Sunday, 29 December 2024
Their 2nd Child❤
Monday, 23 December 2024
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum.
Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakcik😌. Masa saya balik baru baru ni, Abecik ada belikan susu coklat oatside yang sedap tu. Saya selalu jugak habiskan stok oatside tu dalam peti Kakcik. Mianeyo Kakcik. Dan tahu tak, Kakcik suka sangat susu tu sampaikan boleh habis semua stok yang ada dalam masa satu hari.
Abecik datang dengan idea yang bernas. Iaitu simpan sedikit stok susu di tempat rahsia. Kiranya masa kita sedih-sedih susu habis dalam peti, kita akan excited bila teringat yang susu tu ada lagi sebenarnya di tempat lain. Okay jadi ceritanya, susu dalam peti dah habis masa tu. Saya rasa nak lagi. Kakcik pun suruh saya wasap tanya Abecik di mana kah lokasi susu tu. Tapi saya malu untuk bertanya Abecik. Saya pun sambung je tengok tv. Tiba tiba masa tu Angah keluar dari rumah. Saya ingatkan Angah dah nak balik.
Beberapa minit selepas itu, Angah balik dengan 4 kotak susu oatside dan sekotak besar susu coklat farmfresh. Angah suruh saya letak dalam peti, kemudian Angah betul betul balik rumah Angah dah. Saya tercengang sekejap. Tak sangka yang Angah sepeka dan sepeduli itu. Haha. Sweet kannn. Hikmah terjadinya benda tu, Abecik Kakcik baru discover yang susu tu harganya lebih murah di kedai yang Angah beli.
Okay bye Assalamualaikum.
MamaIqa's Little Kitchen
Assalamualaikum.
Tuesday, 17 December 2024
AyahMad MamaSya Anniversary💝
Assalamualaikum.
Monday, 16 December 2024
Not In The Mood😭
Assalamualaikum.
Ya Allah!!!! Saya excited sangat untuk buat blog sebenarnya sebab ada banyak cerita yang nak dinukilkan tapiiii, terlalu banyak kerja yang tertangguh ya Allah😭 Sejak balik dari cuti midsem, saya tak ada mood langsung untuk buat assignment atau study. Saya rasa exam pertengahan sem ni pun saya buat sambil lewa saja. Jadi rasa tersekat untuk buat blog seperti biasa. Saya kena siapkan dulu semua yang tertangguh ni baru rasa lega sikit.
Jadi, sekarang saya nak listkan benda benda yang saya kena buat pada waktu terdekat ini, which is tonight, tomorrow, the day after tomorrow, until the end of the week, until next week.
Modern Arabic
1. Rekod video bercerita
2. Assignment cari maani 14 kalimat masrohiyyah
Syllabus Design
1. Cari game elektroni yang menarik
Method Ised
1. Buat bbm untuk Exhibition 24/12 which is minggu depannnn
2. Cari tajuk dan fahamkan tugas microteaching individu (26/12)
BM
1. Persediaan present proposal bm
2. Present Khamis ni
Okay, izinkan saya bernafas dahulu. Tolong doakan saya dapat semangat, dapat buat yang terbaik dan enjoy the journey ya. Saya taknak lah buat sambil stress. Permudahkanlah urusanku, ahli keluargaku dan semua orang ya Allah. Please cure my procrastination habit ya Allah. Allahumma Amin🤲🏽
Wednesday, 11 December 2024
Botol Air ku Berbunga🎕
Ujian lisan SPM Adikku
Assalamualaikum.
1/12, masa kami duduk di masjid Al-Amin, Adik ada ujian lisan Bahasa Melayu SPM. Jadi satu hari sebelum tu, Adik dan kawan kawan dibawa ke mmpm dengan menaiki lori polis dan bot. Air di kalbok 5 sangat besar, kenderaan berat pun tak boleh lalu. Crucial betul perjalanan spm Adik. Tapi benda ni akan jadi kenangan manis Adik dan kawan kawannya nanti. Terima kasih kawan kawan Adik, sangat banyak membantu Mukhlisin.
Sebelum Adik bertolak ke sana, kami balik rumah sekejap untuk ambik pakaian sekolah Adik. Masa tu air dah semakin surut tapi masih tinggi. Abah mengarung air sorang sorang ke rumah untuk ambik bot pelampung dan datang balik untuk ambik Adik dan Umi. Abah yang tarik bot tu. Masa tu air di depan pagar dekat leher Abah. Demi anak lelaki bongsu yang disayangi, apa apa saja Abah Umi sanggup.
Semoga Adik dan kawan kawan mendapat kejayaan yang diimpikan dan membanggakan hati Abah Umi dan ibubapa masing masing. Nanti balaslah jasa ibu bapa anda semampu mungkin. Adik, do your best! Allah will do the rest. InsyaAllah I will always pray for your victory, goodness and happiness in both worlds.
Tuesday, 10 December 2024
Banjir 2024
Assalamualaikum.
Monday, 9 December 2024
Random Story of Pakcik Grab
Assalamualaikum.
Hai semua! Saya dah ada di uia sejak hari Jumaat hari tu. Cuti midsem kali ni agak lain pengalamannya. Alhamdulillah ala kulli hal. Nanti saya cerita. Sekarang saya nak cerita pasal pakcik grab yang saya naik pagi tadi dari rumah Kakcik ke uia. Saya tak tahu lah macam mana boleh sedalam itu perbualan saya dan pakcik grab tu tadi.
Pakcik tu cerita pasal anak anak dia 3 orang. Ada yang kerja doktor, yang lain saya tak ingat. Tapi anak anaknya Alhamdulillah berjaya kesemuanya. Saya tanyalah, anak dia lelaki ke perempuan. Dia kata semua perempuan. Situlah permulaan cerita yang mendalam dan rare. Haha. Dia tak sempat nak ada anak lelaki sebab 26 tahun lepas isteri pakcik tu eksiden motor. Kakinya cedera sampai menyebabkan saraf dia rosak. Natijahnya, dia tak boleh mengandung dah. Sekarang isteri dia macam jarang sangat keluar rumah sebab segan dengan keadaan diri dia. Dia keluar bila sangat perlu sahaja.
Isteri pakcik tu cakap kat dia, kalau abang nak kawin lain, kawinlah. Dia okay je katanya, sebab dia kesian dekat suami dia. Pakcik tu cakap taknak, cukuplah dia je. Pakcik tu cakap dia nak fokus besarkan anak anak 3 orang sampai berjaya. Dia dah bersyukur sangat dah ada 3 orang anak perempuan tu. Okay, antara sebab yang menyumbang kepada pakcik tu taknak kawin lain adalah...pakcik tu ada trauma masa lalu. Ayah dia dulu kawin 4. Mak pakcik tu isteri pertama. Bila ayah dia kawin lain, dia abaikan mak pakcik tu. Dia tinggalkan isteri dan anak anak 7 orang dan pergi dengan isteri keempatnya ke Terengganu.
Mak dia soranglah bertungkus lumus jaga anak anak ni sampai besar. Ada satu masa, ayah dia bawak mereka adik beradik duduk dengan dia di Terengganu. Ayah dia kerja bawak lori dan selalu tak ada di rumah. Mak tiri dia siram air panas dekat pokok ubi sebab taknak bagi tumbuh, supaya pakcik tu dan adik beradiknya tak dapat makan ubi. Bila ayah dia pulang, adik beradik tiri pakcik selalu mengadu benda benda yang tak betul dekat ayah dia pasal pakcik ni dan adik beradik.
Akhirnya, mereka kembali kepada mak mereka dekat Nilai. Bila semua dah besar tu, mak dia sakit tibi dan nazak. Akhirnya meninggal begitu sahaja. Allahummaghfir laha. Ayah dia pun semakin tua dan sakit. Masa tu nampak true color mak tiri. Dia macam abai suami dia yang tua tu. Pakcik grab tu sendiri cakap mak tiri dia gila duit. Terkejut kita dengar haha. Sangat straight to the point ya. Masa tulah ayah dia nak kembali kepada anak anak dia. Tapi pakcik ni tak mampu nak terima balik ayah dia. Sebab dia memang saksi betapa terseksanya mak dia dulu.
Fuhh dahsyat kan. Macam dalam cerita. Kiranya semua benda ni berlaku dalam 40 ke 50 tahun lepas. Sebab pakcik ni sekarang umur 66 tahun. Walaupun dah lama berlaku, pakcik ni nampak sangat terkesan dengan benda tu sampai sekarang. Cara pakcik tu bercerita, dia macam sangat sayang isteri dia Alhamdulillah. Isteri dia muda 4 tahun daripada dia. Anak anak pakcik tu masing masing dah umur 40, 30+ dan 27 tahun. Dia cakap sebelum dia buat grab pagi tadi, dia pergi hantar cucu dia sekolah. Comel kann.
Semoga cerita pakcik tu dapat kita jadikan iktibarlah. Ya Allah jauhkanlah kami semua dari berbuat kejahatan dan jauhkanlah kami dari menjadi mangsa kejahatan sebegitu. Semoga Allah permudahkan urusan pakcik tu sekeluarga dan bahagia dunia Akhirat, Allahumma Amin.
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Safiyyah dah ada cafe akhirnya. Hujung hujung sem ni lah dia bukak. Tapi bersyukurlah, at least tak susah un...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah pagi tadi saya dah selesai bercerita subjek modern Arabic Dr. Wan Rusli. Sebenarnya saya turn ketiga, yang m...