Assalamualaikum.
Hai semua! Saya dah ada di uia sejak hari Jumaat hari tu. Cuti midsem kali ni agak lain pengalamannya. Alhamdulillah ala kulli hal. Nanti saya cerita. Sekarang saya nak cerita pasal pakcik grab yang saya naik pagi tadi dari rumah Kakcik ke uia. Saya tak tahu lah macam mana boleh sedalam itu perbualan saya dan pakcik grab tu tadi.
Pakcik tu cerita pasal anak anak dia 3 orang. Ada yang kerja doktor, yang lain saya tak ingat. Tapi anak anaknya Alhamdulillah berjaya kesemuanya. Saya tanyalah, anak dia lelaki ke perempuan. Dia kata semua perempuan. Situlah permulaan cerita yang mendalam dan rare. Haha. Dia tak sempat nak ada anak lelaki sebab 26 tahun lepas isteri pakcik tu eksiden motor. Kakinya cedera sampai menyebabkan saraf dia rosak. Natijahnya, dia tak boleh mengandung dah. Sekarang isteri dia macam jarang sangat keluar rumah sebab segan dengan keadaan diri dia. Dia keluar bila sangat perlu sahaja.
Isteri pakcik tu cakap kat dia, kalau abang nak kawin lain, kawinlah. Dia okay je katanya, sebab dia kesian dekat suami dia. Pakcik tu cakap taknak, cukuplah dia je. Pakcik tu cakap dia nak fokus besarkan anak anak 3 orang sampai berjaya. Dia dah bersyukur sangat dah ada 3 orang anak perempuan tu. Okay, antara sebab yang menyumbang kepada pakcik tu taknak kawin lain adalah...pakcik tu ada trauma masa lalu. Ayah dia dulu kawin 4. Mak pakcik tu isteri pertama. Bila ayah dia kawin lain, dia abaikan mak pakcik tu. Dia tinggalkan isteri dan anak anak 7 orang dan pergi dengan isteri keempatnya ke Terengganu.
Mak dia soranglah bertungkus lumus jaga anak anak ni sampai besar. Ada satu masa, ayah dia bawak mereka adik beradik duduk dengan dia di Terengganu. Ayah dia kerja bawak lori dan selalu tak ada di rumah. Mak tiri dia siram air panas dekat pokok ubi sebab taknak bagi tumbuh, supaya pakcik tu dan adik beradiknya tak dapat makan ubi. Bila ayah dia pulang, adik beradik tiri pakcik selalu mengadu benda benda yang tak betul dekat ayah dia pasal pakcik ni dan adik beradik.
Akhirnya, mereka kembali kepada mak mereka dekat Nilai. Bila semua dah besar tu, mak dia sakit tibi dan nazak. Akhirnya meninggal begitu sahaja. Allahummaghfir laha. Ayah dia pun semakin tua dan sakit. Masa tu nampak true color mak tiri. Dia macam abai suami dia yang tua tu. Pakcik grab tu sendiri cakap mak tiri dia gila duit. Terkejut kita dengar haha. Sangat straight to the point ya. Masa tulah ayah dia nak kembali kepada anak anak dia. Tapi pakcik ni tak mampu nak terima balik ayah dia. Sebab dia memang saksi betapa terseksanya mak dia dulu.
Fuhh dahsyat kan. Macam dalam cerita. Kiranya semua benda ni berlaku dalam 40 ke 50 tahun lepas. Sebab pakcik ni sekarang umur 66 tahun. Walaupun dah lama berlaku, pakcik ni nampak sangat terkesan dengan benda tu sampai sekarang. Cara pakcik tu bercerita, dia macam sangat sayang isteri dia Alhamdulillah. Isteri dia muda 4 tahun daripada dia. Anak anak pakcik tu masing masing dah umur 40, 30+ dan 27 tahun. Dia cakap sebelum dia buat grab pagi tadi, dia pergi hantar cucu dia sekolah. Comel kann.
Semoga cerita pakcik tu dapat kita jadikan iktibarlah. Ya Allah jauhkanlah kami semua dari berbuat kejahatan dan jauhkanlah kami dari menjadi mangsa kejahatan sebegitu. Semoga Allah permudahkan urusan pakcik tu sekeluarga dan bahagia dunia Akhirat, Allahumma Amin.
Mashaa Allah. Hikmah keto tokleh start, buleh tahu cerita
ReplyDeleteTu kato.
Delete