Wednesday, 3 May 2023

Angah Kesayangan🫶🏽

Assalamualaikum.



Disclaimer‼️‼️‼️  Gambar di atas adalah dari masa lalu.

Angah saya umur 31 dah!!💢 Cepat sangat masa berlalu. Tapi rupa dia macam 19 tahun katanya😌. Okay lah saya iyakan saja. Sebenarnya kawan saya pun cakap Angah nampak macam lagi adik daripada saya. Hmm no comment. Kadang kadang rasa stress juga. Kami beza 10 tahun kot. Ke kena bagi kawan saya tengok gambar di atas? Haha. Yang penting sekarang mantap Alhamdulillah.

Setakat ni Angah lah abang yang paling saya rapat. Kalau Along tu tak rapat mana sebab dah kahwin dan Along sibuk kerija. Kalau Alang pun kurang rapat sebab jarang balik. Saya memang nak rapat dengan abang abang ni tapi tak reti nak start. Saya maluu. Kalau Angah ni pun dulu bukannya rapat. Lepas balik daripada Yala tu baru start rapat sikit sikit. Alhamdulillah. 

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan Angahku dunia Akhirat. Kurniakanlah kebahagiaan, kejayaan, dan kebaikan kepada Angah di dunia dan di Akhirat. Jauhkanlah dia daripada segala keburukan, daripada segala pengaruh buruk, dan daripada segala perkara yang membawa keburukan. Permudahkanlah rezeki yang halal buat Angahku ini ya Allah. Bahagiakanlah hidupnya di sisi orang orang tersayang. Ampunkanlah segala dosanya, bersihkanlah hatinya dan permudahkanlah Angahku untuk melakukan amal kebaikan dan tinggalkan perkara buruk. Kau bagilah dia dapat capai apa yang dia inginkan dan itu adalah yang terbaik buat dia. Selamatkanlah Angahku dari keburukan dunia dan seksa Akhirat. Kurniakanlah kebahagiaan yang abadi di syurga firdausMu kelak buat Angahku, Abahku Umiku, Adik beradikku kesemuanya, ipar iparku, anak anak saudaraku, orang orang yang wujud dalam hidupku dulu, sekarang dan akan datang dan semua orang yang aku sayang ya Allah. Allahumma Amin. 

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...