Assalamualaikum.
Saya dah jumpa satu tempat yang betul betul saya suka di UIA ni. Tempat ni dah jadi favourite spot saya. Baru dua kali pergi. Tempatnya adalah....treng trengg.. Farid Fiery Chicken! Haha tak move on lagi dengan FFC ni. Seriyes saya tidak tipu, tempat dia sangat best! Sejuk dan berangin. Kalau duduk situ rasa macam duduk di tanah tinggi yang sejuk tu. Saya rasa lepas ni mungkin saya akan lebih kerap pergi situ. Duduk saja pun okay dah, tak payah beli makanan. Kalau nak buat assignment kat situ pun selesa dan best. Benda yang paling best kat situ adalah, tak ramai orang. Setakat saya pergi ni ada 2 meja saja yang ada orang.
Sebenarnya tadi lepas kelas, kami semua nak makan di cafe HS, tapi ramai sungguh orang. Jadinya kami berpisah di situ. Saya dan Nasihah pergi FFC, yang lain kekal di cafe HS. Bukan apa, kalau ramai orang jadi tak selesa sangat. Dahla beratur panjang lagi nak beli makanan. Kesimpulannya, saya suka Farid Fiery Chicken tu. View dia pun cantik sangat. Dia punya sejuk dan berangin tu sangat nikmat lagi lagi hari yang sejuk macam hari ni. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.
No comments:
Post a Comment