Monday, 22 April 2024

Negeri Ujung Tanah, Here I Come🤸‍♀️

 Assalamualaikum.

Cuba teka, negeri apa paling banyak parit di Malaysia? Cop dah? Jawapannya...Johor! Sangat tiber. Haha. Saya rasa sebak nak mula tulis blog ni..sebab benda yang saya nak cerita ni sangatlah best. Pengalaman yang saya tak pernah rasa selama ni. Begini, hari Khamis malam hari tu, saya ikut Abecik dan Kakcik balik Johor rumah Abecik. Sebab akan ada kenduri Abe Nuar dan Kak Mira. 

Kami bertolak pukul 7 lebih malam. Sampai sana pukul 12 lebih sebab kami ada singgah beraya di rumah Kak Asma kawan MTS Kakcik. Sepatutnya boleh sampai lagi awal. Bila sampai tu, kami disambut oleh Abah dan Mama Abecik, Abe Haikal dan beberapa orang lagi. Saya rasa sangat segan masa tu haha. Sebab saya orang asing, tiba tiba je datang duduk rumah mereka. Sebab dah lewat sangat dah masa tu, saya masuk tidur teruslah. Comel sangat bilik yang saya duduk tu. Abecik dan Kakcik tidur di luar sebab Kakcik takut tidur dalam bilik tu. Bilik tu berlubang dekat silingnya. 

Esoknya, saya bangun pukul 6 lebih. Masa tu Mama dan Abah Abecik dah bangun sediakan makanan. Hari tu Jumaat. Hari tu paling best sebab saya join rewang skali. Ada 3 sesi saya buat kerja. Terpaling function haha. Padahal siapalah aku ini. Kakcik memang tak henti henti buat kerja. Rajin betul cekmek molek tu. Waktu pagi tu, Kakcik dan saya siang udang. Kakcik gunting tajam tajam dia, saya buang taik udang. Wah eksotiknya tugas saya. Abecik basuh pulut untuk lemang, lepas tu join kami siang udang. 

Masa duk siang udang tu, kami duk tengah panas. Masa dah nak siap, Mama pakaikan topi dekat saya dan Kakcik sebab matahari terik sangat. Haha kiut betul. Saya rasa dialu alukan gitu (sebak). Lepas tu, kami sambung isi pulut lemang pulak. Kali pertama saya buat benda tu. Saya tak pernah tahu cara buat lemang sebelum ni. Kalau dapat gulungan daun pisang yang besar, senanglah nak masukkan isinya. Kalau yang sempit, nauzubillah susah nak isi. Abah Abecik duk perati je kami buat lemang, macam supervisor. Saya takut kena judge sebenarnya haha. 

Pukul 2 lebih, saya dan Kakcik mandi. Rasa melekit betul badan, kalau taknak mandi jugak memang dahsyat lah perangai tu (sayalah tu). Kakcik paksa saya mandi. Best sangat mandi dengan Kakcik, sebab ada orang tolong syampu dan sabunkan. Lepas tu kami solat. Sesi petang pula, saya gunting lada kering dan kupas halia bersama Kakcik. kami buat tu sampai malam, cepat je masa bergerak. Malam tu paling best, dapat makan sup kambing. Sedap gilerrr. 

Malam tu jugak, saya kenal sepupu Abecik. Nia, Aisyah dan Jieha, 11, 12 dan 18 tahun. Kenapa mereka comel sangat, macam anak kucing. Malam tu, kami pergi beli daging kambing. Penuh kereta haha. Abecik, Kakcik, Aisyah, Nia, Syifa, dan Wais Hadi. Setiap sorang boleh beli satu barang. Saya mestilah susu farmfresh! Nak cakap pasal sup kambing, saya menambah nambah makan sup kambing. Masa saya tengah makan tu, Abe Nazirul, abang Abecik cakap, kalau nak makan dengan nasi ada dekat luar tu. Terharu saya. Benda sesimple tu pun boleh buat hati tersentuh. Hati tisu betul.

Okay ini adalah part 1. Setakat ini dulu ya. Kalau nak cerita semua dalam satu post, takut jem blog ni sebab panjang sangat. Ya Allah tak sabar nak cerita semua benda! Okay bye Assalamualaikum.

Punyalah semangat nak ke Johor🔥

Pagi hari Jumaat, cantik kan viewnya?!😍

Sarapan mi goreng dan roti canai, sedap!

Pokok pokok tepi rumah Wak Jun🌳

Sesi menyiang udang🦞

Dipakaikan topi oleh Mama😺

Gambar estetik by Abecik

Kupas halia🫚

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...