Assalamualaikum.
Selamat idul fitri kepada semua umat Islam di dunia. Walaupun hari ni raya ke 9 ke 10 dah hihi. Saya tak ada mood nak buat blog! Saya nak buat tapi memang tak ada mood langsung. Lagipun sebab ada assignment. Tak banyak pun assignment tapi benda tu menyekat saya daripada melakukan aktiviti yang saya suka.
Hari Raya pertama hari tu saya dan keluarga bertolak ke my beloved hometown iaitu Jengka, Pahang. Saya suka sangat sangat balik Pahang. Sebab boleh jumpa Aki dan Tok dan pak sedara dan mak sedara. Dan paling best jumpa sepupu sepupu yang kecik ni. Asyik ajak main je kerja nya haha. Nanti mereka besar nanti mesti saya rindu. Kita layan jelah kan, sekejap je kecik, nanti besar malu malu pulak. Saya rapat dengan Sumayyah Izzati, Dhiya Sakinah, Annisa Syuhada dan Ahmad Luqman. Kiranya saya rapat dengan anak Paknjang la. Kalau anak Makteh, Sufi dengan Marsha, mereka ni senyap je. Suka menolong kat dapur tapi tak cakap banyak.
Jadi nya sepanjang duduk rumah Tok hari tu, saya dengan Adik habiskan masa bermain dengan budak budak itu lah. Pastu masa nak balik tu kami bergambar. Tahun ni la yang paling sedondon warna baju raya sepanjang saya hidup. Warna kelabu. Saya, Umi dan Abah pakai baju lama je.
Lepas tu, saya cuti raya hari tu seminggu saja. Rasa macam mimpi dah balik Universiti. Jiwa saya sentiasa di rumah. Memang kali ni saya datang Universiti semata mata untuk belajar, tiada maksud lain yang terselit. Nak cepat cepat balik rumah. Doakan saya kuat mental dan fizikal ya.
By the way, Kaksya raya kat Sabah ya tahun ni. Raya dengan Ustazah Basirah, Alhamdulillah ada geng. Kalau tak letih la ai nak memujuk nya. I love you Kaksya.
No comments:
Post a Comment