Tuesday, 31 May 2022

First Microteaching

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah microteaching kami. Microteaching pertama. Banyak lagi menanti pada masa akan datang InsyaAllah. Saya dah buat yang terbaik. Saya buang malu saya dalam laut. Begitu dek, over llalu haha. Mengajar tanpa mask y'all. Mana pernah saya bercakap depan public tanpa penghadang. Bila ingat balik zaman sekolah, Allahu teruk betul saya punya malu. Orang tengok muka saya pun saya tak boleh. Apatah lagi bercakap. 

Alhamdulillah sangat. Group kami sudah buat yang terbaik. Markah kita serahkan kepada Allah. Perjalanan nak buat ABM dan hadiah bunga tu bukan senang. Ohh lupa mau bagitahu. Kami bagi hadiah bunga sorang satu. Ada nama masing masing tertera di situ. Special tak? Di bunga tu ada inna wa akhowatuha. 

Kawan kawan yang lain cakap, best sangat kami mengajar. Alhamdulillah. Esok kita tengok group durang pula. Semoga berjaya kawan kawan! Semangat bakal guru semua! Lepas tu kan, paling puas hati sebab Ustaz rakam kami sambil senyum. Ustaz enjoy Alhamdulillah. Ustaz pun dapat hadiah bunga. Cuma Ustaz cakap, lagi molek kalu bagi bunga tu masa awal awal. Tak apa nanti kita improve. 

Okay babai. Banyak lagi assignment dan present nak kena selesaikan ni. Doakan saya! Assalamualaikum.


!أنتم ممتازون

Biarlah saya nak tutup muka, segan.#kaksyajangankecamsaya

Wednesday, 25 May 2022

Rumah Terbuka Abecik dan Kakcik

 Assalamualaikum.

Sekarang dah pukul 12 lebih. Dah nak tidur, tapi tiba tiba ada mood nak buat blog. Jadi, saya nak cerita pasal rumah terbuka di rumah Abecik Kakcik. Hari Khamis malam hari tu, Abecik mari ambik saya di mahallah untuk ke rumah sana. Kakcik tak ikut sebab kerja. Tepat pukul 9 malam Abecik sampai. Lepas tu kami ke cafe mahallah Ruqayyah untuk beli syawarma dan pizza.Lepas tu kami terus balik rumah. Dekat rumah Kakcik masa tu ada Kak Syaza, Abang Adi dan Iman, anak mereka. Mereka tu kawan Abecik Kakcik dari Akhi Club. Sempat la saya main dengan Iman sekejap. Lepas tu mereka balik. 

Rumah terbuka tu 2 hari. Hari Sabtu, untuk kawan kawan. Hari Ahad, untuk keluarga dan jiran. Jadi hari Jumaat tu, bertungkus lumus lah kami kemas rumah. Saya basuh tandas hihi. Lepas maghrib, kami pergi Giant untuk beli bahan memasak. Banyak sungguh barang yang Abecik Kakcik beli. Dalam kesibukan beli barang masak tu, saya ambil kesempatan beli sunblock. Lepas tu kami pun balik. Malam tu, mula la sibuk. Tapi saya rasa best sangat. Sebab Abecik ajar saya siang udang. Enjoy betul saya buat haha. Kakcik potong sayur. Dan Abecik sangat sangat rajin dan pembersih. Alhamdulillah sangat dapat abang ipar sebaik itu. Terima kasih ya Allah. Kekalkan lah nikmat ini ya Allah.

Hari Sabtu pagi tu, Kakcik dan Abecik pun masak. Mula majlis pukul 12. Saya ada kelas ccfm pukul 8 pagi. Saya memang tak ada mood langsung nak join kelas. Tapi terpaksa hmm. Lepas kelas, saya terus keluar pergi tolong Abecik dan Kakcik. Orang pertama sampai ialah kawan kerja Kakcik. Lepas tu kawan Kakcik masa MTS pun datang, dengan suami dan anak dia. Dia lucu sangat sangat haha. Dan yang paling mengejutkan adalah dia seorang doktor. Petang tu saya tidur, jadi nya saya tak tahu siapa yang datang.

Malam tu, kawan kawan Akhi datang. Meriah sungguh malam tu. Tugas saya adalah bermain dengan anak anak mereka. Kebanyakan kawan kawan Kakcik ni sudah kawin. Tinggal sorang dua saja yang belum. Yang lucu nya, semua kawan Abecik Kakcik dan pasangan mereka pelajar UIA. Dan kebanyakannya kahwin sesama Akhi Club. 

Hari Ahad punya majlis mula awal sikit. Pukul 10 lebih tu jiran dah datang. Hari Ahad tu agak memenatkan sebab memang ramai datang dan tidak putus putus. Yang paling best mak mak sedara pun datang. Maklong Paklong, Makteh Pakteh, Mokcu Ayah Su. Paknjang tak boleh datang sebab Sakinah positif kovid. Syafahallah. 

Hari tu saya rasa macam tak enjoy mana sebab memikirkan kena balik malam tu ke UIA. Lepas solat maghrib tu, Abecik tanya hari guru esok mula pukul berapa. Saya cakap pukul 9. Abecik pun cakap kalau balik pagi esok okay ke. Allahu the best feeling ever masa tu. Saya memang taknak balik U kalau boleh. Duduk rumah Kakcik terus lupa reality. Lepas tu saya pun tengok netflix, cerita Pinocchio sambil menghafal kissoh qosiroh Sorof.  

Esoknya hari Isnin, bersiap la saya awal pagi. Pakai baju kurung terus sebab takut lorat pulok nok tukar baju di mahallah. Bertolak dalam pukul 6.50 pagi. Abecik berhenti isi minyak sambil beli air. Abecik beli air Calpis grape kat saya hihi. Sampai mahallah pukul 8.50. Sebab jem teruk sangat. Lepas tu Abecik tunggu saya tukar tudung, lepas tu hantar saya ke main auditorium, tempat hari Guru. Masa saya nak keluar kereta, Abecik bagi duit belanja 150 ya. Saya rasa nak nangis. Saya pun cakap terima kasih kuat kuat. Dalam dewan saya menangis teringat betapa baiknya Kakak dan Abang ipar saya ni. Bersyukur sangat sangat. 

Okay bye, panjang betul saya tulis. Mau tidur sudah. Assalamualaikum.

Di cafe Mahallah Ruqayyah dengan Abecik.

Masa on the way balik, gigih nak ambik gambar KLCC.

Ni antara barangnya. Kemas betul Abang iparku susun.

Sunblock baru!


Anak murid mengaji Kakcik, Ryan dan Rania.

Iman, anak Kak Syaza. Kiut dooh.

Taman permainan depan rumah Kakcik.

Thursday, 19 May 2022

Raya EDEP 1103

 Assalamualaikum.

Kemarin hari Rabu, ada sambutan raya kelas EDEP. Dr. Rafiah sediakan nasi lemak untuk kami. Sedap sangat! Pedas pedas sikit. Nazilah tak habis makan, saya tolong habiskan. Mana boleh membazir kan hihi😁. Nasi lemak dengan rendang. Saya suka sangat sambutan raya sebab ada makanan.

Lepas tu, Mastura bawak koktel. Kami berpakat bayar 8 ringgit sorang untuk koktel tu. Tapi saya tak ingat dah bayar ke tak. Jap lagi saya tanya Mastura. Budak lelaki beli air batu. Cukup cukup je air batu tu. Lepas tu Ainin dengan Nazilah kalut buat air haha. Kejap tambah air, kejap tambah sirap, haha lucu betul. Saya setia di kerusi menunggu untuk makan. 

Terima kasih Dr. Siti Rafiah sebab bagi kami makan dan buat sambutan raya. At least tak ada la stress sangat kan. Dah la sekarang kerja bertambun. Hmm. Okay bye Assalamualaikum.

Koktel Mastura


Tempat saya, Nazilah dan Ainin.

Nampak sendu, tapi best sebenarnya hihi.

Tuesday, 17 May 2022

Sampai Juga Earphone ku

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah sampai earphone saya! Terima kasih ya Kaksya dan Kak Basirah. Terima kasih Kaksya sebab belikan saya earfon dengan gaji pertamamu. Terima kasih Kak Basirah sebab uruskan pembelian di Shopee. Saya gembira sangat dapat earfon ni sebab lebih memudahkan kerja saya dengan izin Allah. Selama ni duk video call dengan Kaksya, satu bilik dengar. Lepas tu kalau tengok youtube ke, tengok cerita ke, memang kena slowkan lepastu letak di telinga. Takut roommates terganggu la kan. 

Lepas tu kan, tadi first time guna ezibox tu. Selama ni saya ingatkan ezibox tu tempat yang penuh dengan parcel atas meja tu. Rupanya almari yang khas untuk barang poslaju yang sampai ke mahallah saya. Kiranya terjaga la barang kita InsyaAllah. Lama juga duduk tekan tekan dekat ezibox tu. Saya kan tak biasa. Letih orang belakang saya duk tunggu giliran. Nampak muka dia stress. Maafkan saya hihi.

Baiklah, itu saja untuk petang yang sangat dingin ini. Rasa macam duduk Cameron Highland atau Kundasang. Hihi😁. Bye Assalamualaikum.




Monday, 16 May 2022

Selamat Hari Guru

 Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Abahku, Umiku, Abang abangku, Kakakku, bapa saudaraku, mak mak saudaraku, guru guruku, lecturer lecturerku dan semua guru dan pendidik di dunia ini. Tidak lupa juga kepada bakal bakal guru di luar sana, termasuk diri saya, InsyaAllah, biiznillah, Allahumma Amin. 

Bunyi macam senang jadi cikgu, tapi ternyata tidak. Cikgu ni bukan setakat mengajar subjek dalam kelas, tapi mendidik diri murid itu dari dalam juga. Kalau cikgu tu mengajar best dan pandai menarik pelajar dia, memang semangat la budak tu nak pergi sekolah. Lepas tu jadi cikgu kena jaga perangai. Baru lah pelajar rasa hormat dan percaya kat kita. Bukan mahukan hormat, tapi supaya kita dapat menjadi contoh yang terbaik kepada mereka. 

Itu dia nasihat daripada seorang remaja yang masih muda iaitu 20 tahun tapi assignment dia yang bertambun tu belum juga siap. Pandai nasihat saja. Hmm. Doakan kesejahteraan saya dan seluruh ahli keluarga saya di dunia dan di akhirat terutamanya. 


Saturday, 14 May 2022

Sampai Sudah Buku!

 Assalamualaikum.

Saya dah dapat 2 buku yang ditunggu tunggu! Buku Muhammad bin Abdullah dan Andai Umat hidup seperti Umar Al-Khattab. Kakcik belikan buku tu di shopee. Sepatutnya Kaksya yang beli, tapi hari tu saya tak sanggup nak minta. Sebab Kaksya kan gaji first, malu lah nak minta. Rupa rupanya Kaksya memang bersedia nak belikan untuk saya dengan gaji first dia. Hmm. Jadi nya saya pun minta Kaksya belikan earfon untuk saya. Kesian saya kalau kelas online ke..nak dengar apa apa ke..kena letak telefon di telinga. Kalau kuatkan takut ganggu orang. InsyaAllah earfon sampai tak lama lagi!

Buku Umar tu sampai dekat poslaju UIA. Jadinya saya kena pergi ambik kelmarin. Letih betul berjalan, jauh tempatnya..dekat dengan AMAD. Sampai sampai tu, ada pakcik poslaju kat situ. Dia baik sangat sangat!!! Dia boleh tahu yang saya ni first time ambik barang kat situ. Dia terangkan satu satu prosedur dia. Sambil saya tulis nama kat situ, dia interview saya haha. Tanya kos apa, berapa tahun lagi, dari mana. Pastu saya cakap Education Bahasa Arab. Dia pun cakap, Ohh nanti jadi Ustazah la ni.... Saya pun cakap Amin InsyaAllah. Dia pun doakan semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Allahu baik sangat dia. Semoga Allah permudahkan segala urusan Pakcik Poslaju tu dan seluruh ahli keluarganya di dunia dan di Akhirat. Semoga kita berjumpa di Syurga, Allahumma Amin.

Friday, 13 May 2022

Kahoot Champion!

 Assalamualaikum. 

Kan kelas EDIT semalam tu, kami belajar dulu kan baru beraya. Lepas tu Sir buat aktiviti Kahoot! Saya memang excited kalau aktiviti macam ni haha. Kalau lecture hmm, syaitan duk atas mata. Game ni individu. Sebenarnya saya lagi suka kalau game grouping. Jawab sama sama lagi best kan. Hihi takpe la individu pun best jugak, asalkan game. 

Ada 28 soalan. Banyak kan. Kami pun jawab la..ada yang kami jawab berdasarkan pengetahuan, ada yang ikut suka tekan je. Dan hasilnya, saya nombor satu! Saya tak bangga sangat pun sebenarnya hihi.. sebab jawab tu ikut tangan tekan yang mana. Bukan nya saya baca balik apa yang Sir ajar. Allahu tak baik kan macam tu. Tapi kawan saya kat tepi duk cakap "wah" "wah". Habis lah saya. Mereka ingat saya pandai.

 Lepas tu Sir bagi duit raya kepada yang dapat tempat ketiga, kedua dan pertama. Nombor tiga 10 ringgit, nombor dua 20 ringgit, nombor satu 30 ringgit. Tapi untuk yang nombor 2 dan 1, Sir ada sekeping 50 ringgit. Jadinya yang dapat second place tu ambik dulu 50 tu..nanti dia bank in kat saya 30 ringgit. Tapi dia tak ingat kot pasal tu. Saya halalkan je duit tu, saya dah ada duit. Saya tak terdesak duit pun sekarang Ahamdulillah. Nak mintak pun segan haha. 

Masa kelas EDEP sebelum raya tu, Dr Rafiah ada buat jugak game macam ni, tapi dalam group. Saya, Ainin dan Nazilah satu group. Group TRIO! Malu betul bila nama group tu terpampang kat depan, skali dengan nama kami. Group kami dapat tempat kedua! Okay la kan. Kalut sangat setiap kali nak jawab tu haha. 

Okay bye, saya ada banyak assignment sebenarnya. Tapi saya terlalu ada mood untuk buat blog haha. Jadinya saya buat la. Bye Assalamualaikum. 

Tangan Ainin. 

Kelas EDEP.

Raya EDIT 1303

 Assalamualaikum.

Kemarin hari Khamis petang ada kelas EDIT dengan Dr Aizat. Mula mula belajar macam biasa. Lepas tu, baru lah makan makan. Saya dengan Ainin tak bawa apa apa pun hihi. Husna bawak air kotak dengan biskut raya. Husna tu kawan baru saya, kos Guide. Dia umur 22 tapi nampak macam sebaya je dengan saya. Best kawan dengan Husna! Lepas tu budak tesl bawak biskut raya dan buah buahan. Buah mokte, buah mango, buah timun dan naga. Saya paling suka buah naga. Sedap sangat!

Keseluruhannya best la jamuan tu. Saya makan sambil berbual bual dengan Husna. Banyak pulak sebut Husna ni haha. Alhamdulillah la kelas di kuliyyah edu ni kebanyakan nya buat jamuan raya. Dengar cerita kuliyyah lain takde langsung lecturer yang buat. Tak tahu la betul ke tak tu. Terima kasih Dr Aizat sebab sporting. Paling enjoy kelas EDIT, takde stress. Alhamdulillah. 

Okay bye, Assalamualaikum.


Thursday, 12 May 2022

Raya EDFS 1001

 Assalamualaikum.

Hari ni Dr. Suzana bawak nasi minyak untuk kami semua. Sambutan raya sebenarnya, tapi tak sempat makan dalam kelas pun. Kami bawa balik nasi tu. Tapi sempat bergambar raya! Kami ambik gambar dekat depan sungai bangunan edu. Terima kasih Dr Suzana! Dahla best Dr mengajar. Hihi. Semoga Allah kurniakan rahmatNya kepada Dr Suzana dan seluruh ahli keluarga di dunia dan di Akhirat, Allahumma Amin.


Selamat Menyambut Idul Fitri

 Assalamualaikum.

Selamat idul fitri kepada semua umat Islam di dunia. Walaupun hari ni raya ke 9 ke 10 dah hihi. Saya tak ada mood nak buat blog! Saya nak buat tapi memang tak ada mood langsung. Lagipun sebab ada assignment. Tak banyak pun assignment tapi benda tu menyekat saya daripada melakukan aktiviti yang saya suka.

Hari Raya pertama hari tu saya dan keluarga bertolak ke my beloved hometown iaitu Jengka, Pahang. Saya suka sangat sangat balik Pahang. Sebab boleh jumpa Aki dan Tok dan pak sedara dan mak sedara. Dan paling best jumpa sepupu sepupu yang kecik ni. Asyik ajak main je kerja nya haha. Nanti mereka besar nanti mesti saya rindu. Kita layan jelah kan, sekejap je kecik, nanti besar malu malu pulak. Saya rapat dengan Sumayyah Izzati, Dhiya Sakinah, Annisa Syuhada dan Ahmad Luqman. Kiranya saya rapat dengan anak Paknjang la. Kalau anak Makteh, Sufi dengan Marsha, mereka ni senyap je. Suka menolong kat dapur tapi tak cakap banyak. 

Jadi nya sepanjang duduk rumah Tok hari tu, saya dengan Adik habiskan masa bermain dengan budak budak itu lah. Pastu masa nak balik tu kami bergambar. Tahun ni la yang paling sedondon warna baju raya sepanjang saya hidup. Warna kelabu. Saya, Umi dan Abah pakai baju lama je. 

Lepas tu, saya cuti raya hari tu seminggu saja. Rasa macam mimpi dah balik Universiti. Jiwa saya sentiasa di rumah. Memang kali ni saya datang Universiti semata mata untuk belajar, tiada maksud lain yang terselit. Nak cepat cepat balik rumah. Doakan saya kuat mental dan fizikal ya. 

By the way, Kaksya raya kat Sabah ya tahun ni. Raya dengan Ustazah Basirah, Alhamdulillah ada geng. Kalau tak letih la ai nak memujuk nya. I love you Kaksya.

                                                    


Ni Alongku, Kaklongku dan anak anak buah kesayangan MamaDa.

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...