Monday, 31 October 2022
Festival IRKHS
Thursday, 27 October 2022
Great Edu-Action Debate
Assalamualaikum.
Sangat memenatkan hari ini. Banyak benda best hihi Alhamdulillah. Hari ini ada debat education. Ustaz Ikram suruh hadir di program debat tu sebagai tanda hadir kelas hari ni. Kiranya Ustaz tak mengajar lah hari ni. Rupanya Ustaz jadi tukang tunggu loceng. Saya pergi tadi dalam pukul 10 lebih sikit. Dapat makanan free. Masuk je icc tu, tahu tak saya nampak siapa di skrin? Ajar!!! Saya nampak Haziq Ajar! Haha. Terkejut saya. Saya tak tahu pun dia akan ada dalam debat ni. Masalahnya saya sorang je esaited, kawan kawan saya tak kenal hmm.
Mula mula kami duduk tingkat bawah, satu tingkat lah dengan para panel tu. Lepas tu rasa macam tak bebas sangat nak bergerak dengan selesa. Kami pun pergi tingkat atas. Ada 3 atau 4 orang je di atas tu. Sepanjang duduk atas tu, kami buat forum sendiri. Kami bercakap banyak jugak topik tadi sambil makan hihi. Tapi saya sambil dengar panel panel tu debat. Tapi malu sikit duduk atas sebab Haziq Ajar tu nampak kami duduk bertiga atas tu sambil makan. Saya ada ambik gambar beliau tapi tak berapa proper la. Saya malu nak minta bergambar, jadinya saya ambik gambar dari jauh saja.
Best lah dengar debat mereka. Masing masing ada banyak idea dan pendapat yang bernas. Hebat betul. Saya memang undur diri awal awal kalau benda macam tu. Okay bye Assalamualaikum.
Monday, 24 October 2022
QYC Interfaith Club (My First Club Ever)
RnZ Steamboat and Grill
Assalamualaikum.
Saya dah ada di UIA ni. Duk rileks hihi. Pagi tadi Abecik hantar saya sampai sini. Malam tu masa Abecik Kakcik ambik saya untuk ke rumah mereka, kami pergi makan daging tau. Best sangat! Macam Korea tu..steamboat and grill. Dapat lah mengubat craving saya terhadap makanan grill kedai Mustaqim. Asyik craving je saya ni, tapi chubby nya belum haha. Apapun saya bersyukur.
Makan di kedai tu bukan kami bertiga je sebenarnya. Masa sampai kat kedai tu, ada 2 orang adik Abecik dan sorang kawan mereka. Sedap sangat makan kat situ. Saya puas hati makan daging lembu dan kambing. Lepas tu telur puyuh. Last skali aiskrim dan air batu yang diparut. Menu sendiri tu haha. Ramai jugak orang kat kedai tu, laku. Macam kedai grill Mustaqim jugak. Mustaqim tu kawan adik saya. Kedai dia, Abuya Steamboat and Grill. Saya tak pernah pergi pun. Tapi tengok dekat internet, kedai tu selalu penuh orang. Alhamdulillah rezeki mereka.
Pendek je saya bercerita ni sebab mau solat Maghrib. Bye Assalamualaikum.
Friday, 21 October 2022
KAED Festival
Assalamualaikum.
Sekarang saya duduk rumah Kakcik hihi. Baru lepas buat kerja sekolah Aqidah dan cari bahan untuk present subjek Ustaz Baihaqi. Mau cerita, kemarin lepas kelas, saya dan kawan kawan pergi festival di Kulliyyah Architecture. Kat situ kononnya dia buat macam ekspo betul la. Ada rumah hantu haha. Ramai jugak yang berminat dengan rumah hantu ni. Beratur panjang. Yang paling saya suka pasal festival ni adalah makanannya.
Saya beli 3 je tapi. Air pisang, yam megi dan nasi kerabu. Sedap sangat air pisang dengan yam megi tu. Nasi kerabu saya tak makan lagi sebab kenyang semalam. Saya letak dalam peti, semoga masih boleh makan. Pastu masa beli air pisang tu, pakcik tu bagi lebih kat saya air pisang sebab dia cakap saya bagi duit cukup cukup 6 ringgit. Haha. Terima kasih pakcik. Lepas tu, saya agak ternganga tengok senibina bangunan kaed. Sangat melambangkan architecture. Cantik betul.
Lepas beli beli, kami pergi makan dekat cafe edu. Kami berempat, Nasihah, Ainin, Dalili dan saya. Alhamdulillah saya enjoy. Sekian terima kasih, bye Assalamualaikum.
Monday, 17 October 2022
Terima Kasih Kak Khadijah!😭
Assalamualaikum.
Hari ni Nasihah bagi kat saya hadiah yang Kak Khadijah kirim. Dia nak bagi kat saya masa hari tu lagi, tapi saya balik awal. Jadinya dia kirim kat Nasihah. Jadinya saya baru dapat hari ni. Saya terharu sangat!😭 Kak Khadijah dah habis belajar. Masa dia satu bilik dengan saya tu, dia dah sem akhir. Dia umur 24 rasanya, tapi nampak muda sangat. Sejujurnya, saya bersyukur sangat dapat sebilik dengan dia hari tu. Sebab dia bagus sangat, selalu bangun pagi pagi solat tahajjud. Lepas tu suka sangat mengaji. Solat fardhu tu memang terjagalah.
Saya sangat terinspirasi dengan dia. Saya jadi malu untuk bangun lewat atau melengahkan solat. Lepas tu dia selalu kejutkan saya solat Subuh. Memang saya selalu bagitahu Umi saya, kakak saya pasal Kak Khadijah tu. Tapi tahu tak, dalam hadiah yang dia bagi tu..terbalik pulak ceritanya. Dia tulis surat, dia cakap dia terinspirasi dengan saya pasal bangun solat tu. Kak Khadijah dah buat saya menangis baca surat tu haha. Dahla saya selesema ni.
Apapun, saya doakan semoga Allah kurniakan segala kebaikan di dunia dan di Akhirat kepada Kak Khadijah dan seluruh ahli keluarga. Semoga Kak Khadijah berjaya capai apa yang diimpikan di dunia ni, dan berjaya mendapat syurga Firdaus di Akhirat kelak, Allahumma Amin.
Sunday, 16 October 2022
Kakcik di Sini!
Assalamualaikum.
Hari Jumaat dua hari lepas Kakcik datang sini. Saya gembira sangat! At least dapatlah mengubat sedikit sebanyak kerinduan saya kepada darah daging saya kan. Kakcik datang sebenarnya untuk uruskan pasal Master. Ya betul Kakcik ambik master di UIA. Dalam pukul 2 lebih tu, saya pergi teman Kakcik buat medical check up di klinik UIA, di bangunan Edu. Bila kami sampai tu, hujan pun turun. Agak ramai orang kat situ, tapi kami tak menunggu lama pun. Alhamdulillah dipermudahkan urusan medical check up Kakcik.
Tahu tak jumpa siapa masa tu? Kak Irham Wazini! Haha. Kak Irham tu kawan Kaksya masa TAASL. Peramah sangat dia. Dia tengok saya lepas tu terus tanya, "Adik Kaksya ko ni?"..Satu lagi sebab dia dengar nama Kakcik dipanggil, binti sama dengan Kaksya kan. Jadi dia semakin confident la. Rupanya Kak Irham pun nak ambil master juga. Master teaching Arabic. Kakcik master Arabic Linguistic. Hmm saya tabik betul orang yang buat master ni. Saya memang tidak la master master ni. Nak habiskan degree ni pun perlukan kesabaran dan kecekalan yang sangat tinggi dah👤.
Lepas tu kami pergi Mykori. First time pergi Mykori UIA dengan Kakcik. Kakcik beli strawberi ciskek dengan matcha latte. Lepas tu spaghetti satu mangkuk. Hmm taknak komen pasal spaghetti. Nak cakap yang strawberi ciskek tu sedap. Nak beku saya duduk dalam mykori tu. Sejuk macam duduk Kundasang hihi. Tiber. Okay lepas tu kami pun balik la bilik. Tapi kami lalu bangunan IRK. Bukan apa, saya kan tak kenal lagi bangunan irk, maklumlah saya kan edu. Tak meluas sangatlah dunia saya. Jadi Kakcik tour guide saya lah.
Lepas maghrib kami pergi tengok bakal bilik Kakcik di mahallah Ruqayyah. Besar jugak ya. Dahla duduk sorang satu bilik. Tengah tengah tu dia buat macam taman, ada tanam pokok kat situ. Cantik betul. Nanti Kakcik akan balik rumahnya setiap hujung minggu. Tapi bukan bermaksud dia akan jumpa Abecik seminggu sekali. Sebab Abecik tu one call away untuk Kakcik. Kalau Kakcik craving apa apa ke, Hero nya akan sampai depan mata InsyaAllah. Bye Assalamualaikum.
Thursday, 13 October 2022
Sabah 2022 ✨
Assalamualaikum.
Hari ini hari Khamis. Relax sungguh Alhamdulillah. Esok Jumaat tak ada kelas, lepas tu Sabtu Ahad cuti. Jadinya saya ingat nak survey assignment lah sikit sikit. Tapi malam ni, kita enjoy dulu dengan menulis blog ini hihi. Saya nak sambung cerita pergi Sabah hari tu, masa hantar Kaksya tu. Sebenarnya kami adalah jalan jalan sikit kan. Tapi best sangat!
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun😝 Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...