Assalamualaikum.
18 FEBRUARI 2007
Tarikh ni adalah tarikh Adik saya dilahirkan 14 tahun lalu. Terima kasih Abah dan Umi kerana melahirkan dan membesarkan Adik sehingga Adik jadi seorang yang sangat Soleh. Saya rindu Adik sangat sangat. Sekarang dia duduk asrama tahfiz dia.
Alhamdulillah Adik saya dah hafal lebih daripada separuh Al-Quran. Saya harap dia selesa duduk di asrama tu. Dah sebulan lebih kami ndak jumpa. Saya rasa dia akan balik bila dah habis 30 juzuk. Sekarang dia tak boleh balik sebab keadaan covid 19. Semoga Adik saya baik baik saja kat sana.
Adik saya baru umur 14 tahun. Tapi dia lagi matang daripada saya dalam banyak benda. Kadang kadang saya malu duduk dengan dia haha. Dia cerdik sangat. Dan yang penting dia lagi beriman dairpada saya.
Ya Allah, kau lindungilah Adikku daripada segala bahaya, bencana, malapetaka, keburukan, wabak, fitnah, keburukan akhlak, kesyirikan dan segala perkara buruk. Kau kurniakanlah Adikku akhlak yang mulia dan terpuji sepanjang hayatnya. kau kurniakanlah kesihatan yang baik sentiasa kepadanya. Jadikanlah Adikku seorang anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan hati Abah dan Umi. Ya Allah, kau jadikanlah Adikku seorang insan yang disenangi semua orang. Kau jadikanlah Adikku seorang pemimpin yang terbaik kepada orang bawahannya. Jadikanlah Adikku seorang manusia yang bertanggungjawab dan amanah. Ya Allah, kau jadikanlah Adikku seorang hamba yang menghafal Al- Quran, mempelajari dan memahami isi Al-Quran, mengamalkan segala perintahmu, meninggalkan segala laranganmu dan menyampaikan ilmunya kepada orang ramai . Jadikanlah Adikku seorang hamba yang tidak meninggalkan solat. Dan kau lindungilah Adikku daripada leka dengan perkara dunia dan jauhkanlah Adikku daripada kesyirikan. Ya Allah, kau kurniakanlah segala kebaikan di dunia dan di Akhirat kepada Adikku. Allahumma Amin.
Wow alhamdulillah.
ReplyDelete