Monday, 1 April 2024

Making Inclusive Biskut Raya

 Assalamualaikum.

Semalam Kakcik buat biskut raya ditemani saya. Saya tak function haha. Kesian Kakcik. Saya tak ingat nama biskut raya tu, tapi sedap sangat! Saya suka. Dalam dia ada cornflake, kacang dan cip coklat. Boleh bayang tak dia punya sedap dan crunchy💃.

Sebenarnya saya ada buat jugak lah biskut tu, tapi versi lain sikit. Biskut yang sangat inklusif kata Kakcik, dan mesra alam. Sebab dia melibatkan pelbagai saiz dan bentuk. Tapi yang saya buat tu warna dia gelap sikit bila keluar oven. Tak try lagi sedap ke tak. Kalau yang Kakcik buat dah confirm sedap. 

Harapnya Kakcik bawakkan biskut tu untuk saya waktu nak naik bas nanti. Eksaitednya saya nak naik bas skali dengan Kakcik hihi. Tapi mungkin Kakcik tak rasa eksaited pun sebab Abecik tak ada skali. Okay bye Assalamualaikum.

The real biskut🍪

Mine✌

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...