Assalamualaikum.
Saya nak cerita pasal class saya di Universiti. Saya seksyen 504. Atas tu gambar budak kelas saya. Saya pun ada dalam gambar.😁
Sebenarnya saya kena paksa ambik gambar. Saya taknak sebenarnya. Sebab semua kena pakai tudung bawal pink. Saya tak pernah pakai bawal selain ada majlis kat rumah. Dahlah saya tak pandai pakai. Tapi saya dipaksa dan diugut. Jadi saya terpaksa pakai, pinjam tudung roommate saya, A'isyah.
Budak kelas saya ni semua baik sebenarnya. Tapi, saya tak selesa duduk dengan depe ni. Saya lagi suka duduk dengan roommates. Lagipun kalau saya duduk dengan kawan kelas, saya kena cakap bahasa standard. Jadi tergagap gagap. Kalau dalam bilik, cakap Kelantan popa popa.
Pastu, budak kelas saya ni suka sangat ambik gambar. Sekali ambik gambar dekat beratus. Pastu saya pun terpaksa masuk dalam gambar jugak. Tapi, dekat nak balik tu, saya tak join pun kalau dorang bergambar ke, buat majlis ke..sebab saya tak suka! Ni bukan unik ke apa. Saya betul betul rasa tak selesa, lagipun saya tak pandai nak berkawan. Nanti jadi krik krik.
Sem depan saya seksyen 505, tak skali dengan mereka dah. Sedih jugak sebab mereka ni baik. Tapi takpelah kan. Lagipun sem depan saya skali dengan roommate saya yang sorang tu, Faizan. Kelas online 6 minggu, lepas tu baru kena pergi U semula untuk kelas face to face. Saya tak semangat sebenarnya untuk masuk U balik ni. Saya nak duduk rumah lama lama tanpa belajar.😭
Sila doakan saya ye...bye, sambung esok.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment