Assalamualaikum.
Abdul Hadi sudah berumur 1 tahun!🎂. Alhamdulillah. Setakat sekarang, begitulah personaliti dia. Senyap dan suka perhati orang. Kalau orang dukung, senyap dan kaku haha. Lain bebeno dengan si Muhammad. Abdul Hadi nak bagi nampak cool ke😂. Yang penting berbeza sangat Abdul Hadi dengan abangnya yang sorang tu (sila rujuk gambar kedua). Si Abdullah tu Allahu...aktif betul. Aktif tubuh badan dan percakapan. Saling melengkapi lah dua beradik ni. Masa besar nanti kita tak tahu macam mana personaliti mereka. Mungkin akan bertukar peranan haha. Taknakkk. Saya taknak Abdullah jadi senyap😭
Abdul Hadi jadi orang yang good ya. Semoga Allah kurniakan akhlak yang mulia kepada Abdul Hadi, kesihatan dan keselamatan yang terbaik, dipermudahkan segala urusan, taat Allah, Rasulullah dan Abi Umi, penyejuk mata dan penenang hati orang sekeliling, diberi rahmat dan kejayaan dalam apa jua perkara yang Abdul Hadi ceburi, semoga Allah anugerahkan kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan kepada Abdul Hadi dan orang sekeliling dunia Akhirat, Amin ya Robbal Alamin.
No comments:
Post a Comment