Tuesday, 10 December 2024

Banjir 2024

 Assalamualaikum.



Saya balik cuti midsem 22/11 hari tu. Alhamdulillah sempat beraktivitas seperti biasa untuk 4 hari. 27/11 banjir melanda. Malam tu kami berempat iaitu Abah, Umi, Abe Dailamie dan saya pindah kereta ke Petron. Malam tu air banjir depan rumah Ustazah Pah dah paras punggung orang yang berketinggian 160cm. Tak jenere sangat lah tidur malam tu. 

Keesokan harinya adalah hari yang crucial. Kami hanya melihat air semakin naik sampai masuk rumah. Abah Umi gigih angkat barang barang yang penting. Di rumah waktu banjir tu ada 7 orang termasuk Wildanummukholladun. Waktu pagi dah start tak ada api. Tapi Alhamdulillah tak rasa panas langsung sebab hujan lebat sepanjang masa. Malam tu tidur dalam gelap sambil bergelumang dengan air. Abah letak batu bata di kaki katil supaya jadi lebih tinggi dan tak kena air. 

Pagi 29/11 tu Abe Dailamie call bomba untuk kami berpindah. Air nampak semakin naik. Dahla ada budak kecik dan insan mengandung sorang tu. Berpindah adalah satu keperluan waktu tu. Saya tak ingat pukul berapa bomba datang ambik, tapi masih di waktu pagi lah. Kami bertujuh naik bot bersama beberapa orang bomba. Best juga pengalaman tu, tapi taknaklah ia berulang. Kami naik bot sampai kedai nasik ayam berempah. Sampai kedai futsal pun ada air lagi, bayangkanlah. 



Kami pindah ke pps masjid al-amin. First time dapat pengalaman ni. Selama ni hanya menyaksikan orang lain kena banjir dan berpindah. Allah maha kuasa, kita tak ada hak nak rasa diri lagi tinggi dari sesiapa. Semudah itu saja kalau Allah nak terbalikkan keadaan. Di masjid tu, ramai betul orang yang dikenali. Maklumlah orang Rantau Panjang semuanya. Alhamdulillah kami semua dilayan dengan baik. Makanan pun cukup dan sedap. 

Kekurangannya di situ adalah selalu ketandusan air. Jadi, kami selalu juga pergi Petron kalau nak buat apa apa yang melibatkan tandas. Hari hari terakhir di situ agak tak selesa sebab cuaca dah semakin panas, di khemah tu tak ada kipas. Benda paling best waktu tu adalah, kami dapat luangkan banyak masa dengan Muhammad Wildan Al-Hakim. Khemah kami berhadapan. Tugas favourite saya adalah menjaga Muhammad, walaupun lepas tu rasa macam tak ada lengan. Anything for you bebeh. 

Terima kasih Abah Umi banyak bersusah payah dan berkorban dalam banjir ni. Semoga kami dapat jadi anak anak yang menjadi asbab kebahagiaan Abah Umi dunia Akhirat. Allahumma Amin💗

2 comments:

  1. Jadi suspisyes tengok meksya diri dale air gitu🙂‍↔️ teringat kejadian sekian sekian yang hanya mungkin terjadi di musim banjir.

    ReplyDelete

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...