Saturday, 31 August 2024

Independence Day🇲🇾

Assalamualaikum.

Selamat Hari Merdeka kepada negaraku Malaysia! Merdeka yang ke 67 sudah. Semoga kita merdeka sampai ke akhirnya dan merdeka dari semua segi. Bukan saja dari segi kebebasan fizikal, tapi juga dari segi keluasan otak untuk berfikir. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, keelokan adab dan akhlak sangat penting. Marilah kita berusaha untuk menjadi orang yang sentiasa memudahkan urusan orang lain dan berfikiran positif. 

Semua ni tidak mustahil. Amin yaqinaaa, Laa mustahilaa🎶Tanah Melayu sudah terkenal di persada dunia sekarang. Semoga kita terus terkenal dengan benda benda yang positif sahaja, Allahumma Amin. Semangat Malaysia ku!

Saturday, 10 August 2024

Week 1🎨

Assalamualaikum.

Alhamdulillah week 1 done. Sepanjang minggu pertama ni saya masuk relief 4 kelas. 2 Cempaka, 3 Kenanga, 4 Delima dan 1 Cempaka. Seperti yang saya ceritakan di blog sebelum ni, kelas 2 Cempaka saya tak mengajar pun. Saya cuma buat taaruf dan tanya suka atau tidak bahasa Arab and why. Saya tak suka vibe kelas pertama tu sebenarnya sebab saya masih ada unsur unsur awkward. Tapi start dengan kelas 3 Kenanga tu, saya rasa enjoy masuk kelas. 


3 Kenanga. Nampak macam budak budak nakal kan? Tapi memang nakal pun haha. Nakal manja gitu. Baik sangat mereka ni lagi lagi group pemenang di atas ni. Mereka ni kelas ketiga. Sporting betul bila saya suruh buat aktiviti. Saya minta mereka bentuk group dan beri mereka latihan bahasa Inggeris. Lepas tu buat correction sama sama. Lepas tu ada pertandingan baca soalan dan jawapan dengan semangat. Group di atas ni menang sebab mereka semangat dan sporting. 

Keesokan harinya, cepat je mereka claim hadiah haha.


Kelas 4 Delima. Kelas ni pun sporting, kecuali seorang. Yang sorang tu taknak join game. Saya ada bagi dia pilihan ke untuk join ke taknak? Hang suka ka, hang tak suka ka, hang kena suka! Okay. Last skali saya suruh dia jadi pelakon di hadapan kelas. Dia kena buat lakonan yang bersesuaian dengan perkataan bahasa Arab yang di hafal oleh kawan kawan dia yang lain. Yang lain kena teka perkataan apakah yang dilakonkan tu. Bersambung....

Tuesday, 6 August 2024

Kelas Pertamaku: 2 Cempaka

 Assalamualaikum.

Day 3, cari saya😸

Kali pertama saya berhadapan dengan budak budak sekolah sebagai guru. Pagi tadi saya join perhimpunan pagi. Ada mengaji, 5 minit speech dari student tentang kesedaran anti-dadah dan ucapan guru-guru. Katanya minggu depan ada jpn nak datang tengok sekolah dan dia akan uji student pasal hadis 40 Imam Nawawi dan tengok adab student. Mungkin jpn bahagian agama lah kot, tak tahu. 

Masa perhimpunan, saya duduk atas kerusi di depan bersama para guru. Sukar dipercayai. Tertengok mata budak di depan terus berdegup jantung haha. Maklumlah saya pun budak jugak. Tadi jugak saya ada bercakap dengan ketua pelajar sekolah ni untuk bertanya tentang waktu free dia, sebab saya nak interview untuk report. Namanya Faris Daniel. Alhamdulillah sopan santun orangnya, patutlah jadi ketua pelajar. 

Lepas perhimpunan tulah saya relief kelas, 2 Cempaka. Comel betul mereka. Mereka macam faham yang saya ni bukan berjiwa cikgu betul lagi. Mereka bagi kerjasama masa saya minta taaruf tu. Saya cuma tanya nama, suka atau tidak bahasa Arab dan kenapa. Waktu untuk mengajar tinggal sikit je masa tu, sebab tu tak sempat buat apa apa aktiviti. InsyaAllah minggu depan saya nak jadi better dalam semua segi. Semoga aktiviti yang akan dilakukan akan menarik minat mereka dan tak membosankan. 

Doakan saya ya, Kakcik Kaksya dan semua orang yang baca blog ini. Okay bye, Assalamualaikum.

Monday, 5 August 2024

The Next Day

 Assalamualaikum.

Bagi saya kemarin lagi okay daripada hari ni. Hari ni awal awal lagi stress dengan tudung. Saya sangat serabai hari ni. Setiap pagi guru guru sepatutnya pergi dewan untuk mengaji, tapi saya tak tahu. So, pagi tadi saya tersadai di bilik guru. Kesimpulannya, hari ni saya terperuk di bilik guru saja. Buat report dan sekarang buat blog. Sekarang dah pukul 1 lebih. Tadi saya bawak bekal dari rumah yang Umi masak, iaitu ayam pedas. Pedas dan sedap sangat! Tadi cikgu cikgu ni ajak saya makan pencuci mulut durian di bilik guru ni. Saya onzz je. Untuk pengetahuan, saya belum jejakkan kaki ke kantin lagi sepanjang 2 hari ni. 

Tadi sepatutnya saya kena relief kelas pukul 12.55 sampai 1.25. Saya dah excited sangat dan ready dengan bahan bahannya. Sampai waktunya, saya tengok kelas 3 Cempaka tu ada cikgu dalam kelas. Saya pun tunggu punya tunggu. Tak keluar jugak. Saya pun bagitahu Ustazah Dah. Ustazah kata takpelah, esoklah relief. Saya berulang kali naik turun tangga sebab nak tengok takut takut cikgu tu keluar. Tapi tak ada rezeki saya relief hari ni. Saya rasa tak berguna sekarang ni. 

Hari ni Nasihah dan Ibby start ROS. Selamat maju jaya lah kepada mereka. Saya harap cepat cepat ROS ni berlalu, saya nak pergi Umrah😭. Okay bye, Assalamualaikum.

Minah Yen off to school (Abah hantar)

Sunday, 4 August 2024

Hari Pertama ROS

 Assalamualaikum.

Okay saya tak bermimpi sekarang ni. Ini kenyataan😭 What am i doing here?? Di mana kah geng geng ROS dari U lain yang dijanjikan?😭 Ai really don laik dis. Hebatnya orang orang yang jadi cikgu. Hari ni saya datang sekolah Abah hantar dengan Exora, sebab Abah kena guna kereta untuk hantar budak. Rupanya hari ni ada sambutan merdeka di sekolah ni. Para guru kena duduk di sepanjang tepi dewan. Mungkin senang untuk tegur budak yang bising. 

Tapi saya malu macam tu!! Disebabkan saya orang asing dan ni kali pertama pelajar pelajar tu tengok saya, mereka tengok macam nak makan saya. Tidak kurang juga yang berbisik bisik sambil tengok. Orang yang tak insecure pun jadi insecure kalau macam tu. Saya elak daripada pandang budak budak. Kalau terpandang jugak, saya senyum je. Tapi sambil senyum tu sambil bergelora lautan hati ni. 

So, first day is not good for me. Saya tak pandai bercakap cakap dengan cikgu cikgu ni. Jadi saya memang duduk diam je, hanya jawab yang ditanya. Saya boleh bayang kawan kawan saya yang lain yang tengah ROS jugak ni..mesti perform. Lagi lagi Dalili sebab dia memang peramah dan lovable likable. Saya sekarang ni buat buat sibuk dan kononnya ada kerja yang crucial. Padahal tulis blog hihi. Tapi tadi saya ada buat sikit cover page report dan table of content separuh. 

Hari hari ke macam ni haha. Hmm. Dahla pakai bawal. Okaylah. nanti saya update lagi kehidupan saya yang sendu di SMKGP ni. Bye Assalamualaikum.

Guel nampak terlalu ustajah👼

Dipaksa nyanyi  merdeka di depan dewan oleh Ustazah Dah.

Sambutan merdeka yang meriah🎉

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...