Saya masuk club society di UIA ni. Macam mimpi haha. Macam bukan diri saya. Tapi saya terpaksa sebab saya perlukan sijil. Sambil sambil memburu sijil tu, dapat jugak pengalaman kan. Ni pun saya pilih club yang paling soleh solehah dah. Semoga pilihan saya ini yang terbaik untuk dunia Akhirat. Pastu dia ada program pagi tadi. Saya pun join lah hihi. Sebenarnya semalam lagi dia buat, tapi saya kan duduk rumah Kakcik..lagipun cerita When the Camellia blooms tu tak habis lagi😬. Saya habiskan cerita tu dulu. Hari ni baru saya datang program.
Abecik hantar saya pagi tadi dalam pukul 7.21 pagi. Sampai mahallah pukul 8 lebih. Abecik drive thru Mcdonald dan belikan untuk saya jugak. Sampai mahallah tu, Abecik cakap Abecik tunggu kat bawah ni, saya boleh pergi naik letak barang dan makan dulu kalau nak. Bila dah siap tu, Abecik pun hantar saya ke Wadi Budi tempat program tu. Allahu Alhamdulillah sangat. Terima kasih ya Allah kurniakan ahli keluarga yang sangat sangat baik. Limited betul ya Abecik. Semoga Kakcik bersyukur sentiasa dengan nikmat ini.
Nama program tu Training of Trainers (TOT). Saya malu sangat sebenarnya, tapi saya cuba sedaya upaya bagi nampak macam biasa. Saya rasa mereka semua tu hebat sangat. Yakin dengan diri. Bila lah saya ni nak yakin diri Allahu. Doakan saya ya. Tadi saya jumpa ramai kawan baru. Pastu tahu tak..ada yang umur 19 tahun😭. Tua sangat ke saya umur 20? Kenapa rasa tua..Sepatutnya saya rasa muda sekarang, nanti umur 21 lagi rasa tua. Okay tugas saya tadi adalah, tukang pegang tab yang tertulis scene 1, scene 2, scene 3, lepas tu tukang pasang lagu tutup lagu. Saya kena jalan kat depan tu hmm. Ahli group yang lain berlakon, sorang jadi emcee. Group Minion! Cute tak nama tu hihi.
Ada 3 group, iaitu group Minion, Fighter dan Pattaya. Minion menang!!! Saya dapat jugak bahagian hamper tu walaupun tak menyumbang sangat pun. Jadi tukang benda leceh leceh je. Asalkan kerja yang tak perlu bercakap saya boleh je buat hihi. Saya rasa tak menyesal pun join tu. Best sangat Alhamdulillah. Semoga ia membawa kebaikan. Bye Assalamualaikum.
Bagusnya kau! Best tak jumpa kawan baru? Tak sangka begini sekali kau berubah adekku. Good job!!!
ReplyDelete