Tuesday, 14 May 2024

Review Buku: Seperti Sejalur Pelangi

Alhamdulillah buku ni dah habis baca masa duduk rumah Kakcik. Best bukunya😻 Jalan cerita dia real dan menarik. Tak sia sia duit 5 ringgit saya beli buku ni. Ceritanya mengisahkan seorang gadis muda yang bernama Fizani, dalam lingkungan umur 21 tahun. Dia anak sulung dari 7 beradik, tapi dia anak angkat. Kesulitan nya bermula apabila mak ayah dia meninggal lepas bercuti di Langkawi. Ada 2 orang adik dia salahkan dia atas kejadian tu sebab Fizani yang suruh mak ayah dia bercuti berdua sempena ulangtahun perkahwinan ke 25. 

Sedangkan dia sangat sangat sayang mak ayah angkat dia dan berterima kasih tak terhingga sebab bawa masuk bayi yang malang ke dalam keluarga bahagia ni. So bila jadi macam ni, mula lah timbul bapa dan mak saudara yang ungkit kembali hal anak angkat ni. Kononnya Fizani ni suka lah bila jadi macam ni, sebab boleh kaut harta banyak banyak. Padahal dia punya fokus sekarang adalah untuk menjaga adik adik lagi 6 orang sebab dia anak sulung. Dia sampai tangguh belajar setahun untuk bertanggungjawab sepenuhnya jaga adik adik. 

Adik dia Ilham dan Shahira tu sukar dikawal sikit sebab memang degil, campur dengan hasutan mak dan bapa saudara mereka yang suka memburuk burukkan Fizani. Mujurlah ada juga bapa saudara yang betul betul baik dan bertanggungjawab iaitu Pakngah Sof. Jadi kisahnya, banyaklah ujian dia untuk menyatukan kembali adik beradik dia. Dah la dia sendiri pun ada masalah, iaitu kekasih dia yang suka mendesak tu. Bila dia berpisah dengan lelaki tu, dia rasa lega sikit. Sepanjang dia menghadapi masalah itu ini, ada seorang lelaki ni sentiasa ada di sisi untuk membantu. Sham, kawan sekolah menengah Fizani. 

Akhirnya, dapat juga Fizani menyatukan adik beradik dia balik dan sama sama menepis tuduhan demi tuduhan yang dibuat oleh Maklong Bedah, Paksu Amit dan Maksu Amie. Di akhir buku tu, dia dapat jumpa ayah kandung dia. Rupanya ayah kandung dia lah yang menabung untuk dia selama ni sampai duit dalam akaun dia mencapai 6 angka. Dia diambil anak angkat oleh Haji Mohamad tu bukan sebab dia diabaikan oleh ibu bapa kandung, tapi untuk melindungi Fizani daripada bahaya. Nak tahu bahaya apa? Bacalah sendiriii. Hihi. Silakan baca buku ni, dan rasakan sakit hati dengan certain makhluk dalam buku ni. Bye Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...