Wednesday, 1 May 2024

Akele Hum Akele Tum

 Assalamualaikum.

Aku bo bo bo bo bosan! Aku bosan!~~~ Hari ni kan cuti hari pekerja. Jadi saya banyak masa lapang hari ni. Saya siapkan kerja sekolah testing, baca buku dan tengok cerita  di youtube. Random je tadi buka laptop search cerita Hindustan di youtube. Tak sangka terjumpa cerita sedap yang saya tak pernah tengok. Cerita lakonan Aamir Khan dan Manisha Koirala. 

Tajuk ceritanya 'Akele Hum Akele Tum'. Kisahnya begini. Ada sepasang lelaki perempuan yang minat musik berjumpa dan suka antara satu sama lain. Rohit ajak Kiran kahwin dan sama sama memajukan diri dalam bidang musik. Kiran setuju tapi mak ayah dia tak bagi, sebab Rohit tu kerja sebagai pemuzik kecil kecilan je. Tapi Kiran tetap dengan pendirian dia. Mereka pun kahwin lah tanpa restu mak ayah Kiran. 

Mula mula kahwin okay, siap ada anak Alhamdulillah. Tapi semakin lama nampak macam Rohit tu terlalu fokus memajukan diri dia dalam bidang yang diminati, sedangkan Kiran masih menjadi surirumah sepenuh masa. Rohit seakan akan lupa yang Kiran pun ada cita cita dia sendiri nak jadi bintang besar jugak. Dia dah sedia maklum benda tu sebelum kahwin lagi. Ada waktu tu Kiran minta Rohit berikan recording nyanyian Kiran kepada pengarah syarikat musik, tapi Rohit kata, Rohit pun belum tentu diterima sebagai penyanyi di syarikat tu, ni kan pulak nak bawa masuk bini dia skali. 

Setelah 6 tahun Kiran bertahan dengan Rohit, dia pun nak tinggalkan kehidupan tu. Bukan nak berpisah selamanya, cuma nak pergi kejar cita cita dia. Dia tinggalkan anak mereka, Sonu dengan Rohit. Mula mula tu struggle sangat Rohit nak jaga anak dia sorang sorang. Lama lama dia semakin pandai uruskan anak dia yang umur 5 tahun tu, dengan bantuan jiran mereka yang baik. Hubungan ayah dan anak ni jadi rapat sangat sangat. Tapi sepanjang waktu ni memang Rohit sangat struggle dengan kerja dia. Dia batalkan kontrak lagu dengan syarikat rakaman atas sebab tertentu. 

Tiba tiba satu hari tu mereka nampak banner yang tertulis pasal filem baru. Terpampang muka Kiran di situ sebagai pelakon dan penyanyi. Kiran dah berjaya capai impian dia. Dan Rohit pula dapat tawaran dari syarikat rakaman Pawan Malhotra. Dia happy sangat. Lepas tu masa birthday Sonu, Kiran buat birthday party untuk anak dia dan suruh Rohit dan Sonu datang. Dorang happy happy je masa tu. Tiba tiba kat party tu Rohit dapat tahu yang isteri dia lah yang suruh Pawan Malhotra tu bagi tawaran dekat dia. Dia pun rasa marah la. Jatuhla maruah dia, orang akan fikir dia ni menumpang bini dia yang kaya dan berjaya.

Mereka pun gaduh dan nak berpisah betul betul. Berlaku lah perebutan anak. Masa ni lah sedih sangat bagi saya. Sonu dah rapat sangat dengan ayah dia. Tiba tiba mak dia nak ambik. Kes berebut anak tu dibicarakan di mahkamah. Di mahkamah ni banyak benda sedih dan mengharukan. Keterangan saksi saksi membuktikan yang Rohit memang ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab. Jiran yang dulunya kawan Kiran pun berpihak kepada Rohit. Sebab dia menjadi saksi betapa Rohit tu jaga Sonu dengan baik sepanjang 2 tahun Kiran tinggalkan mereka. Tapi kes dimenangi oleh Kiran. Sebab dari segi kewangan, Kiran lagi banyak duit dan berkemampuan untuk memenuhi keperluan anak dia. Lagipun dia seorang ibu.

Masa hari perpisahan, Sonu menangis sebab kena berpisah dengan ayah dia. Tapi dia sayang juga mak dia. Dia pun serba salah. Masa Sonu dah keluar rumah, Rohit menangis semahunya. Jiran dia ternampak dan menangis jugak. Tiba tiba waktu ni Kiran masuk rumah, sebab memang dia datang untuk ambik Sonu kan. Dia cakaplah yang dia dah ubah bilik baru Sonu jadi sebijik dengan bilik Sonu di rumah tu. Supaya Sonu boleh sesuaikan diri dengan rumah baru. Tapi dia sedar yang benda tu takkan sama. Masa tu dia buat keputusan yang mengejutkan. Dia kata memang situ lah rumah Sonu yang sebenarnya dan biarkan Sonu tinggal dengan ayah dia. Tak padan dengan bersungguh sungguh pertahankan hak di mahkamah haha. 

Pastu Rohit pun kata dekat Kiran, ini rumah awak jugak. Kiran pun senyum. Makna kata, mereka tak jadi berpisah dan berbahagia lah mereka bertiga dengan mengetepikan ego masing masing. Pada pendapat saya, mula mula tu salah Rohit sebab dia macam tak kisah pasal isteri dia punya keinginan. Padahal mereka dah berjanji sejak sebelum kahwin yang mereka akan sama sama berjaya dalam bidang ni. Tapi bila kahwin, Rohit cuma pentingkan diri dia je sampai isteri dia jadi tertekan. 

Tapi bila Kiran tinggalkan keluarga dia untuk kejar impian dia, saya tak setuju dengan tindakan dia. Sampaikan tinggalkan anak yang masih kecil dan sangat perlukan kasih sayang seorang ibu waktu tu. Saya rasa dia sangat selfish. Begitulah. Dan saya baru tahu lagu yang saya selalu dengar rupanya dari cerita ni. Too mera dil, too meri jaan~~ oh, I love you daddy~ Keseluruhannya, cerita ni best. Bye Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...