Assalamualaikum.
Lama betul tak merasa nikmat tulis blog. Beberapa purnama sebelum ini, saya ketiadaan mood untuk menulis. Mana boleh dipaksa kan. So, sekarang baru diberi nafas baru oleh Allah untuk bersemangat tulis blogge ini hihi. Saya ingin mencoretkan bahawa Umi saya sudah pencen bulan 2 hari tu! Umi saya dah tak kena pergi sekolah hari hari untuk mengajar. Subhanallah, cepat betul masa berlari. Setelah berpuluh puluh tahun Umi berulang alik ke sekolah, kini Umi boleh berehat sepuasnya di rumah. Tapi tiada istilah "berehat" bagi Umi. Ada saja kerja yang Umi nak buat. Memang selama ni Umi nak bereskan kerja kerja rumah yang tergendala tapi, terhalang sebab mengajar lagi. Sekarang, Alhamdulillah Umi boleh sudah kemas rumah sekemas kemasnya, urus setor, kantan dan sebagainya.
Bila dah buka sekolah ni, semua orang sambung balik rutin seperti biasa kecuali Umi. Sebelum ini fikir mesti Umi sunyi duduk rumah soram soram. Tapi Alhamdulillah Allah takdirkan ada seorang budak sado untuk teman Umi. Itulah dia Muhammad Wildan "Al-Hakim" yang soleh, juruh, sihat, pandai dan hensem. Tak sunyi lah TokMi duk rumah, ditemani Muhammad yang pandai berceloteh.
Memanglah Umi seorang "bekas" guru sekarang, tapi kata lecturer saya, gelaran "guru" InsyaAllah tidak akan hilang dari seseorang yang pernah bergelar guru. Jasanya sentiasa akan dikenang dan semoga namanya sentiasa diingati dan disebut di dalam doa orang sekeliling, Allahumma Amin. Abah saya InsyaAllah lagi 2 tahun pencen. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat Abah Umi dan dipanjangkan umur di dalam kebaikan💓
No comments:
Post a Comment