Assalamualaikum.
Hari ini hari Khamis. Relax sungguh Alhamdulillah. Esok Jumaat tak ada kelas, lepas tu Sabtu Ahad cuti. Jadinya saya ingat nak survey assignment lah sikit sikit. Tapi malam ni, kita enjoy dulu dengan menulis blog ini hihi. Saya nak sambung cerita pergi Sabah hari tu, masa hantar Kaksya tu. Sebenarnya kami adalah jalan jalan sikit kan. Tapi best sangat!
Cantik kan? Tulah pemandangan di kedai makan Kupang dekat sekolah Kaksya. Malam tu kami tidur di chalet dekat sini lah.
Lepas tu kami berhenti dekat pasar di Kundasang ke Ranau tu. Masa tu saya rasa pening sangat, mungkin sebab jalan bengkang bengkok. Sejuk betul! Di pasar tu, ada banyak jenis buah buahan yang saya tak pernah jumpa. Masa sampai dekat tempat bermalam tu, kami pun cuba lah makan buah buah tu. Saya rasa sedap sangat. Tapi Abecik dan Adik tak suka buah yang isi putih tu. Sebab dia macam takde rasa sangat. Tapi mungkin sebab masa tu saya dan Kaksya hilang deria bau dan rasa, ia membuatkan buah tu rasa sedap. Tapi buah yang kedua tu betul betul sedap. Tak ingat lah nama dia. Tapi rasa macam rambutan sikit.
Kami pergi Poring again! Saya Abah Umi Adik je yang pernah pergi Poring ni. Kami pergi pulak sebab Abecik Kakcik Kaksya kan tak pernah pergi. Lagipun memang best kat sini. Dia ada canopy walkway. Rasanya Abecik dan Adik je yang habiskan walkway tu. Saya teman Umi dekat kerusi batu sambil makan Megi gelas dengan ais krim. Tapi saya paling suka air terjun tu. Cantik sangat sangat kannn masyaAllah✨
Ni masa check out hotel. Masa ni Kaksya dah kena tinggal dekat Kota Marudu. Abecik Kakcik pula dah terbang balik semalam tu. Kiranya kami sajalah yang tidur hotel ni. Best sangat hotel ni. Kalau pergi pulak nanti InsyaAllah, rasanya kami akan duduk hotel ni pulak. Abecik yang sewa kereta exora tu. Dan Abecik lah driver sepanjang beberapa hari tu. Lepas Abecik Kakcik balik tu, baru Abah take over.
Ni saya gambar masa Umi tengah beli ikan kering ikan masin semua tu.
Kami singgah di Teluk Likas! Saya dengar nama Likas pun saya dah suka haha. Tak tahu lah kenapa. Masa ni kami pergi je mana mana tempat untuk habiskan masa. Sebab nak tunggu naik flight malam tu.
Gambar yang atas tu SRK Lok Yuk, iaitu sekolah Abah saya mengajar dulu. Yang satu lagi SRK St. Agnes, iaitu sekolah yang Umi saya mengajar. Tak jauh pun jarak antara sekolah ni. Lepas tu Abah Umi saya cerita, susah nak pergi mengajar dulu, kena naik bas lepas tu kena jalan kaki lagi. Semoga Allah memberkati susah payah Abah Umi untuk menyampaikan ilmu.💖
Ni lah yang paling saya excited. Dapat tengok rumah yang Abah Umi saya duduk dulu di Likas. Along Angah Alang jelah anak anak yang sempat merasa duduk sini. Dulu rumah ni warna biru. Sekarang ada orang lain duduk. Gigih saya ambik gambar dalam hujan haha.
Lepas tu kami sempat singgah di Pantai Tanjung Aru. Memang cantik sangat. Ada macam pesta kat pantai tu. Ada orang jual jual. Meriah betul. Lepas tu, kami ada singgah masjid dekat Tanjung Aru jugak. Tapi saya tak jumpa gambarnya. Saya suka lah masjid tu. Dia macam masjid untuk orang keluar dakwah. Masa saya pergi tu, adalah sekumpulan budak muda dan budak budak tengah baca ta'lim.
Pemandangan di airport KK. Nampak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana bagi peluang pergi Sabah lagi. Dan terima kasih ya Allah Engkau permudahkan banyak urusan kami. Bye Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment