Saturday, 21 November 2020

Balik Rumah

 Assalamualaikum.

Dah lama saya tak buat blog. Sebab hari tu saya banyak kerja sangat. Saya stress sangat masa tu. Ada banyak sangat assignment. Dah lah ada exam lagi. Saya banyak nangis je masa tu. Tak sempat buat blog. Jadi, masa balik rumah ni la boleh buat blog. Ada banyak benda nak cerita, tapi satu per satu ye...

Saya bertolak balik pada 13 hari bulan 11 hari tu, pukul 6 lebih petang. Saya excited sangat nak balik masa tu, sebab tiga bulan saya terperangkap dalam Universiti tu. Hari hari nangis nak balik. Akhirnya betul betul boleh balik. Rasa macam mimpi sangat. Saya beli tiket bas tu awal awal lagi. Sebab tak sabar.

13 hari bulan tu hari Jumaat. Hari Jumaat pagi tu saya ada exam Nahu. Pukul 9 sampai pukul 12. Habis exam tu, saya dengan roommates terus pergi cafe beli nasi ayam untuk kali terakhir bagi sem 1. Pastu kami balik bilik dan makan sama sama. Sambil makan tu, kami bercerita pasal banyak benda. Lepas tu, kami pun mula kemas kemas barang. Sampai berhabuk beg duduk bawah katil. 

Pukul 4, kami pun turunkan beg beg tu.. PENAT SANGAT SANGAT. Dari tingkat 5 kami turunkan beg tu satu per satu. Pastu, kami pun solat Asar di musolla Mahallah. Lepas tu, saya dan kawan kawan pun gerak ke stesen bas. Bas tu untuk bawak kami ke main gate. Sebab barang kan banyak. Jadi bas tu tolong bawakkan lah. 

Tapi, rupa rupanya kami lambat. Tempat duduk dalam bas tu dah penuh. kami cuma boleh letakkan barang je, tu pun satu beg je. Selebihnya kami bawak sendiri sambil jalan. Letih sangat. Banyak kali tukar tangan untuk bawak barang tu. Saya bergilir gilir dengan kawan saya untuk bawak beg tu.

Saya naik bas lain lain dengan roommate saya. Saya bas 4. Depe bas 3 rasanya. Atas bas tu, saya duduk dengan classmate saya yang Kelantan jugak tu. saya satu daerah dengan dia. kami duduk tingkat atas. First time saya naik bas sorang sorang tanpa ahli keluarga. 

Okey....setakat ni untuk malam ni ye...

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Angahku yang Sweet

 Assalamualaikum. Kalau saya balik rumah Kakcik, Angah selalu jugak ada. Mungkin sebab ada saya, Angah pun lagi semangat nak mari rumah Kakc...