Sunday, 29 October 2023

Hidangan Hari Ini

 Assalamualaikum.

Tengahari tadi saya sediakan hidangan yang simple untuk anak anak saudara kesayangan. Iaitu pasta putar tu dengan sup sayur. Sayur tu saya buat tak cukup rasa. Saya tak tahu apa yang kurang. Tapi atleast boleh ditelan. 

Pasta tu saya basuh dulu lepastu masukkan ke dalam air yang menggelegak. Air tu saya dah bubuh garam dan minyak sikit. Saya ikut cara dalam google saja. Hasilnya okay Alhamdulillah. Kenyal dan lembut. Yang bentuk ni macam lebih cepat lembut daripada makaroni biasa tu. Hasil keseluruhannya tak sedap pun bagi saya, tapi Iman Abdurrahman makan tanpa kata apa apa tu kira okay lah kan hihi. 

Bahan bahan sup sayur

Masukkan isi ayam

Macam makanan hospital

Sambil rebus pasta putar

Ini hasilnya

Asal kenyang ya anak anak


Petangnya saya buat nasi goreng. Mula mula saya tumbuk bawang putih, bawang merah, lada merah dan ikan bilis. Lepas tu masukkan ke dalam minyak panas. Kemudian masukkan garam. Bila dah garing sikit dan keluar bau wangi, saya bubuh nasi dan kacau kacau rata. Akhir sekali pecahkan telur 2 biji. Senang kan? 

Saya rasa dah sedap dah saya buat. Tapi Abdurrahman minta kicap huhu. Faham faham lah tu, kurang masin. Iman telan je tanpa komen apa apa. Syok betul makan nasi goreng sambil tengok cerita Aspalela. Bye Assalamualaikum.

Tergopoh gapah takut hangit

Memaksa Abdurrahman makan, ralit betul tengok Aspalela

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...