Saturday, 15 January 2022

First Blog 2022

 Assalamualaikum.

Akhirnya saya berpeluang untuk menulis blog lagi, yang pertama untuk tahun 2022. Tak sangka dah 2022 haha. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan ku waktu untuk bertaubat. Saya mulakan bulan 1 ni dengan kesibukan sebab akhir akhir sem dah. Banyak lah kerjanya. Nda sempat saya mau buat blog hihi.

Hari ni adalah hari terakhir exam, iaitu subjek ARAB1115. Subjek RKUD2010A dah exam hari Sabtu lepas, 8 Januari. Untuk exam hari ini Alhamdulillah soalan nya okay, tak terlalu stress masa menjawab. Kalau subjek rkud, masyaAllah soalannya..Belajar lain, keluar lain. Haha tapi takpelah, dah lepas pun. Saya dah buat yang terbaik. Semoga Allah kurniakan result yang selayaknya dan terbaik untuk saya dan para sahabat. 

Dah hampir bebas ni..cuma ada kelas satu lagi esok, CCLM 2051. Kelas pagi, lepas tu MERDEKA! Ada banyak benda yang saya nak buat dalam cuti ni. Haha seperti biasa lah, aktiviti tersenarai, tapi buatnya belum tentu. InsyaAllah kali ini, semoga Allah berikan saya semangat untuk melakukan semua aktiviti yang saya nak buat ni. Yang penting, lepas kelas esok ni, saya nak pergi ke Pasar Rantau Panjang. Jalan jalan tanpa fikirkan assignment dan benda yang sewaktu dengannya. Sekali dengan nak beli baju labuh. Semoga ada baju yang saya berkenan di pasar tu. 

Okay bye, setakat ini dulu. Zahratul Iman tengah tidur atas riba saya ni. Sampai tertidur dia tunggu MamaDa tulis blog. Bye Assalamualaikum.

1 comment:

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...