Wednesday, 31 July 2024

Sanah Helwah, Kaklong!🌷

 Assalamualaikum.


Kaklong officially berumur 30 tahun Alhamdulillah. Rupanya Kaklong muda sangat waktu mula mula saya kenal. Semuda saya sekarang😚. Okay whatever. Kakcik takkan setuju dengan hakikat kemudaan saya. Kaksyadah sayang Kaklong💗. Tapi disebabkan keluarga kita ni bukan jenis yang mengungkap rasa sayang, maka tak terungkaplah kata sayang tu. I hope you know it. 

Semoga Allah permudahkan urusan Kaklong Along sekeluarga selalu, semoga Allah permudahkan rezeki yang halal, dicukupkan rezeki selalu, semoga Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat Kaklong, diberi keselamatan sentiasa. Semoga Allah ampunkan segala dosa Kaklong, dipermudahkan untuk sentiasa taat kepada Allah, sentiasa jadi penyejuk mata buat Along, semoga Allah kurniakan kepada Kaklong sekeluarga kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat, Allahumma Amin🤲🏽🌻✨

Monday, 29 July 2024

Askar-askar Kecil

 Assalamualaikum.

Mencapai lampu.

Mengajar Abdurrahman dengan muka serious.





Art is the expression of human imagination - gugel. Disebabkan MamaIqa dan AyahCik balik, maka berkampung lah budak budak ini di rumah Tokbah Tokmi walaupun hari sekolah. Suka sangat lah tu AyahCik dan MamaIqa ambik waktu habis sekolah. Malam malam Abdurrahman tidur dengan AyahCik MamaIqa, Iman tidur dengan MamaDa berhimpit berdua atas katil single haha. 

Iman Abdurrahman kadang kadang kan nak juga main telefon. Jadinya MamaDa bagi main telefon lama MamaDa 10 minit sorang. MamaDa set loceng, bila berbunyi kena berhenti serta merta. Selalunya mereka suka main subway surf, kidsdoodle dan catur. Catur tu Si Zakwan sorang saja suka main. Gambar gambar di atas tu hasil seni mereka di kidsdoodle. Kiut kan??

Okay bye, Assalamualaikum.

Friday, 26 July 2024

Are You Ready?

 Assalamualaikum.

Lebih kurang seminggu lagi saya nak ROS. Pakaian untuk sebulan dah ready..rancangan ROS nya belum ready apa apa. Sebab beriefing pun 1 Ogos ni, so saya tak tahu nak ready apa lagi. Saya rasa takut sikit untuk ROS ni sebab saya tak pandai banyak benda. Saya risau dia bagi kerja yang saya tak pandai. Nanti dia akan judge saya dan cakap apa je yang saya belajar sepanjang duduk U. Nanti Abah dan Umi saya yang malu. 

Tapi memang ni first time saya betul betul pergi sekolah untuk tujuan ni. Dari situ lah saya akan belajar banyak benda kan..kan? Ya Allah saya takut😭 Satu benda lagi, saya tak pandai bercakap cakap dengan orang besar. Bila saya bercakap dengan orang tua, saya ada perasaan yang mengatakan orang tua tua tak suka saya. Sebab saya tak pandai berbasa basi. Saya harap bukan saya sorang je akan ROS kat situ nanti. Ada 3 ke 4 orang pun dah okay, supaya cikgu cikgu kat situ boleh berbasa basi dengan mereka.

One more thing, saya sangat pemaluu😭. Seriously, saya rasa tahap malu saya tak biasa. Bila duduk rumah, saya rasa macam saya mampu untuk berhadapan dengan orang bila keluar rumah. Tapi bila saya betul betul duduk dengan orang, saya resah sangat. Saya tak boleh duduk diam kalau wajah saya ditenung atau dilihat orang. Rasa nak lari dari tempat tu. Macam mana nak berhadapan dengan budak budak sekolah ni Allahu.

Saya tak patut risau pasal benda tu sebenarnya. Ya Allah, permudahkanlah urusan ROS ku dan kawan kawan semua. Bagilah kami dapat buat yang terbaik dan membanggakan hati Abah Umi kami, Allahumma Amin. Kalian doakan saya jugak ya💗. Okay bye, Assalamualaikum.

Hmm not like you (semuanya bawal)

I love.

Movie yang Tidak Disukai

 Assalamualaikum.

Saya tak suka sangat sangat dengan satu cerita India ni😭 Namanya Theera Kaadhal. Saya memang taknak tengok sampai habis sebenarnya, sebab sangat menyakitkan hati. Tapi Umi nak tengok sampai habis. Jadi saya kena tengok sekali haha. Cerita nya pasal kecurangan. Awal awal tu lelaki tu terjumpa balik dengan bekas kekasih dia dulu dan tercurang. Lepas tu, mereka berjanji untuk berpisah dan tak akan bertegur dah lepas ni. Mereka pun balik ke pangkuan keluarga masing masing. 

Lepas 2 minggu, perempuan tu contact dia balik dan bagitahu yang dia dipukul suami dia. Betul lah benda tu. Lelaki tu pun bersimpati lah. Tapi lelaki tu still jaga batas. Lepas tu, si perempuan tu menjadi jadi perangai nya. Dia call lelaki tu selalu, mesej malam malam. Lelaki tu cuba sedaya upaya untuk tak layan, last skali dia block perempuan tu. Tapi perempuan tu sangat psycho. Dia tukar nombor baru dan mesej lagi. Sampai tahap dia berpindah ke apartmen yang sama dengan lelaki tu.

Tak mahu lah cerita sampai habis. Panjang sangat. Yang penting, perangai perempuan tu masa tu sangat annoying. Semoga tak wujud orang macam tu di dunia sebenar. Semoga kita dan keluarga kita tak jadi macam tu dan semoga kita dijauhkan dari diganggu orang macam tu. Okay bye, Assalamualaikum.

Thursday, 25 July 2024

Natural Sauna🛁

Assalamualaikum.

Saya tak pasti lah sekarang ni memang cuaca semakin panas ke atau pun sama je daripada dulu. Setiap saat saya wajib duduk depan kipas. Kalau tak peluh akan menitik. Walau sekejap saja tak duduk depan kipas, saya akan berpeluh teruk sangat sangat. Lepas solat, telekung tu mesti basah punya, kena tunggu dia kering dulu sebelum lipat. 

So, saya suka sangat bila Umi suruh saya drive pergi ambik Adik atau pergi beli apa apa, sebab dalam kereta ada hekon. Ohh patutlah minyak kereta cepat je habis hihi. Sila jaga diri kalian semua pada musim panas ini. Kalau kena berjalan kaki tengah panas, gunakan lah payung supaya kepala kita tak menggelegak. Banyakkan minum air masak. Kalau boleh mandi lah hari hari supaya badan sentiasa segar dan wangi (bombastic criminal side eye to myself). Okay bye, Assalamualaikum.

Saturday, 20 July 2024

Beza Percaya & Yakin

Assalamualaikum.

Tahu tak apa perbezaan antara percaya dan yakin? Mari saya bagitahu. Kalau seseorang tu percaya sesuatu, belum tentu dia yakin lagi. Percaya ni begini...seseorang bagitahu kita yang dia pemanah tepat. Kita tak percaya lagi sebab tak ada bukti. Dia pun bawa sijil sijil pencapaiannya yang mengatakan dia tu pemanah yang memang hebat. Sijil tu siap ada cop pengarah memanah Kebangsaan contohnya. Kita pun percaya lah sebab memang ada bukti kukuh. Tu adalah percaya, tapi belum sampai tahap yakin lagi.

Lepas tu, pemanah tu nak tunjukkan kebolehan dia..dia minta sesiapa untuk volunteer letak sebiji epal atas kepala..dia nak panah epal tu. Kalau orang takut untuk buat macam tu, maksudnya orang tu tak yakin. Dia sekadar percaya sebab ada bukti. Tapi kalau ada yang volunteer untuk dipanah epal atas kepala, maksudnya orang tu memang yakin akan kebolehan pemanah tu. 

Kita boleh cek diri kita sama ada kita yakin ke tak dengan Allah, atau kita sekadar percaya. Contoh keyakinan kepada Allah adalah seperti kisah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tinggalkan anak dan isterinya berdua sahaja di padang pasir yang tandus atas perintah Allah, dengan tak ada sumber makanan dan minuman di tempat tu. Kalau orang yang tak yakin, dia akan teragak agak untuk tinggalkan keluarga macam tu. Macam mana kalau mati bini dan anak tu..Tapi keyakinan Nabi Ibrahim terhadap Allah sangat tinggi.

Memang susah untuk capai macam tu, tapi kita kena sentiasa terapkan keyakinan terhadap Allah dalam hati. Kena sentiasa bagitahu dan ingatkan hati kita yang kuasa Allah tu meliputi segala sesuatu. Rezeki kita Allah yang tentukan dan kurniakan. Kita kena patuh perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah, dan yakin lah bahawa apa yang Allah dah tetapkan untuk kita pasti akan datang. Kita punya usaha untuk capai sesuatu tu jangan sampai langgar perintah dan larangan Allah. 

Semangat semua! Jom kita jadi hamba Allah yang berusaha dengan cara yang Allah redha dan sentiasa tawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua keadaan. Semua ilmu di atas saya dapat waktu ta'lim bersama keluarga, Alhamdulillah. Semoga kita dan semua orang tersayang kita sentiasa diberi kebaikan dan kebahagiaan di dunia ini dan mencapai syurga firdaus di Akhirat kelak, Allahumma Amin.

Friday, 19 July 2024

Syahadah Harum Mewangi🌷

 Assalamualaikum.


Yeahh, Syahadah akan menjadi seorang yang wangi lepas ni InsyaAllah. Jangan kecam saya. Memang hari tu saya dah ada beli air wangi yang harga RM5 kan, tapi bau dia lama lama rasa tak sedap dan pening. Kedai kat shoppe tu okay saja, cuma mungkin saya yang salah pilih bau. Kini, saya mempersembahkan perfume official saya...jeng jeng!! Baru beli di Mydin Mall tadi.

Niat mula mula memang nak beli perfume saya di kedai Arab tu, tapi Adik pula yang TERbeli air wangi dia😌. Saya tak jadi beli mula mula sebab harga sultan. Tapi dah berkenan dengan bau dia. Bau yang lembut, wangi dan eksklusif. Tapi bila tanya Abah Umi, Abah Umi suruh beli je. Kami pun kembali ke kedai Arab tadi untuk beli. Pandai betul orang jual tu...dia punya cara buatkan kami nak beli. Haha. Tapi memang perfume dia best.

Semoga saya istiqomah jadi wangi. Yang penting kena improve kekerapan mandi dulu. Sembur perfume 4 botol pun tak bagi kesan apa kalau tak mandi. Ish ish👀. Tapi kita sembur ala kadar saja InsyaAllah..sekadar untuk berbau wangi pada orang yang duduk rapat rapat dengan kita. Ahhhh excitednya! ~Nur Syahadah harum mewangi...tidak kira di mana sajaa~~ Oh yeah, bye Assalamualaikum.

Wednesday, 17 July 2024

4th Blog Anniversary

 Assalamualaikum.

Hari ni, tepat 4 tahun saya menulis blog Alhamdulillah. Dah lama rupanya. Semestinya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kaksya sebab memperkenalkan blog kepada saya, ajar dan galakkan saya. Blog ni media sosial utama saya. Tempat saya berkongsi cerita yang best dan elok elok je InsyaAllah. Kalau anda terperasan benda yang tak baik di blog saya atau vibe yang negatif, sila maklumkan. 

Saya menulis blog untuk memori masa depan. Kita akan terhibur tengok perkongsian kita sendiri. Lepas tu kita boleh tengok perkembangan diri kita dan orang sekeliling dari dulu sampai sekarang. Saya berharap untuk tulis dan share benda positif saja. Semoga ada pahala jariah dari perkongsian di blog ni. Menulis blog ni sangat enjoy. Saya harap ramai lagi orang yang saya kenali tulis blog jugak sebab saya nak baca hihi. Saya suka baca blog orang.

Pembaca blog saya hanyalah Kakcik dan Kaksya. Tu pun bila mereka ada masa. Ya lah masing masing kan sangat sibuk. Ada komitmen masing masing. Saya harap setiap tulisan saya tak ada yang menyakitkan hati sesiapa, tak cakap buruk pasal sesiapa, tak ada fitnah sesiapa, tiada negativiti dan tak ada dosa jariah InsyaAllah. Pape roger. Okay bye, Assalamualaikum.

Bermula blog dengan 2 budak kecik ni, sekarang dah 5 Alhamdulillah💗

Tuesday, 16 July 2024

Best Bollywood Movies

 Assalamualaikum.

Seperti yang diketahui segelintir manusia, saya sangat suka cerita Hindustan. Kalau dulu, saya ulang tengok yang sama je berpuluh puluh kali. Walaupun mungkin cerita cerita tu lagi tua usia nya daripada saya, still tengok sampai sekarang. Tak termuntah pulak ya tengok benda sama. Sekarang dah ada netflix, saya cuba beranikan diri untuk tengok cerita Hindustan yang lain. Banyak je yang sedap cerita Hindustan sekarang. Sebelum ni pun saya ada cerita kan pasal cerita yang saya tengok, contohnya 12th Fail, Circus dan sebagainya. Kali ni saya nak cerita pasal movie Hindustan yang berkisarkan misteri dan penyiasatan yang BEST.

Jaane Jaan. Pelakon utamanya Jaideep Ahlawat dan Kareena Kapoor. Vibe cerita ni suram dan sunyi. Hero tu namanya Teacher Naren, guru matematik. Sangat bijak bermatematik sehinggakan dia apply matematik tu dalam kehidupan. Dia berjiran dengan Maya yang tinggal berdua je dengan seorang anak perempuan. Ada satu watak polis yang annoying bagi saya dalam cerita ni haha. Saya bukan nak cerita jalan cerita, hanya nak bagitahu tajuk dan sinopsis hihi. Kalau rasa berminat, sila tengok. Best sangat cerita ni. Kita boleh teka yang pembuat cerita ni seorang yang bijak. 

Next, HIT: the first case. Cerita ni boomm💥Sedap dooh. Lagi lagi hero nya pelakon yang saya suka iaitu Rajkummar Rao. Tapi saya rasa Rajkummar ni support lgbt lah..berdasarkan dialog dia dalam movie. Tapi bakat lakonan tak boleh disangkal lagi. Alkisahnya, Vikram ni seorang detektif. Dia ada trauma masa lalu, rasanya kekasih dia kena culik dan dibakar depan mata dia. Benda tu bagi kesan dekat dia sampai sekarang. Sampai ganggu dia punya konsentrasi terhadap pekerjaan dia. Sekarang dia ada kekasih baru, tapi dia tak pernah cerita pun pasal trauma dia tu. Satu hari, kekasih dia hilang. Dia nak ambik kes tu untuk siasat, tapi bos dia bagi kes tu dekat polis lain. Pastu dia  perasan yang kes kehilangan tu ada kaitan dengan satu lagi kes perempuan hilang yang berlaku beberapa hari sebelum tu. Dia pun ambil kes yang satu lagi tu. Lepas tu.... tengok syendiri! 

Ketiga, Gumraah. Ni seriously best. Baru tengok tadi. Ada berlaku kes pembunuhan seorang lelaki di kediamannya sendiri. Siasat punya siasat, akhirnya ada bukti. Jiran depan rumah tu ada berselfie berdua waktu kejadian. Dalam gambar tu ada muka pelakunya. Akhirnya ditangkaplah "pelaku" nya. Seorang lelaki kerja engineer. Nampak educated orangnya. Polis dah anggap mereka berjaya selesaikan kes. Pada masa yang sama, seorang pemandu mabuk ditangkap. Yang mengejutkan muka dia sebijik dengan tertuduh kes bunuh tu. So, polis pening kepala, siapa pembunuh sebenar? Dua dua tak mengaku, dua dua ada alibi. Anda rasa siapakah pelakunya? HaHaHa. 

Okay bye, Assalamualaikum.

Khutbah Terakhir Rasulullah

 Assalamualaikum.


Jom kita keluarkan point pesanan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dari khutbah terakhir baginda. Ni saya betul betul tengok kat frame tu je tau, takde rujuk tempat lain. Sebarang kesalahan, sila betulkan hihi. 

1. Amanah: kembalikan hak orang lain

2. Jangan sakiti orang lain

3. Larangan riba (interest)

4. Berwaspada dengan syaiton, jangan ikut dia walaupun perkara kecil.

5. Nafkah kepada isteri dalam suasana kasih sayang

6. Layan isteri dengan baik dan berlemah lembut

7. Isteri tak boleh bawa masuk orang yang tidak disukai suami ke dalam rumah

8. Dilarang zina

9. Sembah Allah saja

10. Jaga solat wajib 5 waktu sehari

11. Puasa bulan Ramadhan

12. Tunai zakat

13. Haji jika mampu

14. Muslim adalah saudara

15. Kemuliaan seseorang diukur melalui taqwa kepada Allah dan amal soleh

16. Kita akan disoal/dipertanggungjawabkan atas apa yang kita kerjakan

17. Janganlah terkeluar dari landasan kebenaran

18. Rasulullah nabi dan rasul terakhir

19. Islam agama diredhai Allah, takkan ada agama baru.

20. Berpegang teguh kepada Al-Quran & As-sunnah, takkan sesat InsyaAllah.

Jom kita berusaha bersungguh sungguh untuk jadi manusia yang melakukan segala perintah Allah, tinggalkan semua larangan Allah, mengikut sunnah dan ajaran Rasulullah dan mencontohi Baginda sollallahu alaihi wasallam. Semoga kita menjadi hamba yang Allah redha dunia Akhirat, manusia yang disenangi orang sekeliling, manusia yang dapat memberi manfaat kepada umat dan mencapai syurga Firdaus kelak bersama ahli keluarga dan semua orang tersayang, Allahumma Amin.

Kamu Kah Itu, Tiger?

 Assalamualaikum.

Ke hadapan kucing kurus dan luka yang datang rumah ni tiba tiba, setelah beberapa hari kamu berulang alik ke sini dan kadang kadang ada percubaan untuk bermanja dengan ku, pagi ni ku rasa kamu adalah Tiger ku yang telah lama hilang😿Dapat aku cam dirimu melalui warna dan belang unik di belakang tubuhmu. Betul betul diriku ingat kau telah lenyap daripada dunia ini. Aku mengharapkan tekaan ku ini adalah benar dan tepat InsyaAllah.

Okay done ayat puitis. Saya rasa tu betul betul Tiger lah. Tapi nampak agak lain sebab kurus kering dan luka sana sini. Kulit dekat hidung terkeluar dan berdarah. Awal awal saya anggap dia kucing luar, tapi dia nampak tak kekok pun dengan saya. Tadi masa tengah drive, saya tengok dia sekali imbas dari belakang. Terus dalam hati saya kata, 'Tiger!'. Selalunya untuk cam seseorang, seseekor atau sesuatu, kita kena tengok sekali lalu je. Kalau tengok banyak kali jadi waswas pulak. 

Tak tahu lah apa yang Tiger lalui sampai jadi macam tu. Sekarang saya mengharapkan supaya dia lalu makan untuk jadi gemuk dan sihat kembali. Tadi saya sempat bermanja manja dengan Tiger sebelum naik rumah. Sibuk pulak si Baby sekor lagi tu nak bermanja jugak. Saya gerun sikit untuk bermanja dengan Baby tu sebab dia kadang kadang jadi pelik tiba tiba. Elok elok duduk saling membelai, tiba tiba jadi marah pastu gigit dan cakar orang. Tapi okay saja, saya cuma kena sentiasa berjaga jaga. 

Dua ekor tu jelah kucing yang ada buat masa sekarang. Eh ada Latte sekor lagi. Tapi Latte combong dengan caya😪 Jidin pun hilang entah ke mana. Harapnya dia akan kembali dalam keadaan sihat dan ceria. Okay bye, Assalamualaikum.

Doakan saya sihat kembali😸

Baby yang gebu🙆

Monday, 15 July 2024

Kita Ada Allah❤️

 Assalamualaikum.

Pagi ni saya sedih dan kecewa. Biarlah saya nak tulis apa pun kat sini. Hidup ini sungguh tidak mudah. Semakin besar semakin faham ya..gituu. Kita tak boleh kawal sesuatu apa pun di dunia ni. Kita cuma boleh setakat usaha dan berdoa sungguh sungguh kepada Allah dengan harapan Allah akan makbulkan segala doa kita. Saya baru umur 22 tahun😭 Kalau dipanjangkan umur, maksudnya lama lagi saya perlu hadap dunia ini, betul tak. 

Tak tahu kenapa, tapi saya rasa letih sekarang. Saya dah hilang minat pada benda yang dulunya saya excited. Saya angkat tangan tinggi tinggi bermohon agar dapat masuk syurga Firdaus tanpa hisab dan tanpa disentuh api neraka. Kebahagiaan yang abadi tiada pengakhiran InsyaAllah. Sila jangan salah faham, saya bukan putus asa hidup. Saya cuma rasa letih sekarang dan mengharapkan untuk masuk syurga. Sebenarnya ujian saya sangat kecil berbanding orang lain. Saya lebih kepada perasaan...contohnya sedih, kecewa, serba salah, marah dan sebagainya. Ujian yang tak nampak di mata tapi dirasai.

 Ya Allah, jagalah iman kami semua, Kau jauhkanlah kami dari segala perkara fahsya' dan mungkar, jauhkanlah kami dari keburukan akhlak, jauhkanlah kami dari mengecewakan Abah Umi kami, bersihkanlah hati kami, berikanlah kesedaran dalam hati kami, mudahkankanlah untuk kami bertaubat kepada Mu ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, jauhkanlah kami dari perkara yang boleh memberi penyesalan teramat sangat dan merosakkan masa depan kami dunia Akhirat, nauzubillahi min zalik ya Allah. Ya Allah, Kau redhailah kami sepanjang kehidupan kami di dunia ini, Kau hidupkanlah kami di dunia ini dengan bermaruah, terjaga kehormatan dan kurniakanlah syurga FirdausMu kepada kami semua di Akhirat kelak ya Allah, Allahumma Amin.

Saturday, 13 July 2024

Abdul Hadi 12 Purnama🌒

 Assalamualaikum.



Abdul Hadi sudah berumur 1 tahun!🎂. Alhamdulillah. Setakat sekarang, begitulah personaliti dia. Senyap dan suka perhati orang. Kalau orang dukung, senyap dan kaku haha. Lain bebeno dengan si Muhammad. Abdul Hadi nak bagi nampak cool ke😂. Yang penting berbeza sangat Abdul Hadi dengan abangnya yang sorang tu (sila rujuk gambar kedua). Si Abdullah tu Allahu...aktif betul. Aktif tubuh badan dan percakapan. Saling melengkapi lah dua beradik ni. Masa besar nanti kita tak tahu macam mana personaliti mereka. Mungkin akan bertukar peranan haha. Taknakkk. Saya taknak Abdullah jadi senyap😭

Abdul Hadi jadi orang yang good ya. Semoga Allah kurniakan akhlak yang mulia kepada Abdul Hadi, kesihatan dan keselamatan yang terbaik, dipermudahkan segala urusan, taat Allah, Rasulullah dan Abi Umi, penyejuk mata dan penenang hati orang sekeliling, diberi  rahmat dan kejayaan dalam apa jua perkara yang Abdul Hadi ceburi, semoga Allah anugerahkan kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan kepada Abdul Hadi dan orang sekeliling dunia Akhirat, Amin ya Robbal Alamin.

I'm Home

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah hampir seminggu saya balik rumah. Saya bertolak ke stesen bas dari rumah Kakcik hari tu. Terima kasih Abecik Kakcik. Semoga Allah balas kebaikan kalian dengan ganjaran berganda ganda dunia Akhirat. Alhamdulillah saya dapat jawab exam dengan tenangnya. Ni kali pertama saya jawab periksa dengan penuh yakin dan tenang. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Semoga Allah kurniakan result yang terbaik dan dapat membahagiakan hati Abah Umi. 

Bila balik rumah, ofkoslah kena turun tanah, oh yeahh. Best sangat turun bawah kalau dengan hati rela. Semoga hati saya sentiasa suka dan rela untuk tolong berkebun di tanah. Saya bersyukur sangat bila balik rumah kali ni, Allah izinkan saya untuk bangun awal sepertimana di U. Ya Allah, bagilah aku dapat terus istiqomah begini, Allahumma Amin. Rasa bebas betul sekarang. Takde kena study atau buat assignment haha. Rasa pelik pula. Nikmatilah selagi boleh. Tunggu lah awal bulan 8 ni hmm😌

Satu lagi saya punya fokus di rumah kali ni adalah untuk bantu push Adik study. Harapnya Adik tak serabutlah dengan saya haha. Saya bukan paksa tau, saya push, galakkan dan sentiasa ingatkan dekat Adik pasal jadual belajar harian dia. Untuk mengajar tu tidaklah. Lagi lagi matematik. Hubungan saya dengan matematik belum baik lagi. Harapnya Adik dapat build connection and good relationship dengan matematik, Amin ya Allah.

Okay bye. Saya selesema ni. Doakan saya sihat walafiat. Bye Assalamualaikum.

Cari bidadari tersembunyi.

Estetik ke tidak.

Manjahh (tapi selalu menggila tiba tiba)

Hasil tanah, Alhamdulillah.

Friday, 12 July 2024

12 July 2024: Muhammad 10 Bulan

 Assalamualaikum.



Alhamdulillah, Muhammad Wildan Al-Hakim yang nun jauh di negeri di bawah bayu sudah mencecah 10 bulan. Semakin cheeky ya ini budak. MamaDa belum jumpa lagi Muhammad yang sudah besar ni. Last MamaDa jumpa masa Muhammad baru tumbuh gigi bawah satu. Sekarang dah pandai makan sendiri, mengangkak, gigi hampir penuh MamaDa tengok, pandai bergurau dengan Umi dia dan sebagainya. Alhamdulillah.

Muhammad doalah supaya Abah Umi dan Muhammad cepat cepat boleh duduk bersama. Semoga Allah permudahkan urusan Muhammad sekeluarga dan diberi kebahagiaan dunia Akhirat, Allahumma Amin. I Love You Muhammad Wildan yang soleh. Bye Assalamualaikum.

Thursday, 4 July 2024

Random Photos #1

 Assalamualaikum.

Better try than never.

Meri bodyguards.

Kembar MamaDa.

"I'm good", kembar MamaSya said.

Cat pagar💚 Jiran punn masa ni lah nak lalu.

Aqiqah baby Soleh.

Saya tak tahu anak siapa tu, tapi kiut cangat.

Kereta impian, tapi nanti nak guna Myvi je.

Hari Paling Tidak Behave😭

Assalamualaikum.

Pagi tadi exam Fiqh Usrah Muamalat. Alhamdulillah boleh jawab dengan tenang. Semoga result pun menenangkan hati InsyaAllah. Lepas exam, kami berenam pergi makan sama sama di cafe Cina edu. Lepas tu saya dan Nasihah nak pergi beli coconut, tapi tutuppp. Mungkin tuan kedai tengah exam atau dah balik Indonesia. Kami pun pergi Richiamo, beli matcha choc chip. Sedap caangat! Tapi bagi saya chip coklat dia tu mengganggu. Sebab dia macam tak masuk dengan air tu...bila gigit rasa kering je. Tapi overall sedap lah. Mana boleh tak sedap, harga t20 tu. 

Kemudian, kami ke or cyat untuk duduk relax. Berehat sebentar sebelum study untuk esok subjek curriculum and instruction pulak. Okay...masa di OR nilah berlakunya ketidakbehevan saya . Disebabkan tak ada lelaki pun, pastu pintu or pun kami kunci rapat jip..kami pun buat video macam macam. Kami buat trend trend di tiktok tuu. Saya tak tahu pun pasal tu sebenarnya, mereka yang ajak hihi. Ter-reveal pulak bakat saya yang bermacam macam Allahu😌. Jangan risau, kami tak post di mana mana pun video tu. Cuma kawan kawan saya terkejut yang saya se-hyper itu. Sebelum ni saya pasif sangat ke?? Haha tidak tahu lah.

Tak apa kot kan...dah nak habis belajar dah. Kena ada jugak moment macam tu. Nanti boleh kenang kenang bila semua dah berpisah. Sekarang kena fikir pasal exam esok satu je lagi...lepas tu balik InsyaAllah! Tapi tiket belum beli. Ya Allah semoga boleh balik secepat mungkin🤲🏽 Rindu rumah sangat sangat ya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, Allahumma Amin.



Dah penat semuanya, selamat study✊

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...