Assalamualaikum.
Saya baru sampai uia ni. Pagi tadi bertolak naik bas. Best sangat 2 hari rehat minda di pantai. Nanti saya cerita. Sekarang nak cerita pasal peristiwa yang memalukan saya. Sampai sekarang belum habis lagi saya punya rasa malu. Tadi saya turun di stesen bas kawasan Gombak, saya tak tahu nama stesen tu apa. Sepatutnya saya turun tbs. Tapi saya rasa kalau turun kat situ lagi dekat dengan uia.
Saya order grab. Memang betul lah situ lagi dekat dengan uia. Harga grab pun sangat murah berbanding dari tbs, RM18.30 rasanya. Grab sampai, saya pun naik. Pemandunya lelaki berbangsa Cina, dalam umur 20-an. Bila sampai di mahallah, saya pun hulur duit RM20, tanpa mengharapkan baki. Tapi dia cakap something yang tak berapa jelas, dengar macam, "bayar grabpay". Saya pun cakap, saya tak reti grabpay, ambik jelah RM20 ni. Tak payah baki. Dia tanya kenapa. Muka dia tersangat blur masa tu.
Saya pun senyum je dan cakap terima kasih. Dia cakap sama sama dengan muka masih blur sambil belek belek duit yang saya bayar tu. Saya terfikir jugak masa tu. Kenapa dia terkejut sangat, padahal saya bagi lebih seringgit berapa sen je. Masa naik tangga mahallah, tiba tiba saya teringat. Saya punya apps grab tu dah set grabpay. Kalau saya beli apa apa makanan dekat grab, duit automatik masuk dekat orang tu. Cumanya saya tak pernah lagi book kereta grab sejak ada grabpay ni.
Maksudnya, duit RM18.30 tu dah masuk dekat pemandu tu. Sebab tu dia pelik kenapa saya bagi RM20 dekat dia. Saya pulak duk cakap, "Takpe ambik jelah". Haha memalukan diri sendiri lah Syahadah😭 InsyaAllah saya ikhlaskan duit tu, cumanya pasal malu tu tak dapat nak lupa. Dengan asbab saya bagi duit tu kepada dia, semoga Allah kurniakan anugerah iman, islam dan kebahagiaan dunia Akhirat kepada pemandu tu dan semua orang tersayang dia. Allahumma Amin.
Buleh bankrup laguni kak wea dio
ReplyDelete