Assalamualaikum.
Hari Jumaat hari tu, lepas waktu solat Jumaat, Abah, Umi, Adik, Iman, Abdurrahman dan saya bertolak ke pantai di Bachok untuk sambut family day sekolah Abah. Jauh jugak perjalanannya. Kami sampai sana dalam waktu Asar. Kami dapat chalet dua katil, dekat je dengan pantai. Sampai tu, kami makan dulu nasi Arab yang dibawa. Sedap woo nasi Arab. Saya menambah banyak kali. Lepas makan kami solat. Lepas tu, saya, Adik dan dua orang budak bijak tu keluar ke pantai. Abah pun ke pantai juga sekejap. Lepas tu Abah join cikgu-cikgu bakar ayam untuk makan malam.
Semangatnya anak anak.
Sampai sudah kita.
Makan nasi Arab yang sedap.
Poksu bersama 2 budak koboi.
Yeay Tokbah belanja aiskrimm.
jangan peganggg!
First time tengok real life obor obor.
MamaDa nak jugak.
Pandai Iman lukis😍
Malam tu saya dan Adik teman Iman Abdurrahman mandi kolam. Daripada petang duk minta nak mandi kolam sebab nampak ramai budak budak duk berenang situ. Tokbah kata main malam lah tak ada orang sikit. Lepas MamaDa solat Maghrib, kami terus ke kolam. Iman Abdurrahman terus terjun ke dalam kolam dengan berpakaian renang yang dibeli oleh MamaIqa.
Memang kami jelah yang main malam malam tu. Saya dan Adik duduk di tepi kolam, kaki masuk dalam air. Saya pujuk Adik mandi kolam, sebab bila lagi nak rasa peluang macam ni. Saya kalau boleh nak jugak, tapi tak ingat bawak baju yang sesuai untuk berenang. Akhirnya Adik terjun juga. Best betul tengok. Lama juga lah mereka mandi kolam. Tiba-tiba, ada seorang lelaki masuk ke kawasan kolam sambil suluh lampu. Dia kata, sebenarnya kolam ni tak bukak malam. Kiranya tak dibenarkan main waktu malam.
Adik lah yang paling "bbera" haha😹. Dia kata, dia je orang besar yang mandi masa tu. Dahla ada bini cikgu sorang tu ada kat depan tu masa tu. Dia nampaklah peristiwa kami ditegur ni. Lepas tu, kami terus naik dan menuju ke bilik kami.
Berseronok sebelum ditegur.
Lepas isyak, kami makan makan dengan semua guru dan kakitangan SKTS. Ada ayam bakar, kambing bakar, air sirap, lokcing dan banyak lagi. Ada acara cabutan bertuah juga. Semua orang dapat hadiah. Saya, Umi, Adik, Iman dan Abdurrahman pergi sekadar untuk makan sahaja. Masa makan tu budak budak ni nampak mengantuk dah. Jadinya kami balik ke bilik terus lepas makan. Abah tunggu acara cabutan bertuah, sebab kena ada wakil keluarga.
Gigih mencarik kambing bakar.
Meriah dan sejuk.
Keesokan harinya, ada acara sukaneka. Tapi sebelum tu, Iman Abdurrahman sekali lagi mandi kolam. Kali ni ada ramai juga budak budak, sebab waktu pagi. Mereka memang nikmati mandi kolam sepuas puasnya Alhamdulillah. Untuk acara sukaneka, keluarga kami tak masuk pun acara tu. Kami pakai baju tema family day dan jalan jalan di pesisir pantai. Tak bosan langsung tengok pantai. Kami singgah sekejap dekat orang sukaneka untuk minum air bandung yang disediakan. Lepas tu kami sambung jalan jalan pantai. Balik bilik tu, Umi masak megi guna dapur gas mini yang dibawa dari rumah. Abdurrahman makan megi sampai terberak banyak kali haha.
Kemudian, semua orang siap siap untuk balik dah. Pukul 12 check out. Perjalanan balik, kami singgah hospital Zainab II melawat Abah Besar tak sihat. Tapi Abah dan Umi saja yang turun. Kami berempat duk dalam kereta, round dan mencari parking yang sesuai. Kawasan hospital tak ada parking. Lepas selesai di hospital, kami ke Mydin Mall! Macam biasa, Mydin Mall adalah untuk makan. Lepas makan sizzling, kami beli ais krim yogurt. Sedap sangat! Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat ini.
Feeling-feeling Ghibli.
Boling kelapa🥥
Favourite photo.
Makan berebut lebih nikmat.
Mydin Mall, view from musolla.
DOK EHHHH. BESAR GITUMO OBOR OBOR TU😱😱😱
ReplyDelete