Wednesday, 19 January 2022

Kepelbagaian Guru di Institut Memandu

 Assalamualaikum.

Saya mau cerita pasal lesen kereta ni. Saya dah buat 9 jam untuk kpp03. Kiranya ada 1 jam saja lagi. Hari Selasa depan, 25/1 InsyaAllah. Tahu tak, setakat sekarang ni, saya dah belajar dengan 3 orang guru. 2 kali dengan Cikgu perempuan, 5 kali dengan Cikgu Bashir, 1 kali dengan cikgu lelaki yang saya tak tahu nama hihi. Kemarin sepatutnya saya dapat Cikgu Bashir lagi, tapi kerani tu bagi Cikgu Bashir kat budak lain. Saya tak marah pun, memang tak ada hak nak marah pun haha. 

Saya dah pernah dapat 3 orang guru, bermaksud saya pernah hadapi 3 jenis guru. Pertama, guru yang suka main telefon. Dia tak tegur pun saya buat salah!! Saya tak tahu bahawa apa yang saya buat tu salah. Contohnya, saya bawak laju..cikgu tak tegur, jadinya saya ingat okay lah macam tu. Rupanya, kena bawak 60 ke bawah dia punya kelajuan tu. Tapi saya tetap sayang cikgu, at least cikgu bukan jenis yang marah marah. Okay seterusnya, cikgu yang tidur je sepanjang perjalanan. Seakan akan saya bawak cikgu jalan jalan haha. Mungkin Cikgu letih sangat kot..

Akhir sekali, Cikgu Bashir. Alhamdulillah Allah takdirkan saya belajar dengan Cikgu Bashir 5 kali setakat ni. Untuk 1 jam lagi tu saya tak tahu saya akan dapat cikgu mana. Doakan saya dapat cikgu yang benar benar boleh membantu saya untuk lulus ujian kereta dengan cemerlang. Cikgu Bashir bagus sangat. Dia tak main telefon dan tak tidur. Dia  memang akan tegur kalau saya buat salah. Pastu, dia bagitahu apa yang buat kita hilang markah, apa yang boleh menambahkan markah.. Pasal kelajuan 60 tu, saya tahu sebab Cikgu Bashir bagitahu. Kiranya dia menjalankan tugas dengan amanah lah kan. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan, kesihatan dan segala kebaikan kepada Cikgu Bashir dan keluarga di dunia dan di Akhirat. Allahumma Amin. Begitu juga untuk cikgu cikgu lain, Amin. 





No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...