Assalamualaikum.
Alhamdulillah kemarin saya selesai exam kedua iaitu subjek Aqidah. Tinggal 3 subjek lagi, Cocu, Phonology dan EDEP. Esok Cocu, doakan saya ya. Musim musim exam ni dia mari craving macam macam pulak ya. Air batu hari hari rasa nak makan. Saya dah senarai dah makanan yang saya nak makan nanti balik rumah dan hantar kat Umi. Mesti nanti Umi akan pastikan saya dapat semua tu sebelum datang balik U. Umi akan tick apa yang dah makan. Haha. Ikut pengalaman macam tulah.
Bagus punya anak. Balik nak makan saja. Doakan saya semangat juga untuk buat kerja rumah. Kan hari tu banjir, rasanya banyak je kerja kena buat. Lagi lagi stor. Kesian semua yang kat rumah, dah banyak dah mereka kemas kemas. Ya Allah, jadikanlah aku, adik beradik dan ipar ipar semua anak anak yang berbakti kepada Abah Umi dan penyejuk mata mereka. Allahumma Amin. Okay bye, Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment