Assalamualaikum. Lama betul saya tak tulis blog kan... Sebab dah masuk sem 2. Jadi saya tak boleh fokus benda lain selain kelas dan assignment. Tapi Kakak saya boleh je tulis blog walaupun sedang dalam sem belajar. Sebab dia pandai bahagi masa. Saya tak biasa lagi, sebab baru masuk U kan...
Sekarang saya tengah tunggu pukul 9. Ada kelas Ustaz Maad. Sepatutunya pukul 8, tapi Ustaz lupa. Kesian Ustaz.... mesti letih sangat sampai lupa ada kelas. Ustaz Maad ajar saya Maharat Qiraah sem ni... kemahiran membaca. Sem ni saya rasa best setakat ni.. Sem 2 ni online sampai habis. Kiranya tak banyaklah pengalaman saya dekat Kampus CFS ni.. Kalau lepas sem 2 ni masih ada covid 19, sem 3 pun online jugaklah kot.
Hari tu mic google meet saya rosak. Rasa susah sangat masa tu. Bila cikgu panggil nama, senyap je.. Saya jawab sebenarnya. Tapi orang tak dengar. Mesti semua orang ingat saya mengada ngada tak nak cakap. Tapi Alhamdulillah, Hari Jumaat hari tu dah ok mic. Harap dah tak rosak lepas lepas ni, Insya-Allah.
Banyak lagi nak cerita sebenarnya. Tapi dah dekat pukul 9 ni... Takut lewat masuk kelas. Insya-Allah, kalau ada masa nanti saya tulis lagi....
Bye, Assalamualaikum.
Kemas.
ReplyDelete