Assalamualaikum.
Alhamdulillah habis juga saya baca buku Lorong ni. Inilah masanya saya meluahkan segala isi hati saya tentang buku ni. Serious nya bunyi. Haha. Tak tahu nak mula dari mana. Begini, buku ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Zakir membesar di jalanan terbiar. Dia membesar seorang diri. Dia pun tak ingat macam mana dia boleh berada di situ.
Di kawasan tu, ada gerai gerai kecik yang jual makanan dan minuman pagi. Zakir agak baik dengan seorang makcik yang berjual di situ. Nama makcik tu Fatimah. Zakir panggil dia mak sebab makcik tu memang bersifat keemakan dan selalu bagi Zakir makan. Disebabkan Zakir tak ada duit nak bayar, dia suruh Zakir buat kerja basuh pinggan atau punggah air sebagai ganti bayaran duit.
Fatimah ni pula ada kisah silam. Dulu dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Idrus. Tapi mereka kahwin tanpa restu kedua dua belah keluarga. Lepas kahwin, dia mengandung. Masa mengandung berapa bulan tu, Idrus terpaksa pergi sambung belajar di Mesir atas arahan ayahnya Haji Abdul Rahman. Idrus nak bawa bini dia skali, tapi ayah dia kata pergi dulu Mesir untuk beberapa bulan dan uruskan tempat tinggal dan sebagainya di sana. Nanti baru balik untuk ambik bini pulak bawa pergi sana. Sementara waktu tu biar ayah dia lah jaga makan minum Fatimah.
Itulah janji ayah dia. Sepanjang Idrus di sana, Fatimah tunggu surat dari Idrus tapi tak ada. Fatimah pun berhajat nak pergi rumah Haji Abdul Rahman untuk bertanya pasal Idrus. Di rumah tu, ayah Idrus layan dia acuh tak acuh. Lepas tu dia kata ada surat dari Idrus untuk Fatimah. Surat tu mengatakan Idrus nak ceraikan Fatimah. Begitu lah muslihat ayah Idrus yang alim alim kucing tu. Gigih dia nak pisahkan anak dan menantu dia. Kononnya taknak bagi pelajaran Idrus terganggu.
Lepas tu Fatimah pun bawa diri sorang sorang dengan kandungan yang sarat. Hinggalah dia bertemu dengan lelaki nama Musa dan Musa tu lah yang bantu dia dalam urusan melahirkan. Lepas tu Musa tu berkenan lah dekat Fatimah dan nak kahwin dengan dia. Fatimah pun setuju. Tapi syaratnya anak yang dilahirkan tu tak boleh hidup dengan mereka. Dengan berat hati, Fatimah merelakan anaknya tu diberi kepada keluarga lain sebagai anak angkat.
Itulah sedikit sebanyak pasal buku ni. Panjang lagi ceritanya. Tapi saya nak cerita kenapa saya tak suka baca buku ni. Buku ni tak jelas sangat tentang tempoh waktu nya. Dia tak nyatakan waktu bila sesuatu benda tu berlaku. Saya banyak kali keliru. Scene ni zaman ni ke zaman dulu? Lepas tu, ada banyak kesongsangan ya dalam buku ni. Saya rasa memang tak sesuai budak innocent bawah umur macam saya baca. Buku ni melibatkan cinta terlarang antara darah daging yang membuatkan saya rasa "lugal" masa baca tu. Saya geli sangat😭. Lagi lagi bila si Zakir tu panggil "Mah" dekat Fatimah instead of "mak".
Ada juga keterpesongan sikit pasal agama. Pertama, watak Idrus ada quote hadis palsu masa menyampaikan nasihat dekat anak buah teater dia. Lepas tu, Sheikh Abdul Kadir Jailani yang dah meninggal berapa kurun lalu tu datang membantu Zakir dalam menuntut ilmu agama dan sama sama mengimarahkan masjid di Kuala Lumpur tu. Setiap malam dia akan muncul untuk mengimamkan solat dan bagi ceramah. Dahsyat ya, tak tahu nak kata apa. Zakir kata, dia tak tahu Sheikh tu muncul dari mana, dan dia pun tak pernah terdetik nak bertanya Sheikh tu.
Saya hampir berputus asa baca buku ni masa di tengah tengah. Dia bercerita terlalu panjang pasal fakta tentang teater, bangsawan dan kesungguhan Idrus memartabatkan bangsawan dalam masyarakat Melayu. Tak ada selit babak di tempat lain langsung. Masa dekat dekat last tu, Fatimah baru tahu bahawa Zakir tu anak dia sebenarnya. Tapi reaksi nya biasa biasa saja. Tak padan dengan kesedihan dan penantian dia untuk bertemu kembali anak yang dia lahirkan 25 tahun lalu. Tak tahu lah, mungkin Fatimah seorang yang kebal dan tak emosional.
Saya bukan nak memburuk burukkan buku ni tau, saya cuma menyatakan pendapat saya tentang buku ni. Bye, esok saya nak ke pejabat imigresen untuk ambik passport InsyaAllah. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan ya. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment