Assalamualaikum.
Inilah antara cerita yang ter'pending' lama di dalam kepala ku. Hampir 2 bulan dah peristiwa ni berlalu. Pada 6/12/2024, iaitu betul betul hari saya mendarat di UIA selepas banjir, saya sertai hari sukan Kuliyyah of Education. Sebenarnya saya penat hari tu sebab baru sampai pagi tu dari Kelantan. Tapi disebabkan saya dah letak nama sebagai pemain boling kelapa di gdocs, saya terpaksa pergi hihi. Rupa rupanya ada ramai je pengganti yang ready untuk main kalau ada pemain tarik diri. Tapi yang penting saya join hari sukan tu, walaupun dengan mata merah haha.
Hari sukan dimulai dengan briskwalk dari koed ke padang rugby. Kami jalan ramai ramai. Masa tu lah saya jumpa kawan baru iaitu Hidayah. Dia kos taasl, tahun 2 sem 2 rasanya. Rupanya dia jenis happy go lucky dan loud (in a good way). Selama ni nampak berjalan dekat edu, nampak macam garang, berwibawa, ada pendirian dan susah untuk didekati. Haha. Punyalah lain dengan reality.
Game pertama hari tu adalah baling selipar. Saya tak suka game tu sebab tak faham. Saya ikut orang je, orang gelak saya gelak, orang bersorak saya bersorak, orang geram saya geram jugak. Haha. Lepastu game lari dalam guni. Kiut betul game nii. Tapi kalau saya yang lompat tak kiut lah. Nasib baik orang lain yang wakil rumah merah untuk game ni. Game ketiga barulah boling kelapa yuhuu. Guess what? Saya lambung kelapa satu botol pun tak kena. MALU SANGAT😭 Padahal punyalah buat muka poyo awal awal tu. Tapi dapat lah jugak nombor 3 Alhamdulillah. Rumah merah dapat gangsa untuk boling kelapa! Sebab rumah biru lagi teruk.
Alhamdulillah saya dah ada 2 pingat gangsa untuk boling kelapa KSAD. Ni kira macam ksad terakhir saya lah sebab yang akan datang tu masa tu saya tengah practical di sekolah InsyaAllah. Aaaaa whatever😭Masa terbang dengan sangat laju, itulah hakikatnya. Okay bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment