Monday, 30 October 2023

Khawan-Khawan Ohana

 Assalamualaikum.

Describing my 12 classmates. Manusia suka didescribe kan, mari saya describe. Nanti masa depan boleh tengok dan kenang balik perangai sorang sorang. Mana tahu tak akan jumpa dah lepas habis belajar kan. 

Berenam

First year, first sem (Terselit Ustazah di situ)

1. Munir Irfan

Sangat baik. Tak sombong, friendly tapi tak melampaui batas. Layan semua kawan perempuan sama rata. Seorang yang bijak dan top student. 

2. Ammar Hakim

"Introverted" tapi suka tersengih. Terlebih malu kalau ada Ibby.

3. Fadhlullah Iqram

Suka buat lawak dengan cara yang santai. Sporting dan baik. Suka tanya pasal assignment pada hari kena submit.

4. Ajwad

Seorang yang selek. Selalunya akan tegur Ainin, Dalili atau Nazilah saja. Kalau present mesti perform.

5. Irham

Tak cakap banyak. Dia akan tegur dan senyum kat orang yang selalu tegur dia, contohnya Dalili.

6. Asnawie

Sangat performm. Kalau present tak pernah biasa biasa, mesti wow. Berpengalaman dalam mengajar dan seorang yang pemurah. Jarang nak lepas beg galas dia.

7. Dalili

Sangat peramah dengan semua orang, rajin kerja. Dengan Dalili rasa macam duduk dengan kakak. 

8. Ainin

Hanya ada 2 memek muka. Sengih sampai ke telinga atau berkerut. Mudah rasa risau, selalu risau benda yang remeh. Seorang yang berdisiplin dan tersusun.

9. Nazilah

Santai dan tenang. Waktu paling crucial pun nampak tenang, tangan je sejuk. 

10. Nasihah

Seorang yang tenang dan lembut. Suara dan kelakuan tak pernah kasar. Sentiasa function dalam apa jua keadaan. Banyak pengetahuan am. 

11. Ibtihaal

Stalker yang berjaya. Mudah insecure dengan pakaian. Kalau orang komen pakaian dia, terus taknak pakai dah macam tu. Suka habib dan selawat. Tasbih digital sentiasa di tangan.

12. Syahadah

Takkan nak describe diri sendiri huhu, geli.

Sunday, 29 October 2023

Sel Otak Berhubung

 Assalamualaikum.

Saya baru discover satu aktiviti yang sangat bagus untuk otak dan pemikiran kita, iaitu puzzle! Dahla menarik. Budak budak memang mudah tertarik dengan puzzle ni. Kakcik ada banyak sangat puzzle kat rumah ni. Selain budak budak, saya pun tumpang main hihi. Nampak macam saya pula yang melebih lebih masa main puzzle dengan Abdurrahman haha. Iman lebih tertarik dengan permainan yang random. Contohnya guna buku buku untuk buat bangunan. Haa kreatif kan anak saudara saya. Abdurrahman suka main puzzle. 

Bila boleh lengkapkan semua puzzle tu, rasa macam hebat sangat diri ini. Padahal tu level kanak kanak punya, sebab tu saya boleh buat. Hihi. Jadi saya sangat recommend lah puzzle ni untuk budak budak main. Okay bye, Assalamualaikum.


Hidangan Hari Ini

 Assalamualaikum.

Tengahari tadi saya sediakan hidangan yang simple untuk anak anak saudara kesayangan. Iaitu pasta putar tu dengan sup sayur. Sayur tu saya buat tak cukup rasa. Saya tak tahu apa yang kurang. Tapi atleast boleh ditelan. 

Pasta tu saya basuh dulu lepastu masukkan ke dalam air yang menggelegak. Air tu saya dah bubuh garam dan minyak sikit. Saya ikut cara dalam google saja. Hasilnya okay Alhamdulillah. Kenyal dan lembut. Yang bentuk ni macam lebih cepat lembut daripada makaroni biasa tu. Hasil keseluruhannya tak sedap pun bagi saya, tapi Iman Abdurrahman makan tanpa kata apa apa tu kira okay lah kan hihi. 

Bahan bahan sup sayur

Masukkan isi ayam

Macam makanan hospital

Sambil rebus pasta putar

Ini hasilnya

Asal kenyang ya anak anak


Petangnya saya buat nasi goreng. Mula mula saya tumbuk bawang putih, bawang merah, lada merah dan ikan bilis. Lepas tu masukkan ke dalam minyak panas. Kemudian masukkan garam. Bila dah garing sikit dan keluar bau wangi, saya bubuh nasi dan kacau kacau rata. Akhir sekali pecahkan telur 2 biji. Senang kan? 

Saya rasa dah sedap dah saya buat. Tapi Abdurrahman minta kicap huhu. Faham faham lah tu, kurang masin. Iman telan je tanpa komen apa apa. Syok betul makan nasi goreng sambil tengok cerita Aspalela. Bye Assalamualaikum.

Tergopoh gapah takut hangit

Memaksa Abdurrahman makan, ralit betul tengok Aspalela

Saturday, 28 October 2023

Kentang Goreng Homemade

 Assalamualaikum.

Tahu kah anda cara nak buat kentang goreng sendiri di rumah? Biar saya ajarkan. 

1. Mula mula, basuh kentang sampai bersih, kupaskan. Kemudian, potong bentuk panjang panjang macam fries tu. 

2. Basuh kentang yang dah dipotong tu. Lepas tu gaulkan dengan garam. Tinggalkan buat sementara waktu. 

3. Kemudian, basuh lagi dan lap untuk hilangkan air dia. 

Gaulkan dengan tepung jagung, lepas tu goreng.

Goreng goreng sampai garing

Tadaaaa sudah siap!

Boleh dinikmati bersama anak anak saudara anda

Babysitting Iman Abdurrahman

 Assalamualaikum.

Saya di rumah Kakcik ni, untuk jaga 2 orang baby tu. Abecik kerja, Kakcik pun kerja di ofis. Alhamdulillah okay saja budak budak ni. Tak sabar sabar tunggu petang untuk main di taman permainan. Sementara tunggu petang tu kami tengok ejen Ali. First time saya tengok ejen Ali. Best rupanya jalan cerita dia. Macam mana budak budak boleh faham cerita tu, dengan plot twist nya. Mungkin sebab kartun kan. Saya boleh faham la kenapa Izzati suka sangat cerita ni. 

Kami turun main sebelum waktu Asar. Masa tu dah teduh dah. Kalau petang sikit lagi tu memang hujan lebat lah. Happy betul Iman Abdurrahman main buai, gelongsor dan sebagainya. MamaDa pun main buai jugak hihi. Nasib baik tak berapa ramai lagi budak budak main masa tu. Ada beberapa orang je budak lelaki masa tu. Okay bye, Assalamualaikum.



Menyesal pula tak ikat rambut Iman


Percubaan daki gelongsor


Ada Nawfal lah🙉

Meeting JKQ

 Assalamualaikum.

Semalam kali pertama meeting JKQ face to face. Meeting untuk program Quranic Week. Sampai tengah malam mesyuaratnya. Yang pergi mesyuarat tu adalah saya, Nasihah, Ainin dan Ibtihaal. Nazilah tak join sebab dia balik rumah kakak dia. Bunyi meeting tu macam seriyes, tapi santai saja bendanya. Sepanjang duduk situ, 2 kali kami pergi tandas. Rasa macam sekolah rendah pulak, sekali pergi tandas angkut satu geng haha. Disebabkan lama sangat turn sponsorship untuk bentang depan presiden Idham, kami sempat turun bawah untuk beli Kimpengkek. 

Suasana Meeting

Mesyuarat tu habis dalam pukul 12 tengah malam. Lepas tu kami pergi kedai Kimpengkek lagi untuk claim Kimpengkek free. Banyak betul kami dapat free. Terima kasih sangat Fadhlullah dan Ammar, pembuat pengkek. Lepas kami kenyang makan, saya pun nak beli lah untuk bawa balik. Tu pun mereka bagi freeee. Alhamdulillah, baik betul. Tak habis duit saya. Bye Assalamualaikum.


Benda free semestinya sedap

Friday, 27 October 2023

Shukria Mere Bhaiya aur Didi

 Assalamualaikum.

Saya sedang santai atas katil sambil dengar Hindustan ni. Pagi tadi saya keluar dengan Abe Dailamie dan Kaksya. Mereka bawa saya ke Melawati Mall untuk beli kasut baru. Maklumlah kasut saya yang sekarang dah macam mulut buaya kat depan. Air boleh masuk main main je. Di Melawati Mall tu, kami parking dekat bahagian atas. Jalan nak ke atas tu sangatlah jauh, berliku liku dan tinggi. Macam tak ada penghujung rasa nya. Alhamdulillah akhirnya ada juga penghujungnya. 

Mula mula kami pergi makan di Marry Brown dulu. Saya makan nasi ayam MB. Serba salah saya tengok ayamnya hmm. Tapi cukup je dengan kuantiti nasi tu. Kenyang juga. Abe Dailamie makan nasi, Kaksya tak makan, dia bungkus saja. Lepas makan, kami pergi tukar pampers Muhammad di bilik khas dia. Tiba tiba Muhammad yang soleh ni paca kencing dengan laju nya haha. Terkena baju dan seluar Abe Dailamie. Abe Dailamie pun minta Kaksya dan saya ambil baju dan seluar dekat kereta untuk salin. Kami berdua pun pergilah naik lif. Tapi, kami tak jumpa pun level parking kereta tu. Rasa pelik sangat sebenarnya. Lama juga kami terkapai kapai mencari level yang betul. Akhirnya kami guna tangga dan sampai ke level salin pampers tadi. 

Abe Dailamie tak jadi salin lah baju nya. Lepas tu kami pergi kedai kasut. Mula lah sesi memilih kasut. Agak rambang mata sebenarnya. Akhirnya berjaya buat pilihan, semoga ini yang terbaik. Cantik sangat kasut tu! Kemudian kami terus balik UIA untuk hantar saya. Walaupun sekejap, saya suka sangat hari ni! Semalam hampir tak boleh tidur sebab rasa excited sangat untuk keluar hari ni. Hihi. Alhamdulillah. Terima kasih sangat Abe Dailamie , Kaksya dan Muhammad. Kasut tu pun mereka belanja huehue. Semoga Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan Abe Dailamie, Kaksya dan Muhammad balik Kelate, Allahumma Amin.








Thursday, 26 October 2023

Impian Kaseh

 Assalamualaikum.


Apa yang terlintas di fikiran anda bila tengok gambar di atas? Selama ni saya cuma tengok orang lain yang nampak macam pasangan yang sangat soleh solehah macam dalam lagu nasyid. Kali ni Alhamdulillah abang kakak saya sendiri begitu. Huhu. Dengki betul tengok. 

Tengok lah tangan Muhammad Wildan tu eee geram betul. Mesti pergerakan tangan tu berserta dengan bunyi emmrkkghggh. Haha. Muhammad memang pakar dalam menghasilkan bunyi yang unik. Semoga bahagia hingga ke syurgalah Abah Umi Muhammad, bersama seluruh zuriat keturunan yang soleh solehah. Allahumma Amin.

Nota: Minta maaf Kaksya, saya curi gambar hihi.

Rindu Cheeky Boy

 Assalamualaikum.






Rindu betul dekat budak ni😭😭😭. Sangat ciki dan cerdik. Pandai usik usik orang, tuan tu baru umur setahun. Dan sangatlah manja, kalau dukung tu mesti akan letak kepala atas bahu kita. Mana tak cair nya MamaDa. Nak balik cepat cepat nak jumpa semua orang di rumah. Rindu semua orang di rumah😭.  Tapi tak boleh mengadu kat Umi hihi, nanti Umi yang susah hati. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan seluruh ahli keluarga kita yang tercinta, Allahumma Amin.

Lawatan Nazir Cilik

 Assalamualaikum.

Petang tadi saya menerima lawatan dua orang nazir yang digeruni iaitu Zahratul Iman dan Abdurrahman Zakwan. Abecik minta saya jaga sekejap sebab Abecik nak solat, Kakcik pula kelas masa tu. Kiut betul dua ketul tu. Iman memang jenis terlebih excited. Abdurrahman tenang sikit. Biasalah lelaki kan. Mereka tak lupa yang Tokbah pesan, 'bersederhana'. Bila tanya bersederhana tu ggano, mereka kata, 'biasa biasa je'. Haha comel sangat. Betul lah, tak boleh over sangat walaupun happy. 

Sepetang duduk dengan MamaDa tadi mereka beraktiviti sikit. Lukis lukis dengan tepek tepek sticker. Hampir habis ya sticker comel saya haha. Takpelah, daripada tak guna langsung. Rasa tak percaya mereka berpijak di UIA ni. Mesti lucu nanti mereka besar, mereka kenang balik kenangan pergi rumah MamaIqa dan sekolah MamaDa. Sedihnya😭. Saya pun tua dah la masa tu. Saya rasa sayu bila fikir benda macam ni. Semua yang saya hadapi sekarang bakal menjadi kenangan suatu hari nanti. Okay lah, bye Assalamualaikum.






Wednesday, 25 October 2023

أبناء أخي 😍

Assalamualaikum.

Tahu tak, tengah malam hari Ahad hari tu, Iman Abdurrahman mari rumah Kakcik dari Kelantan. Mereka mari dengan Abecik, Abe Dailamie, Kaksya dan Muhammad. Abe Dailamie nak convo di sini, jadinya Abecik Kakcik suruh bowok terus lah Iman Abdurrahman tu, sebab lama dah mereka nak mari rumah Kakcik. Abecik balik Kelate dulu sebab tak ada orang nak jaga budak budak tu atas kereta nanti. Begitu. Gigih betul kan mereka ni. 

Jangan terkejut, tapi rancangannya mereka duduk sebulan di sini, InsyaAllah. Setakat 3 hari ni nampak happy betul budak budak tu haha. Kiut sangat anak anak saudara MamaDa ni😭. Semalam mereka mari UIA ambik Kakcik dan saya pastu pergi Ikea. Punyalah excited Abecik Kakcik tu sampaikan beli meja dan kerusi budak budak untuk mereka. Mahal kot barang Ikea, Allahu. Lepas tu masa drop saya dekat mahallah tu, Iman berair mata sambil babai. Saya buat buat tak nampak dia punya berair tu sebab nanti saya pun akan berair juga haha. 

Semoga mereka memanfaatkan peluang duduk rumah MamaIqa dengan baik. Harapnya balik Kelate nanti dengan penuh ilmu membaca ABC, membaca alif ba ta, dan sebagainya di dada. Allahumma Amin. Dan tahniah Abe Dailamie ku kerana berjaya menamatkan pengajian perguruan💐. Semoga terus istiqomah menjadi seorang guru yang cemerlang dan amanah. Allahumma Amin. 






Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...