yang baik. 

Semoga Allah meredhai setiap langkah kalian dalam hidup ini dan diberikan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat, Allahumma Amin🤲🏽💞

Saturday, 25 January 2025

Throwback: Tasl Gala Night

 Assalamualaikum.



Disember yang lalu, Ainin, Ibby dan saya join makan malam tasl + agm atas ajakan Dalili. Tapi ofkoslah kami punya niat pergi tu untuk makan je. Hihi. Bayar RM15 sorang, makanan dapat sebanyak tu. Berbaloi kan? Kenyang sampai nak termuntah pun ada. Alhamdulillah. Green tea wajib ada. Majlis dimulai dengan agm dulu. Lama sangattt, agak terseksa menanti waktu makan. Bila tiba saja waktu makan, pengacara cakap perempuan kena beratur ambik makanan dulu pastu baru lelaki. Hihi Alhamdulillah. Lelaki boleh je ambik air dan kuih kuih waktu tu.

Lepas makan, kami bergambar di tempat yang disediakan tu. Bergambar keseluruhan Ohana, dan juga Ohanat. Kiut kan gambar kami?😻 Best betul malam tu! Masa tahun 1 dan 2 saya tak pernah pun join agm. Tapi kali ni join sebab last dah. Nak merasa jugak pengalaman makan malam bersama geng tasl semuanya. Terima kasih Dalili sebab ajak kami dengan bersungguh sungguh hari tu. Akhirnya termakan juga pujukan haha. 

Okay bye, Assalamualaikum.

Iman Abdurrahman Bercuti Sakan

 Assalamualaikum.

Anak-anak saudara ku Iman Abdurrahman pasti sangat menantikan setiap cuti persekolahan. Dah jadi macam rutin, bila cuti lama sikit mereka akan pergi rumah MamaIqa AyahCik di Nilai. Cuti sekolah kali ni lain sikit. Mereka bercuti ke negeri negeri lain di Malaysia. Bukan sekadar pergi rumah Kakcik je. Dari Kota Bharu, mereka naik kapal terbang bersama MamaIqa tersayang. Saya yang excited mereka naik flight!! Sebab ni kali pertama mereka merasa naik kapal terbang. 

Sampai je KLIA, AyahCik sudah setia menunggu. Berdasarkan pengetahuan saya yang sedikit, mereka naik kereta api ets untuk ke Perak. Mereka pergi zoo dan jugak mandi di Bukit Merah. Amboi, MamaDa pun tak pernah ke sana. Kalian dulu yang dapat pergi. Haha. Alhamdulillah. Lepas tu mereka naik feriii. Seriyesly??!! Saya pun nak naik feri jugak😭 Masa saya umur 2 tahun dah pernah naik feri ke Langkawi. Tapi manalah kita ingat kan. Lepas tu mereka pergi Pulau Pinang pula. Mereka pergi bukit Bendera, naik kereta kabel, makan aiskrim buah. Wahh rezeki betul. MasyaAllah tabarokallah. 

Terima kasih AyahCik MamaIqa bawak Iman Abdurrahman bercuti. Mesti mereka sangat happy, ada modal untuk bercerita dekat kawan dan cikgu nanti. Iman Abdurrahman jangan lupa tau jasa AyahCik MamaIqa. Bukan semua orang ada rezeki dapat ibu bapa saudara macam tu. Nanti besar, awak berdua pulok bawak AyahCik MamaIqa jalan mana mana, bawak pergi Makkah Madinah kee. Allahumma Amin. Tak ada apa yang mustahil dengan izin Allah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang terbaik kepada Abecik Kakcik, kejayaan dalam setiap perkara yang diceburi, dipermudahkan setiap urusan, diberi keimanan yang teguh, dan semoga Allah kurniakan kebahagiaan dunia Akhirat kepada Abecik Kakcik, Allahumma Amin💞








Muhammad Najhan💗

Assalamualaikum.

Siapakah itu Muhammad Najhan? 



Itulah dia Muhammad Najhan! Adik lelaki Muhammad Wildan. Saya baru kembali ke uia dalam 3 hari lepas, masih terasa hangatnya mendukung Muhammad Najhan. He is the cutestttt ever. Semua anak saudara saya kiut, tapi sekarang musim Najhan. Lagi 4 hari cukup sebulan InsyaAllah. MamaDa tok sabar sangat untuk balik jumpa Najhan, Abe Muhammad dan askar berempat. Najhan sihat-sihat ya, minum susu Umi banyak banyak. 

Najhan sangat suka berdukung. Kalu letak je, dia akan menangis. Manjaa dia ni. MamaDa okay je dukung Najhan lama lama, my favourite task to do. Cuma kesian dekat Umi Najhan lah, kena dukung sokmo. Padahal dia tak larat mana. Okay Najhan, wait for me! MamaDa love you💓

Friday, 24 January 2025

Throwback: KSAD 24/25

 Assalamualaikum.

Inilah antara cerita yang ter'pending' lama di dalam kepala ku. Hampir 2 bulan dah peristiwa ni berlalu. Pada 6/12/2024, iaitu betul betul hari saya mendarat di UIA selepas banjir, saya sertai hari sukan Kuliyyah of Education. Sebenarnya saya penat hari tu sebab baru sampai pagi tu dari Kelantan. Tapi disebabkan saya dah letak nama sebagai pemain boling kelapa di gdocs, saya terpaksa pergi hihi. Rupa rupanya ada ramai je pengganti yang ready untuk main kalau ada pemain tarik diri. Tapi yang penting saya join hari sukan tu, walaupun dengan mata merah haha. 

Hari sukan dimulai dengan briskwalk dari koed ke padang rugby. Kami jalan ramai ramai. Masa tu lah saya jumpa kawan baru iaitu Hidayah. Dia kos taasl, tahun 2 sem 2 rasanya. Rupanya dia jenis happy go lucky dan loud (in a good way). Selama ni nampak berjalan dekat edu, nampak macam garang, berwibawa, ada pendirian dan susah untuk didekati. Haha. Punyalah lain dengan reality. 

Game pertama hari tu adalah baling selipar. Saya tak suka game tu sebab tak faham. Saya ikut orang je, orang gelak saya gelak, orang bersorak saya bersorak, orang geram saya geram jugak. Haha. Lepastu game lari dalam guni. Kiut betul game nii. Tapi kalau saya yang lompat tak kiut lah. Nasib baik orang lain yang wakil rumah merah untuk game ni. Game ketiga barulah boling kelapa yuhuu. Guess what? Saya lambung kelapa satu botol pun tak kena. MALU SANGAT😭 Padahal punyalah buat muka poyo awal awal tu. Tapi dapat lah jugak nombor 3 Alhamdulillah. Rumah merah dapat gangsa untuk boling kelapa! Sebab rumah biru lagi teruk.

Alhamdulillah saya dah ada 2 pingat gangsa untuk boling kelapa KSAD. Ni kira macam ksad terakhir saya lah sebab yang akan datang tu masa tu saya tengah practical di sekolah InsyaAllah. Aaaaa whatever😭Masa terbang dengan sangat laju, itulah hakikatnya. Okay bye Assalamualaikum.




Bernafas Seketika

 Assalamualaikum.

Dengan ini, saya merasmikan blog pertama tahun 2025😻 Dah nak habis bulan 1 dah pun. Ish ish. Sekarang baru dan untuk tulis blog. Sekarang musim periksa, pagi tadi kertas pertama subjek modern arabic. Alhamdulillah saya dapat buat dengan baik dan tenang hati. Semoga result juga menenangkan. Hehe. Tinggal lagi 4 papers ohh yeahhh. Habis exam 7/1, saya balik naik bas 8/1 InsyaAllah. 

Ada banyak je benda nak dimaktubkan di sini selama ni, tapi sibuk bebeno nampaknya. Hampir sebulan tak tulis blog. Ahh bestnya feeling sekarang ni. Menukilkan kisah hidup dalam bentuk tulisan. Tahu tak, saya risau dengan mata saya. Paling kurang, 70% daripada masa saya dalam sehari saya menghadap skrin. Teruknya ya Allah. Sama ada tengok wasap, tengok instagram, tengok youtube, membaca nota exam dan sebagainya. Semua benda sekarang melibatkan gajet. mana tak rosak mata manusia. 

Saya rasa itu salah satu punca saya selalu pening. Tapi macam mana nak elak benda tu, faham tak. Allahu. Saya pasti kita semua hadapi benda yang sama. Kalau ada solution, please let me know. I need it so bad. Okay, kita jumpa next blog ya kalian. Bye Assalamualaikum.

Angah