Assalamualaikum.
Sekarang dah pukul 12 lebih. Dah nak tidur, tapi tiba tiba ada mood nak buat blog. Jadi, saya nak cerita pasal rumah terbuka di rumah Abecik Kakcik. Hari Khamis malam hari tu, Abecik mari ambik saya di mahallah untuk ke rumah sana. Kakcik tak ikut sebab kerja. Tepat pukul 9 malam Abecik sampai. Lepas tu kami ke cafe mahallah Ruqayyah untuk beli syawarma dan pizza.Lepas tu kami terus balik rumah. Dekat rumah Kakcik masa tu ada Kak Syaza, Abang Adi dan Iman, anak mereka. Mereka tu kawan Abecik Kakcik dari Akhi Club. Sempat la saya main dengan Iman sekejap. Lepas tu mereka balik.
Rumah terbuka tu 2 hari. Hari Sabtu, untuk kawan kawan. Hari Ahad, untuk keluarga dan jiran. Jadi hari Jumaat tu, bertungkus lumus lah kami kemas rumah. Saya basuh tandas hihi. Lepas maghrib, kami pergi Giant untuk beli bahan memasak. Banyak sungguh barang yang Abecik Kakcik beli. Dalam kesibukan beli barang masak tu, saya ambil kesempatan beli sunblock. Lepas tu kami pun balik. Malam tu, mula la sibuk. Tapi saya rasa best sangat. Sebab Abecik ajar saya siang udang. Enjoy betul saya buat haha. Kakcik potong sayur. Dan Abecik sangat sangat rajin dan pembersih. Alhamdulillah sangat dapat abang ipar sebaik itu. Terima kasih ya Allah. Kekalkan lah nikmat ini ya Allah.
Hari Sabtu pagi tu, Kakcik dan Abecik pun masak. Mula majlis pukul 12. Saya ada kelas ccfm pukul 8 pagi. Saya memang tak ada mood langsung nak join kelas. Tapi terpaksa hmm. Lepas kelas, saya terus keluar pergi tolong Abecik dan Kakcik. Orang pertama sampai ialah kawan kerja Kakcik. Lepas tu kawan Kakcik masa MTS pun datang, dengan suami dan anak dia. Dia lucu sangat sangat haha. Dan yang paling mengejutkan adalah dia seorang doktor. Petang tu saya tidur, jadi nya saya tak tahu siapa yang datang.
Malam tu, kawan kawan Akhi datang. Meriah sungguh malam tu. Tugas saya adalah bermain dengan anak anak mereka. Kebanyakan kawan kawan Kakcik ni sudah kawin. Tinggal sorang dua saja yang belum. Yang lucu nya, semua kawan Abecik Kakcik dan pasangan mereka pelajar UIA. Dan kebanyakannya kahwin sesama Akhi Club.
Hari Ahad punya majlis mula awal sikit. Pukul 10 lebih tu jiran dah datang. Hari Ahad tu agak memenatkan sebab memang ramai datang dan tidak putus putus. Yang paling best mak mak sedara pun datang. Maklong Paklong, Makteh Pakteh, Mokcu Ayah Su. Paknjang tak boleh datang sebab Sakinah positif kovid. Syafahallah.
Hari tu saya rasa macam tak enjoy mana sebab memikirkan kena balik malam tu ke UIA. Lepas solat maghrib tu, Abecik tanya hari guru esok mula pukul berapa. Saya cakap pukul 9. Abecik pun cakap kalau balik pagi esok okay ke. Allahu the best feeling ever masa tu. Saya memang taknak balik U kalau boleh. Duduk rumah Kakcik terus lupa reality. Lepas tu saya pun tengok netflix, cerita Pinocchio sambil menghafal kissoh qosiroh Sorof.
Esoknya hari Isnin, bersiap la saya awal pagi. Pakai baju kurung terus sebab takut lorat pulok nok tukar baju di mahallah. Bertolak dalam pukul 6.50 pagi. Abecik berhenti isi minyak sambil beli air. Abecik beli air Calpis grape kat saya hihi. Sampai mahallah pukul 8.50. Sebab jem teruk sangat. Lepas tu Abecik tunggu saya tukar tudung, lepas tu hantar saya ke main auditorium, tempat hari Guru. Masa saya nak keluar kereta, Abecik bagi duit belanja 150 ya. Saya rasa nak nangis. Saya pun cakap terima kasih kuat kuat. Dalam dewan saya menangis teringat betapa baiknya Kakak dan Abang ipar saya ni. Bersyukur sangat sangat.
Okay bye, panjang betul saya tulis. Mau tidur sudah. Assalamualaikum.
Kak asma ko kawan mts kakcik tu?
ReplyDelete