Assalamualaikum.
Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena minta Umi atau Kakcik atau Kaksya yang bayarkan. Alhamdulillah. Shoppi pun saya dah boleh beli sendiri! Wah eksaited nya😍
Kemarin dulu saya tiba tiba rasa macam nak cuba shoppi. Setelah 2 kali cuba tekan tekan, menjadi jugak akhirnya. Barang pertama saya beli adalah tudung labuh bulat. Yang macam selalu tu. Saya beli warna yang boleh pakai dengan banyak baju.
Saya harap sangat tudung tu elok dari segi potongannya, saiznya, warnanya dan sebagainya. Bulan depan pulak beli next barang InsyaAllah. Risau betul dengan diri sendiri. Barang barang dah add to cart sejak tahun lepas lagi, waktu belum ada online banking lagi.
Okay, doakan saya tak boros ya. Duit datang dan pergi. Semoga saya beli barang yang betul betul PERLU saja. Bye, Assalamualaikum.
Bila kau cakap pembelian pertama, sudah ku bayangkan apa akan terjadi selepas tu. Bikin ketagih bah membeli d shopee. Sekian.
ReplyDelete