Hari Khamis hari tu, saya dan Kaksya pergi hantar barang jamuan ke sekolah Umi. Lepas tu kami minta dengan Umi nak pergi bandar Rantau Panjang untuk beli aiskrim baba. Umi izinkan Alhamdulillah. Umi suruh beli aiskrim untuk semua yang ada di rumah. Kami pun pergilah ke sana. On the way nak pergi dekat gerai aiskrim, kami kena lalu lorong rumah Mek Ayah dulu. Mek dan Ayah tu nenek dan datuk saya sebelah Umi. Saya pun terfikir, apa kata kita pergi tengok rumah Mek dan Ayah? Lama dah tak pergi tengok. Sejak rumah Mek dan Ayah terbakar pada tahun 2011, dua tiga kali je kami pergi jenguk rumah penuh kenangan tu.
Kaksya pun setuju untuk pergi sana. Rasa sedih sangat tengok keadaan rumah. Kalau orang lain tengok, mungkin mereka hanya nampak rumah yang pernah terbakar, tapi di pandangan kami, rumah tu penuh dengan kenangan dan kasih sayang. Bila kami tengok ruang ni, kami teringat masa tengok tv sama sama, tengok ruang tu, teringat kan Ayah, tengok dapur, teringat kan Mek yang selalu masak. Setiap sudut tu ada kenangan dia masing masing. Dekat depan tangga dulu ada barang barang jualan Mek dan Ayah, macam gula gula, coklat, maggi vit, arang dan sebagainya. Rindu sangat.
Lepas kebakaran tu, Ayah dan Mek duduk di rumah kami. Kebakaran tu berlaku pada bulan 2. Sekejap je Ayah sempat duduk dengan kami, 3 Mac 2011 Ayah kembali ke rahmatullah. Mek pula meninggal 3 tahun selepas itu, 17 Januari 2014 di rumah Cik Ani. Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa Ayah ku dan Mek ku. Jauhkanlah mereka daripada azab kubur dan hisab. Tempatkanlah mereka di syurga firdaus Mu ya Allah. Bahagiakanlah mereka di alam sana ya Allah. Allahumma Amin🤲
Allahumma aamiin.
ReplyDeleteSegalanya di sini menggamit kenangan.
Rumah mek ayah...