Assalamualaikum.
Hidupku.. tanpamu..takkan pernah terisi sepenuhnya..kerana kau..separuhku~~ Tiber Astaghfirullah. Selamat melangkah ke umur 22 tahun MamaDa!💓. Baru saja masuk tahun baru, tuptup dah bulan 4. Tiba tiba dah umur 22. Perit untuk terima hakikat sebenarnya😃
Terima kasih semua orang yang ucap kepada saya (macam lah ramai sangat wish). Terutamanya keluarga tercinta. InsyaAllah saya tak terasa pun kalau orang tak wish, sebab yang penting skali adalah doa yang baik. Tapi saya sangat hargai orang yang wish. I love you💗
Semoga diri ini sentiasa istiqomah berada di jalan yang benar, semoga Allah teguhkan iman sampai ke akhirnya dan mendapat kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat di sisi ahli keluarga dan semua orang tersayang, Allahumma Amin.
Masa muda ni lah kita kena penuhkan masa dengan amal ibadat dan kebaikan, mendidik diri menjadi taat. Tapi zaman moden ni sangat lah menguji iman. Ada masa kita sangat lagha dan lalai. Rasa serabut sangat waktu macam tu. Tapi jangan putus asa ya! Pintu taubat sentiasa terbuka InsyaAllah.
Sebarang penghantaran hadiah sangatlah dialu alukan, boleh pos ke rumah hijau/Mahallah Asiah. Bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment