Sunday, 16 October 2022

Kakcik di Sini!

 Assalamualaikum.

Hari Jumaat dua hari lepas Kakcik datang sini. Saya gembira sangat! At least dapatlah mengubat sedikit sebanyak kerinduan saya kepada darah daging saya kan. Kakcik datang sebenarnya untuk uruskan pasal Master. Ya betul Kakcik ambik master di UIA. Dalam pukul 2 lebih tu, saya pergi teman Kakcik buat medical check up di klinik UIA, di bangunan Edu. Bila kami sampai tu, hujan pun turun. Agak ramai orang kat situ, tapi kami tak menunggu lama pun. Alhamdulillah dipermudahkan urusan medical check up Kakcik. 

Tahu tak jumpa siapa masa tu? Kak Irham Wazini! Haha. Kak Irham tu kawan Kaksya masa TAASL. Peramah sangat dia. Dia tengok saya lepas tu terus tanya, "Adik Kaksya ko ni?"..Satu lagi sebab dia dengar nama Kakcik dipanggil, binti sama dengan Kaksya kan. Jadi dia semakin confident la. Rupanya Kak Irham pun nak ambil master juga. Master teaching Arabic. Kakcik master Arabic Linguistic. Hmm saya tabik betul orang yang buat master ni. Saya memang tidak la master master ni. Nak habiskan degree ni pun perlukan kesabaran dan kecekalan yang sangat tinggi dah👤. 

Lepas tu kami pergi Mykori. First time pergi Mykori UIA dengan Kakcik. Kakcik beli strawberi ciskek dengan matcha latte. Lepas tu spaghetti satu mangkuk. Hmm taknak komen pasal spaghetti. Nak cakap yang strawberi ciskek tu sedap. Nak beku saya duduk dalam mykori tu. Sejuk macam duduk Kundasang hihi. Tiber. Okay lepas tu kami pun balik la bilik. Tapi kami lalu bangunan IRK. Bukan apa, saya kan tak kenal lagi bangunan irk, maklumlah saya kan edu. Tak meluas sangatlah dunia saya. Jadi Kakcik tour guide saya lah. 

Lepas maghrib kami pergi tengok bakal bilik Kakcik di mahallah Ruqayyah. Besar jugak ya. Dahla duduk sorang satu bilik. Tengah tengah tu dia buat macam taman, ada tanam pokok kat situ. Cantik betul. Nanti Kakcik akan balik rumahnya setiap hujung minggu. Tapi bukan bermaksud dia akan jumpa Abecik seminggu sekali. Sebab Abecik tu one call away untuk Kakcik. Kalau Kakcik craving apa apa ke, Hero nya akan sampai depan mata InsyaAllah. Bye Assalamualaikum.

Klinik

Bersama Kak Irham

Mykori

Spaghetti

Bangunan IRK

Mahallah Ruqayyah

No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...