Thursday, 7 March 2024

Selamat Hari Lahir Alongku🐣

Assalamualaikum.
Along turns 33 years old ya Allah! Alhamdulillah, All praises only to Allah. Terima kasih ya Allah, Engkau telah jadikan anak sulung Abah Umi ni seorang anak yang berbakti buat Abah Umi. InsyaAllah always be there when needed. Tiber speaking. Buat masa ni, Along lah yang duduk paling dekat dengan Abah Umi. Jadi kalau mahu minta tolong gapo gapo, InsyaAllah boleh. Dan Along ialah seorang bapa kepada 4 orang anak sekarang!! Thank you Allah, Engkau telah hadirkan seorang isteri atau soulmate sebagai penyejuk mata buat Along, dan mengurniakan zuriat keturunan yang masyaAllah, hensem dan come blako. Semoga kemolekan wajah masing masing diiringi dengan akhlak yang mulia, diredhai Allah dan menjadi penyejuk hati buat Abi Umi. 

Kaksyadah doakan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Along Kaklong sekeluarga, dipermudahkan rezeki yang halal, diberikan kesihatan yang terbaik, dijauhkan daripada segala bahaya, semoga sentiasa diteguhkan hati di jalan yang Allah redha, diampunkan segala dosa, dan semoga Along Kaklong sekeluarga diberikan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di Akhirat kelak, InsyaAllah.

اللهم آمين💕




Alongnya jarang bergambar, kita letak kesayangan Along sajalah.

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...