Wednesday, 17 July 2024

4th Blog Anniversary

 Assalamualaikum.

Hari ni, tepat 4 tahun saya menulis blog Alhamdulillah. Dah lama rupanya. Semestinya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kaksya sebab memperkenalkan blog kepada saya, ajar dan galakkan saya. Blog ni media sosial utama saya. Tempat saya berkongsi cerita yang best dan elok elok je InsyaAllah. Kalau anda terperasan benda yang tak baik di blog saya atau vibe yang negatif, sila maklumkan. 

Saya menulis blog untuk memori masa depan. Kita akan terhibur tengok perkongsian kita sendiri. Lepas tu kita boleh tengok perkembangan diri kita dan orang sekeliling dari dulu sampai sekarang. Saya berharap untuk tulis dan share benda positif saja. Semoga ada pahala jariah dari perkongsian di blog ni. Menulis blog ni sangat enjoy. Saya harap ramai lagi orang yang saya kenali tulis blog jugak sebab saya nak baca hihi. Saya suka baca blog orang.

Pembaca blog saya hanyalah Kakcik dan Kaksya. Tu pun bila mereka ada masa. Ya lah masing masing kan sangat sibuk. Ada komitmen masing masing. Saya harap setiap tulisan saya tak ada yang menyakitkan hati sesiapa, tak cakap buruk pasal sesiapa, tak ada fitnah sesiapa, tiada negativiti dan tak ada dosa jariah InsyaAllah. Pape roger. Okay bye, Assalamualaikum.

Bermula blog dengan 2 budak kecik ni, sekarang dah 5 Alhamdulillah💗

1 comment:

  1. Best kan boleh baca balik kenangan dulu. Rindu! Pujuklah Mukhlisin buat blog weh. Setahun sekali pun takpe kahkah. Asal ada kenangan. Aku dulu pun terlambat start walaupun aku plan nak buat blog dari tingkatan 1 lagi tapi takdok kemudahan masa tu.

    ReplyDelete

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...