Tuesday, 7 May 2024

Ujian yang Sangat Menguji

Assalamualaikum.

Apa yang saya boleh cakap, hari ni ujian untuk saya. Urusan passport daripada hari tu lagi tak selesai. Saya renew online, pastu nak pergi ambik passport di Wangsa Maju hari Jumaat lepas. Awal awal lagi kena reject tak boleh masuk sebab tak bawak passport lama. Umi pun pos passport saya. Hari ni saya pergi untuk ambik, saya cakap lah yang kat sistem online tu dia tulis, permohonan ditangguh sebab cap jari tak sah dan ada arahan suruh  datang sini cap jari. Dia pun minta ic saya..dia pun cakap dengan suara yang agak tegas dan mukanya nak tergelak sikit, dia kata ic ni ic lama, memanglah cap jari tak sah..awak dah umur 22, sepatutnya awak wajib tukar ic masa umur 18. Fuhh saya memang rasa nak nangis masa tu sebab geram. Tapi tak baik geram kat orang😭😭😭

 Kenapa nak cakap dengan nada macam tu, bukannya saya tahu pasal tu..dahla dalam sistem online tak ada kata pun pasal tu, dia cuma cakap cap jari tak sah dan kena datang ke cawangan ni. So, saya tak boleh ambik passport lagi dan kena renew ic dulu. Disebabkan dah berapa lama saya berjuang pasal passport ni, kata kata dia tu buat saya rasa sedih sangat sangat😭 Saya pun keluar daripada tempat tu dan menangis semahunya..ramai je orang lalu lalang dan tengok pelik. Tapi saya tak mampu menahan sesak di dada..call Umi pun saya nangis tersedu sedu. Saya nak terus ke utc sebenarnya untuk renew ic terus, tapi tiba tiba telefon saya mati. Brona supo skalo lah. Dekat sejam saya tunggu dia okay balik. Bila okay tu, saya pun order grab untuk ke utc. Grab tu dijangka sampai dalam masa 10 minit, tapi 20 minit lebih saya tunggu tak datang datang. Rupa rupanya kereta dia tak hidup. 

Sambil sambil tu saya call Umi, cakap pasal fon mati tadi. Tiba tiba masa tu jugak fon saya mati lagi. Saya pasrah. Saya fikir, kalau telefon okay jap lagi, saya akan order grab balik uia lah. Hari khamis ni lah buat ic. Masa tunggu fon okay balik, tiba tiba sorang kakak Cina yang sama sama beratur untuk ambik passport tadi lalu depan saya. Dia tanya urusan passport saya dah siap ke? Dia baru balik dari utc renew ic. Rupanya dia kes macam saya, kena tukar ic lama dulu baru boleh ambik passport. Saya pun cerita keadaan saya, dia pun tolong orderkan grab untuk saya😭 Saya sangat berterima kasihhh. Memang masa tu sebenarnya saya pasrah dan mengharapkan keajaiban daripada Allah. Terima kasih ya Allah. 

Kalau baca rasa macam biasa je semua yang berlaku tu kan, tapi setiap saat duduk depan imigresen tadi sangat meyeksakan. Dahla ada kelas pukul 10 sepatutnya. Dengan izin Allah, tiba tiba Ustaz kata kelas online. Rezeki sangat😭 Saya jadi baru sedar yang iman saya tersangat sangat nipis. Ujian macam tu pun saya dah tak boleh tahan. Menangis je kerja. Di saat saya menulis blog ni, bengkak nangis di muka saya belum hilang. Dan tahu tak hari ni pukul 2 saya ada present, esok pagi ada present dan test, hari Khamis ada present. Saya bukan nak kata saya terpaling sibuk dan crucial..cumanya nak kata yang benda benda tu menyumbang kepada tangisan saya tadi. Saya menangis tadi atas alasan yang bercampur. Nak cakap betapa kalut saya tadi, saya gi send resit bayaran passport ke group wasap Research Methodology Ustaz Sabri. Lepas sejam baru saya sedar dan delete. Doakan saya. 

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...