Assalamualaikum.
Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakcikš. Masa saya balik baru baru ni, Abecik ada belikan susu coklat oatside yang sedap tu. Saya selalu jugak habiskan stok oatside tu dalam peti Kakcik. Mianeyo Kakcik. Dan tahu tak, Kakcik suka sangat susu tu sampaikan boleh habis semua stok yang ada dalam masa satu hari.
Abecik datang dengan idea yang bernas. Iaitu simpan sedikit stok susu di tempat rahsia. Kiranya masa kita sedih-sedih susu habis dalam peti, kita akan excited bila teringat yang susu tu ada lagi sebenarnya di tempat lain. Okay jadi ceritanya, susu dalam peti dah habis masa tu. Saya rasa nak lagi. Kakcik pun suruh saya wasap tanya Abecik di mana kah lokasi susu tu. Tapi saya malu untuk bertanya Abecik. Saya pun sambung je tengok tv. Tiba tiba masa tu Angah keluar dari rumah. Saya ingatkan Angah dah nak balik.
Beberapa minit selepas itu, Angah balik dengan 4 kotak susu oatside dan sekotak besar susu coklat farmfresh. Angah suruh saya letak dalam peti, kemudian Angah betul betul balik rumah Angah dah. Saya tercengang sekejap. Tak sangka yang Angah sepeka dan sepeduli itu. Haha. Sweet kannn. Hikmah terjadinya benda tu, Abecik Kakcik baru discover yang susu tu harganya lebih murah di kedai yang Angah beli.
Okay bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment