Assalamualaikum.
Kan kelas EDIT semalam tu, kami belajar dulu kan baru beraya. Lepas tu Sir buat aktiviti Kahoot! Saya memang excited kalau aktiviti macam ni haha. Kalau lecture hmm, syaitan duk atas mata. Game ni individu. Sebenarnya saya lagi suka kalau game grouping. Jawab sama sama lagi best kan. Hihi takpe la individu pun best jugak, asalkan game.
Ada 28 soalan. Banyak kan. Kami pun jawab la..ada yang kami jawab berdasarkan pengetahuan, ada yang ikut suka tekan je. Dan hasilnya, saya nombor satu! Saya tak bangga sangat pun sebenarnya hihi.. sebab jawab tu ikut tangan tekan yang mana. Bukan nya saya baca balik apa yang Sir ajar. Allahu tak baik kan macam tu. Tapi kawan saya kat tepi duk cakap "wah" "wah". Habis lah saya. Mereka ingat saya pandai.
Lepas tu Sir bagi duit raya kepada yang dapat tempat ketiga, kedua dan pertama. Nombor tiga 10 ringgit, nombor dua 20 ringgit, nombor satu 30 ringgit. Tapi untuk yang nombor 2 dan 1, Sir ada sekeping 50 ringgit. Jadinya yang dapat second place tu ambik dulu 50 tu..nanti dia bank in kat saya 30 ringgit. Tapi dia tak ingat kot pasal tu. Saya halalkan je duit tu, saya dah ada duit. Saya tak terdesak duit pun sekarang Ahamdulillah. Nak mintak pun segan haha.
Masa kelas EDEP sebelum raya tu, Dr Rafiah ada buat jugak game macam ni, tapi dalam group. Saya, Ainin dan Nazilah satu group. Group TRIO! Malu betul bila nama group tu terpampang kat depan, skali dengan nama kami. Group kami dapat tempat kedua! Okay la kan. Kalut sangat setiap kali nak jawab tu haha.
Okay bye, saya ada banyak assignment sebenarnya. Tapi saya terlalu ada mood untuk buat blog haha. Jadinya saya buat la. Bye Assalamualaikum.
Tahniah! Semoga terus cemerlang ❤
ReplyDeleteAmin, terima kasih!
Delete