Monday, 31 January 2022
Sepagi Bersama Abah Umi
Friday, 28 January 2022
Mengimbau Kenangan di Rumah Mek Ayah
Wednesday, 26 January 2022
عيد زواج سعيد
Sunday, 23 January 2022
Adikku makan roti canai
Saturday, 22 January 2022
Pizza Day
Wednesday, 19 January 2022
Kepelbagaian Guru di Institut Memandu
Assalamualaikum.
Saya mau cerita pasal lesen kereta ni. Saya dah buat 9 jam untuk kpp03. Kiranya ada 1 jam saja lagi. Hari Selasa depan, 25/1 InsyaAllah. Tahu tak, setakat sekarang ni, saya dah belajar dengan 3 orang guru. 2 kali dengan Cikgu perempuan, 5 kali dengan Cikgu Bashir, 1 kali dengan cikgu lelaki yang saya tak tahu nama hihi. Kemarin sepatutnya saya dapat Cikgu Bashir lagi, tapi kerani tu bagi Cikgu Bashir kat budak lain. Saya tak marah pun, memang tak ada hak nak marah pun haha.
Saya dah pernah dapat 3 orang guru, bermaksud saya pernah hadapi 3 jenis guru. Pertama, guru yang suka main telefon. Dia tak tegur pun saya buat salah!! Saya tak tahu bahawa apa yang saya buat tu salah. Contohnya, saya bawak laju..cikgu tak tegur, jadinya saya ingat okay lah macam tu. Rupanya, kena bawak 60 ke bawah dia punya kelajuan tu. Tapi saya tetap sayang cikgu, at least cikgu bukan jenis yang marah marah. Okay seterusnya, cikgu yang tidur je sepanjang perjalanan. Seakan akan saya bawak cikgu jalan jalan haha. Mungkin Cikgu letih sangat kot..
Akhir sekali, Cikgu Bashir. Alhamdulillah Allah takdirkan saya belajar dengan Cikgu Bashir 5 kali setakat ni. Untuk 1 jam lagi tu saya tak tahu saya akan dapat cikgu mana. Doakan saya dapat cikgu yang benar benar boleh membantu saya untuk lulus ujian kereta dengan cemerlang. Cikgu Bashir bagus sangat. Dia tak main telefon dan tak tidur. Dia memang akan tegur kalau saya buat salah. Pastu, dia bagitahu apa yang buat kita hilang markah, apa yang boleh menambahkan markah.. Pasal kelajuan 60 tu, saya tahu sebab Cikgu Bashir bagitahu. Kiranya dia menjalankan tugas dengan amanah lah kan. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan, kesihatan dan segala kebaikan kepada Cikgu Bashir dan keluarga di dunia dan di Akhirat. Allahumma Amin. Begitu juga untuk cikgu cikgu lain, Amin.
Sunday, 16 January 2022
Round Round Rantau Panjang Ku
Assalamualaikum.
Kemarin saya, Umi dan Kaksya pergi ke Pasar Rantau Panjang. Tercapai juga impian saya ingin melepaskan perasaan dengan meround Rantau Panjang ni. Orang Kelantan kata, "pelepah angin"..Hihi. Pergi sana pukul 2 lebih. Best pergi waktu tu, tak panas sangat. Sebelum pergi pasar tu, kami pergi hantar tv di kedai dulu untuk dibaiki. Kedai bapa saudara kawan Kaksya. Lepas tu kami terus pergi pasar.
Mula mula kami pergi kedai menantu nenek. Nenek tu adik kepada datuk saya..Saya beli cincin di kedai tu. Banyak sangat cincin yang cantik cantik..Saya rambang mata nak pilih. Akhirnya saya pilih 2 cincin, satu warna silver, satu warna emas corak bunga. Cantik sangat! Saya tengah pakai cincin yang silver ni sambil menulis blog hihi. Bila lagi nak pakai kan..
Lepas tu kami pergi ke gerai kecik kecik. Kami beli colek buah dan lokcing Kaksya. Umi parking kereta di satu tempat, lepas tu kami berjalan je sepanjang pasar tu. Best sangat macam tu. Lepas tu kami beli selipar untuk Zahratul Iman. Kesian dia selalu hilang selipar. Dia cakap kambing makan selipar dia. Kami beli selipar warna merah untuk Iman, Alhamdulillah muat.
Lepas tu kami pun balik ke kereta dan terus ke Zonria! Untuk beli baju labuh saya sebenarnya, tapi tak jumpa yang sesuai. Umi beli seluar warna hitam, seluar yang besar macam kain tu. Lepas tu kami pun balik. Sampai je pagar rumah, Umi turun masuk rumah. Saya dan Kaksya pergi beli mi celup di Gual Sitok. Sedap mi celup nya, saya memang selalu beli kat situ.
Umi kan try pakai seluar yang dibeli tu, lepas tu Umi selesa dan suka. Kaksya pun suka. Jadi, malam tu kami pergi sekali lagi ke Zonria, gigih betul haha. Takut kehabisan seluar di kedai. Saya turun dengan Umi, Kaksya tunggu dalam kereta. Umi borong habis semua warna seluar tu. Lepas tu, masa on the way nak turun tangga Zonria tu, saya ternampak satu seluar yang sangat wow! Saya pun try seluar tu. Saiz XL dah okay dengan saya sebenarnya, tapi saya takut singkat. Saya pun beli 2XL. Umi suruh beli dua untuk saya. Lepas tu belikan juga untuk Kaksya satu yang saiz 3XL.
Wah panjang betul cerita. Okay bye Assalamualaikum.
Saturday, 15 January 2022
Ambil Angin Petang
First Blog 2022
Assalamualaikum.
Akhirnya saya berpeluang untuk menulis blog lagi, yang pertama untuk tahun 2022. Tak sangka dah 2022 haha. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan ku waktu untuk bertaubat. Saya mulakan bulan 1 ni dengan kesibukan sebab akhir akhir sem dah. Banyak lah kerjanya. Nda sempat saya mau buat blog hihi.
Hari ni adalah hari terakhir exam, iaitu subjek ARAB1115. Subjek RKUD2010A dah exam hari Sabtu lepas, 8 Januari. Untuk exam hari ini Alhamdulillah soalan nya okay, tak terlalu stress masa menjawab. Kalau subjek rkud, masyaAllah soalannya..Belajar lain, keluar lain. Haha tapi takpelah, dah lepas pun. Saya dah buat yang terbaik. Semoga Allah kurniakan result yang selayaknya dan terbaik untuk saya dan para sahabat.
Dah hampir bebas ni..cuma ada kelas satu lagi esok, CCLM 2051. Kelas pagi, lepas tu MERDEKA! Ada banyak benda yang saya nak buat dalam cuti ni. Haha seperti biasa lah, aktiviti tersenarai, tapi buatnya belum tentu. InsyaAllah kali ini, semoga Allah berikan saya semangat untuk melakukan semua aktiviti yang saya nak buat ni. Yang penting, lepas kelas esok ni, saya nak pergi ke Pasar Rantau Panjang. Jalan jalan tanpa fikirkan assignment dan benda yang sewaktu dengannya. Sekali dengan nak beli baju labuh. Semoga ada baju yang saya berkenan di pasar tu.
Okay bye, setakat ini dulu. Zahratul Iman tengah tidur atas riba saya ni. Sampai tertidur dia tunggu MamaDa tulis blog. Bye Assalamualaikum.
Angahku yang Sweet
Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...
-
Assalamualaikum. Hari Khamis lepas kami ada photoshoot setiap batch untuk diletakkan di dalam majalah KOED. Untuk kami Ohana, kami buat vot...
-
Assalamualaikum. Tahu tak..saya dah ada online banking. Baru buat hari tu. Jadi, saya dah boleh bayar sendiri tiket bas. Selama ni kena min...
-
Assalamualaikum. Selamat berumur 26 tahun😝 Banyak yang Kaksya lalui dalam hidup selama 26 tahun ni..Alhamdulillah akhirnya Kaksya bertemu ...