Assalamualaikum.
Disember yang lalu, Ainin, Ibby dan saya join makan malam tasl + agm atas ajakan Dalili. Tapi ofkoslah kami punya niat pergi tu untuk makan je. Hihi. Bayar RM15 sorang, makanan dapat sebanyak tu. Berbaloi kan? Kenyang sampai nak termuntah pun ada. Alhamdulillah. Green tea wajib ada. Majlis dimulai dengan agm dulu. Lama sangattt, agak terseksa menanti waktu makan. Bila tiba saja waktu makan, pengacara cakap perempuan kena beratur ambik makanan dulu pastu baru lelaki. Hihi Alhamdulillah. Lelaki boleh je ambik air dan kuih kuih waktu tu.
Lepas makan, kami bergambar di tempat yang disediakan tu. Bergambar keseluruhan Ohana, dan juga Ohanat. Kiut kan gambar kami?😻 Best betul malam tu! Masa tahun 1 dan 2 saya tak pernah pun join agm. Tapi kali ni join sebab last dah. Nak merasa jugak pengalaman makan malam bersama geng tasl semuanya. Terima kasih Dalili sebab ajak kami dengan bersungguh sungguh hari tu. Akhirnya termakan juga pujukan haha.
Okay bye, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment