Thursday, 21 October 2021

Perjalanan Degree ku Bermula

 Assalamualaikum.

Malam ni baru berkesempatan nak buat blog hihi. Kelas saya bermula 4 Oktober hari tu. Sekarang dah minggu ketiga. Cepat kan masa berlalu.

 Setakat ni Alhamdulillah saya menikmati kelas dengan baik sekali, enjoy sangat kelas degree ni. Sebenarnya saya baru belajar jadi pelajar sejati. Saya cuba untuk buka kamera semua kelas. Walaupun sangat sangat awkward. Ada 3 ke 4 orang je yang bukak dalam satu satu kelas tu. Kadang kadang saya sorang je perempuan yang bukak kamera. Mesti budak budak kelas saya ni tak anggap saya pemalu pun. Lain lah dengan anggapan kawan kawan saya masa CFS. 

Saya screenshot kelas saya, sebagai memori permulaan degree saya. Nanti mesti rindu kan. Tak sabarnya nak habis sem ni hihi. Bulan 2 tahun depan baru habis. Doakan supaya saya dapat buat yang terbaik sem ini dan seterusnya. Dan doakan saya berjaya mencapai impian saya dan dapat membanggakan hati Abahku dan Umiku selalu.

Kelas Islamic Aqidah (RKUD2010A)

Kelas Arabic for Islamic Studies (ARAB1115)

Kelas Philosophy and Worldview (UNGS1301)

1 comment:

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...